Sunday, June 15, 2014

PPP (WI) CAW. BUKIT BARU KE PUTRAJAYA

"Kak N," kata Kumpulan Taici saya satu masa dahulu, "Bawalah kami berjalan-jalan. Tahun ni belum berjalan lagi." Saya minta cadangan mana nak pergi... yang dekat-dekat jadilah kata saya. Kuala Lumpur - shopping (kat Melaka ada!), Kelantan - shopping, jauh, Langkawai - pun jauh. Ke Singapura sudah tahun dulu. Akhirnya saya cadangkan ke Putrajaya melihat pembangunan di sana, tapi kata saya "no shopping!"  Kita juga akan ber'picnic'...Mungkin kita pi ke rumah Datuk Najib! Setuju, setuju!
Gambar kecil di atas - Shau
Dengan kehendak Allah, saya dapat bantuan untuk rancangan lawatan ini daripada adik saya, Hj. Shaukani Abbas yang juga seorang Pemandu Pelancong yang berpengalaman. Eloknya pada tarikh yang kami cadangkan tu, Shau (nama panggilan mesra dia) tidak ada assignment. Biasanya Shau bawa tourist dari luar negara, tapi kali ini saya pujuk beliau berbakti kepada kakak-kakak dia orang kampung. OK.

Dua minggu sebelum tarikh, saya mohon kebenaran melawat Kompleks Seri Perdana melalui on-line... senang gitu. Seminggu selepas itu saya dapat jawapan "OK, tiada masalah." Kemudian saya dan Shau pergi recee (bahasa pelancongan = buat preview) tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati, rakam gambar dan paling penting kawasan untuk ber'picnic'. Nanti bila bawa rombongan tidaklah tercari-cari. Ini idea yang terbaik.
Masa "recee"
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Pagi-pagi lagi saya diberitahu, makcik-makcik dari Bukit Baru dah buat persiapan jamuan untuk picnic - ketupat & rendang & sambal tumis & serunding kelapa, mee hoon goreng, kuih pelbagai jenis..kopi, teh... Ehh... macam-macam lah!. Maklumlah nak berpicnic! Tepat jam 7.30 pg. seperti yang dijanjikan Bas MBX 7557 dengan pemandunya En. Ragu dan rombongan Cik Kiah - Cik Kiah 39 orang semuanya (1 - Shau), pun bertolaklah ke PUTRAJAYA. Dalam perjalanan Shau memberi penerangan mengenai sejarah Putrajaya dan pelbagai maklumat-maklumat menarik mengenai Bandar ini. Terima kasih Shau!
Ahli rombongan teruja di dalam bas
Merakamkan kenangan
Setibanya di Putrajaya, Shau bawa kami ke PITC yang terletak atas bukit. Dari sana kami dapat lihat pemandangan terbentang Putrajaya. Sibuklah Cik Kiah kita merakam gambar..nak tunjuk anak-cucu katanya. Hii...hii.. Klik sana, klik sini. Lepas tu ke beberapa tempat photogenic lagi yang Shau bawa. Klik..klik..klik...
Dah sampai Putrajaya harus rakam gambar
Pada masa yang telah dijanjikan, kami ke Kompleks Seri Perdana, kediaman Perdana Menteri kita. Nampaknya tiada rombongan lain yang ada. Tempatnya sunyi je. Kawasannya luas dan cantik dengan tumbuh-tumbuhan menghijau. Seni Tamannya yang sangat indah. Kami di sambut dengan layanan yang mesra oleh pegawai-pegawai bertugas dan dibawa masuk ke bangunan yang dibuka kepada umum yakni tempat menyambut tetamu-tetamu tempatan dan luar negara. Ada tiga tingkat.. semua ruang dihiasi dengan perabot-perabot yang mahal-mahal  dan seni hiasan dalaman ... setaraf dengan kedudukan seorang Perdana Menteri Negara. Kami tidak dibenarkan merakamkan gambar di dalam bangunan, kami patuh. Wau..sana..woo...sini..ahh... Sungguh mengkagumkan! Rombongan kami sungguh rasa bangga melihat kemewahan yang terserlah di sini. Malaysia ada maruah!

Setelah puas di dalam bangunan, kami ke luar bagunan pula. Bolehlah begambar sepuas-puasnya. Terima kasih Jabatan Perdana Menteri kerana membenarkan kami melawat dan memberi layanan yang istimewa!
Hmmm... mana satu nak pilih ni.. banyaknya makanan!
Berkelah di Taman Seri Empangan
Perut pun sudah mengoroncong.. oleh itu kami terus ke Taman Seri Empangan untuk berkelah. Kawasan ini tepi tasik empangan dan mempunyai pemandangan yang cantik, ada Restoran 1 Malaysia, juga tandas yang bersih. Layanlah gambar-gambar berikut ...berkelah di tepi empangan : Makanan melempah-lempah banyak.. pelbagai.. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang...hmmm.. Alhamdulillah...

Mata rasa mengantuk pasal kenyang makan.. hii..hii.. Perjalanan diteruskan lagi ke Masjid Sultan MIzan Zainal Abidin a.k.a. Masjid Besi untuk solat zohor-asar. Kepada mereka yang pertama kali ke sini, memanglah mengelirukan mencari tandas, tempat wudhuk dan tempat tinggalkan selipar awalan tadi. Bak kata Nora, adik saya, sekilau one macam "amazing race" pulak. Usai solat dan bergambar-gambaran kami teruskan perjalanan. 
Cantiknya Masjid Putrajaya!
Berhenti di tepi jambatan untuk merakamakan Masjid Putrajaya yang tak dapat kami singgah kerana kesuntukan masa. Bincang punya bincang, kali ini kami tidak dapat untuk menaiki cruise Tasik Putrajaya, jadi terus ke Alamanda untuk shopping kepada mereka yang berminat.
Ada beberapa Makcik dah komplain sakit kaki... so duduka je lah di kerusi berdekatan.

Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 ptg. Kami pun berangkat menuju Lapangan Terbang terbaru.. KLIA2. Ramai antara ahli rombongan belum pernah lagi ke sini. So Shau akan meperkenalkan tempat-tempat mustahak kepada mereka. "Ohhh... penatnya," kata Makcik tu.."Aku tak larat nak jalan lagi. Aku duduk sini je lah." Ok.. tunggu di sini ye jangan ke mana-mana, kata Shau. Yang lain ikut Shau ...
KLIA2...KLIA2...KLIA2...
Demikianlah coretan al-kisah Ahli-ahli PPP (WI) Cawangan Bukit Baru membuat sehari educational tour ke Putrajaya. Semoga diberkati perjalanan ini.. "Lepas ni nak kemana lagi, Kak N?" Tungguu...

Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment