Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!


KEPADA SEMUA PEMINAT NEK NGAH, DIUCAPKAN

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK".

Nek Ngah ingatkan diri Nek Ngah dan semua pembaca usahakanlah buat yang terbaik kerana Allah. Semoga Allah sayang pada kita semua dan di akhir Ramadhan, insyaAllah, Allah terima kita sebagai tetamuNya yang diredhai.



AMIN.

Thursday, July 28, 2011

Kunming 6 : NENEK-NENEK NAIK CHAIR LIFT

Nek Ton (kiri) & Nek Ngah (kanan) dah tau dah ada kamera di penghujung perjalanan! Siap buat peace sign . . .

Nek Lang (kiri) & Nek Semah (kanan) tak tau ada kamera! Tu yang blurr je nampaknya!

Harga sekeping gambar siap-segera 15 Yuan atau RM7.50. Bolehlah untuk kenang-kenangan kan?

KUNMING 5 : TAMAN HUTAN BATU

Aiiyaaa . . . . Siapa ini dua amoi posing tepi kolam?

Pada 19/7/2011 iaitu hari Ke-3 perjalanan, kami telah dibawa ke "Stone Forest Scenic Area" berhampiran bandar SHI-LIN. Taman ini adalah dalam kategori World Heritage. Memanglah maha agung ciptaan Tuhan! Batu-batu besar berbagai bentuk terdapat di kawasan ini. Katanya asal kawasan ini laut, berjuta-juta tahun dahulu. Mungkin zaman Nabi Nuh kot . . .

The Golden Girls posing ayu . . .

Tenguklah cantiknya hutan-hutan batu ni :


Wednesday, July 27, 2011

KUNMING 4 : MUSIM BUAH-BUAHAN

Semasa kami di Kunming, rupa-rupanya musim buah-buahan. Dapatlah kami rasai buah-buahan yang segar dari ladang. Bukan kat ladangnya lah . . . kat gerai-gerailah . . . Nek Ngah punya favorite buah lychee - besar-besar, manis dan banyak air. Peach ada, plum merah ada, plum kuning ada. Anggur nya ada pelbagai jenis. Yang Nek Ngah suka tu yang kecil-kecil, tanpa biji, bila makan macam makan kacang. Hmmm sedapnya. Tak kisah lah pas tu semput! Hai . . mata kucing pun ada, ah . . durian pun ada. Tapi mesti import punya dari negara jiran Thailand tu. Alhamdullillah. . dapatlah makan puas-puas.

Kedai buah berhampiran Hotel.

Tuesday, July 26, 2011

KUNMING 3 : MAKAN-MAKAN DI RESTORAN

Semasa bersantai di rantau, kita perlulah mencari tempat-tempat makan yang sah halal. Bagi kami yang mengambil pakej perjalanan, pihak pengurusan menyediakan restoran-restoran Muslim. Tempat-tempat yang kami lawati mudah mendapatkan makanan halal kerana telah banyak pelancong Muslim ke negeri China. Lagi pun negeri China mempunyai bilangan Muslim yang lebih ramai dari Malaysia. Tapi kenalah cari tempat-tempat yang tertentu. Kalau di pendalaman susah kot.

Makanan yang disediakan masak cara dia lah. Satu minggu tak dapat masak asam pedas atau ikan goreng cili. Biasanya rombongan Malaysia akan bawa bekalan tambahan untuk buka selera seperti sambal tumis, serondeng daging, acar buah, sambal ikan bilis, keropok dsbnya. Breakfast walaupun disediakan oleh pihak Hotel, kami tak turun kerana tak berselera . . . al-maklum! So . . kami bawa bekal nasi himpit berketul-ketul cukup untuk 6 hari di sana dan juga roti. Berkumpul dalam satu bilik dan bersarapanlah beramai-ramai - kopi, teh pun bawa dari rumah. Seronok gitu . . .
Makanan yang disediakan kebanyakannya kami minta sayur kerana sayur mereka sangat segar. Ada yang tak pernah didapati di negeri kita. Decor restoran ala-ala Arabia, juga uniform pelayan-pelayannya. Makan gunakan sepit (masalah bagi Nek Ngah). Tapi kami mintalah sudu garpu. Ada restoran tu tak de garpu! Macam-macam hal!

Nampak tak tupperware kat depan tu? Ada bekal sambal tumis dari Melaka.

Monday, July 25, 2011

KUNMING 2 : MASJID

Dah kat negeri orang tu, kenalah mula-mula pastikan makan kat mana . . . kalau dalam perjalanan tu, ada tak tempat nak solat . . . nak juga jenguk masjid kalau ada . . ya lah nak ambik berkat.
Ni kat mana ni? Tak nampak bayang masjid pun . . lorong menuju tempat ni pun tidaklah menggembirakan hidung dan mata Nek Ngah. Ketuk-ketuk pintu besi ni . . mana orang nya? Lama menunggu, baru datang seorang nenek bukakan pintu yang berkunci tu.

Tapi bila masuk ke kawasan masjid ni, barulah sedap mata memandang. Sempatlah juga Nek Ngah berwudhuk dan solat sunat tahiyatul masjid di sini.

Pada hari lain pula selepas bershopping-shopping sakan di tengah-tengah bandaraya Kunming, tiba masa untuk solat sebelum makan tengahari. Jalan punya jalan, kami dibawa ke Masjid terbesar di Kunming ni. Rupa-rupanya di tengah-tengah kesibukan manusia berurusan ada terselit tempat tenang seperti ini.
Dewan solatnya luas dan bercarpet. Lepas tu berhampiran dinding ada tempat solat khas untuk warga tua yang sakit lutut. Ini adalah satu idea yang baik - nanti nak cadangkan kat orang masjid di Melaka ni.

Saturday, July 23, 2011

JALAN-JALAN KE KUNMING, CHINA



Naik MAS pada 10.00 pg, bersama kawan-kawan "The Golden Girls" 8 orang je, terbang ke Kunming, Selatan China. Kat sana selama 6 hari, 5 malam puas juga lah tenguk negeri orang - panjat tangga naik bukit, naik bot, masuk gua (naik turun tangga), naik 'chair lift', merentasi taman (garden) yang hijau. Lahhh penat juga lah . . . . . baik lutut tak bagi problem. Nanti Nek Ngah tampal gambar-gambar kat sini. La ni masih penat, maklumlah jam 12.00 tengah malam tadi baru sampai rumah.



Bersambung cerita Nek Ngah . . . .

Ni Nek Ngah tunjuk beberapa tempat-tempat menarik yang kami telah lawati.

Ini kat Western Hill berhampiran bandaraya Kunming . . hmmm . . kena panjat beberapa anak tangga nak dapatkan pemandangan yang sayup dan indah ini. Aduhhh . . tak larat rasanya, ya Tuhan!
Hari Ke-2, nenek-nenek ni di bawa ke bandar Shi-Lin untuk menikmati ciptaan Tuhan yang lain - kawasan gua dan gaung di Jiuxiang, yang terhasil berjuta-juta tahun dahulu, rasa naik bot jap, naik turun tangga di dalam gua yang indah (lagi tak larat, tapi gagahkan jugak) dan diakhiri dengan naik "chair lift". Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Hari Ke-3, dari Bandar Shi-Lin, kami dibawa ke Stone Forest (Hutan Batu). Lagi keajaiban ciptaan Illahi. Katanya dahulu kawasan ini ditenggelami air! Sekarang jadi hutan batu lak. Syukur . . . .