"Hello Naz, ini Beng Kim. Swi Neo is coming down to Melaka from Singapore this week-end. So we thought maybe we could have High-Tea with other class-mates yang available. This Saturday, can? At Holiday Inn Hotel."
"Siapa-siapa lagi mao datang, Beng Kim?"
"Alice, Eleanor, Ruby Lee, Goon Hong, Maggie, Ah Nui, Swee Fah, gua of course. And then you plus Swi Neo.. sepuloh orang lah."
![]() |
Berkawan sejak Darjah 1 hingga berpisah Tingkatan 5 |
Jadi pada hari Sabtu, jam 12.00 tgh. saya menuju ke tempat yang ditetapkan. Sehari sebelum itu, saya buatkan hadiah buah tangan untuk kawan-kawan. Memang kami jarang berjumpa walaupun sama-sama duduk di Melaka. Biasanya kami berjumpa sekali setiap tahun untuk makan-makan dan bertukar cerita. Dalam kelas kami hanya ada 3 orang pelajar Melayu - saya, Fadilah Merican dan Zalmah Ahmad. Tapi kekawan ini sudah putus hubungan. Seronoknya bila dah bertemu... walaupun umur dah mengjangkau lewat 60an.. tetapi di dalam hati rasa muda bila mengingati perkara-perkara lucu semasa di sekolah. "I remember Naz sent me a picture of her on a horse when she first went overseas," ketawa Swi Neo. Semua orang ketawa... Hmmm... did I? Hiii..hii..
Saya bersyukur kerana masih ada kawan-kawan yang mengingati saya. Diharapkan persahabatan ini terus berkekalan walaupun kita Melayu ke Cina ke, Serani ke..
Alhamdulillah..pujian bagi Allah.
No comments:
Post a Comment