Monday, May 23, 2011

MARI BERSENAM!


Ini si kecil DANISH. Umurnya baru 2 tahun. Tingginya tak sampai pun ke pinggang Nek Ngah. Tapi dia lah penghibur kami nenek-nenek, setiap kali aktiviti Taici dan senaman yang kami adakan setiap pagi Isnin dan Khamis. Sebelum jam 7.00 pg. Danish dah sampai dengan neneknya, Noriah, berkumpul bersama nenk-nenek yang lain untuk bersenam. Hai . . . ada tak geli hati, apa yang kami buat, pandai pulak dia ikut. Siap dengan pampersnya! Ada rhythm pulak tu. Buat sampai akhir - 45 minit, tak berenti rehat atau merengek macam budak-budak lain. Berpeluh-peluh Danish di akhir sesi senaman tu. Danish anak cerdik dan ceria. Nek Ngah doakan bila besar jadi anak yang baik dan menghormati orang tua. Lihatlah gambar-gambar yang Nek Ngah ambil Danish sedang beraksi.

Ayunkan tangan, Danish. Tinggi-tinggi . . .

Kaki tu ke depan lak . . . Hee . . hee . .

Saturday, May 21, 2011

JAHITLAH NEK NGAH . . .

أهْلاً وَسَهْلاً وَمَرْحَبًا بكُمْ

Apa khabar? Selamat datang sekali lagi ke rumah Nek Ngah. Oh, gambar kat atas tu ialah hasil jahitan Nek Ngah terbaru - Sejadah Sujud berukuran 20" x 15" - yang dibuat khas untuk pertandingan jahitan anjuran Perkumpulan Perempuan Negeri Melaka. Ye lahhh . . . Nek Ngah nak masuk bertanding lah ni - petang karang lah. Kalau ada rezeki (dan ditakdirkan Allah) Nek Ngah harap dapatlah nombor - 1 ke, 2 ke, 3 ke.


Nek Ngah memang minat menjahit - apa-apa lah . . . baju, sulaman, tampal-tampal kain dsbnya. Arwah Mak dan Bapa Nek Ngah kan dulu tukang jahit baju . . . Adalah keturunannya kat sini. . . Seingat Nek Ngah lah, dari umur 10 tahun lagi Nek Ngah dah biasa dengan jarum - buat anak patung, sapu tangan. Dan masa Tingkatan Satu pun, semasa Hari Penyampaian Sijil Nek Ngah modelkan pakaian yang dijahit sepanjang tahun tu . . Nek Ngah pakai apron putih dan Nek Lang (masa tu cute 9 years old, Nek Ngah juga cute 11 tahun, hee hee), pakai baju gaun organza warna pink yang Nek Ngah jahit, ada riben di pinggang. Memang tak boleh lupa zaman tu.

Sekarang kebanyakan baju Nek Ngah, jahit sendiri, rasa puas hati. Masa lapang (dan rajin, ada mood) Nek Ngah jahitlah apa-apa untuk famili dan kawan-kawan. Dalam bilik tidur (cum studio & bilik kerja) Nek Ngah ada banyak perca-perca kain, bergulung-gulung riben, macam-macam warna benang. Hai . . berkotak-kotak, sayangnya nak buang! Itulah minat Nek Ngah selain pergi berjalan-jalan dan ambik gambar.

Jumpa lagi lain kali . . .


Koleksi jahitan riben beg isi telekung.

Jahitan tampal cantum untuk isi Al-Quran.

Jam : 7.15 mlm Hari yang sama.

لاَ تَحْزَني

Well . . . Nek Ngah baru balik dari Pertandingan tadi. Alahai . . . jahitan Nek Ngah di"disqualified"kan kerana kata mereka Nek Ngah tambah renda pada jahitan Nek Ngah. Dalam syarat tak cakap pun tak boleh guna renda! Hmm . . memang tak ada rezeki Nek Ngah. Lagi pun mungkin ada hikmah di sebalik tak menang apa-apa tu.

Di sebalik itu . . . Nek Ngah sungguh terharu dengan urusan Allah. Kalau Nek Ngah tak dapat hadiah pada pertandingan, Allah beri rezeki cara lain supaya Nek Ngah tak bersedih hati. Nek Ngah dapat 3 hadiah cabutan nama bertuah! Syukru lillah . . .



Inilah 3 hadiah cabutan nama bertuah "LA TAHZAN". Tak buka lagi, biarlah rahsia!


Saturday, May 14, 2011

JAUH BERJALAN . . . .

. . . BERTAMBAH PENGALAMAN.

Ya, tak payah nak gi jauh-jauh. Kat tempat kita ni banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita nikmati. Macam hujung minggu lepas, Nek Ngah gi ke Pantai Timur, naik kereta MyVi Nek Ngah lah. Tok Shau bawa, Nek Yan pun ikut. Tujuan nak ambil barang-barang Zizi yang dah tamat belajar di Kubang Kerian tu. Sambil-sambil tu kita jalan-jalan lah . .

Dari Melaka kami ikut jalan dalam ke Gua Musang. Jauh tu tau. Nek Ngah tak pernah pergi melalui laluan ini . . KL, Bentong, Raub . . .(entah apa nama pekan lagi, dah lupa!). Sampailah ke Gua Musang lalu singgah nak tenguk stesyen keretapi Gua Musang yang antik tu.

Posing kat papan tanda (nanti orang tak caya!)

Cantiknya bukit-bukit kapur latar belakang stesyen keretapi ni!

Sepanjang perjalanan dapat lihat keindahan bukit-bukit, kebun-kebun dan perkampungan di sana. Kat Kota Bharu pulak, kami menginap di hotel tepi sungai Kelantan. Amboi . . nyamannya suasana petang-petang. Cuba lihat gambar-gambar ni :

Cantik kan?

Lepas tu perjalanan balik ikut pantai lak. Di Terengganu juga banyak pemandangan yang cantik. Nek Ngah sangat teruja dengan pantai dan ayer Laut China Selatannya yang jernih lagi bersih.

Di pinggiran Kuala Terangganu nampak Seberang Takir.

Singgah solat sunat di "Masjid Terapung"nya.

Suka tenguk perahu-perahu nelayan di Kg. Seberang Maran.

Singgah pulak main ayer kat Kemasik . . . Alahaiii Nek Ngah ni . . .

Berposing lagi . . . macam selebriti . . . .

Hmmm . . tak payah gi jauh-jauh kan? Nanti insyaAllah Nek Ngah nak round-round lagi ke tempat lain. Ke mana, ya!

Keindahan alam ciptaan Tuhan, untuk kita nikamati dan hayati.

Sunday, May 1, 2011

JERUK OH JERUK

Sebelum terlupa, Nek Ngah nak share di sini cara-cara paling mudah buat jeruk manis. Boleh gunakan buah mangga, kedondong (sedap!) apa saja lah buah yang muda DAN masammm. Nek Ngah gunakan buah belimbing yang diberi oleh kawan Nek Ngah, katanya kat rumah dia pokok belimbing sedang 'mabuk' berbuah.

Mula-mula bersihkan buah belimbing, basuh dengan air, toskan. Kemudian isi dalam bekas - plastik ke kaca ke, tak kisah. Nek Ngah isi dalam botol kaca, senang nak lihat. Kemudian ambil garam halus dan tuangkan ke belimbing so that semua belimbing disalut garam tadi. Tak ada campur air tau . .
Gambar di atas, belimbing dan garam halus dalam botol. Ketepikan, biarkan demikian selama 2 hari. Sementara itu, goncang-goncangkan botol dari masa ke semasa. Apa yang terjadi ialah bahan dalam garam itu akan menarik keluar air asam yang ada dalam buah.

Selepas 2 hari ke, tenguk (gambar di atas) . . . banyak air dah keluar dari buah tadi. Sementara itu, masak air gula cukup untuk tutup semua buah tadi. Biarkan sejuk betul.

Dah 2 hari, dah goncang-goncang, air gula pun dah siap, BUANG air bergaram tu. JANGAN BASUH BUAH. Tuangkan air gula sampai tertutup semua buah. Lihat gambar di atas. Ketepikan selama 2 hari, macam awalan tadi, goncang-goncang botol dari masa ke semasa.

Bila letak air gula, buah akan terapung. Masak air gula lagi, biarkan sejuk. Dah 2 hari berendam, (jangan lupa goncang botol time to time), buangkan air gula yang dulu dan tuangkan air gula yang kedua, yang baru. Masa ni bolehlah simpan botol jeruk dalam peti ais. tunggu lagi 2 hari, boleh makan.
Hmmm . . sedapnya jeruk buatan sendiri . . . Selamat mencuba!