Monday, November 19, 2012

TAHNIAH! ALHAMDULILLAH!

Pagi mendung, gelap, hujan, dingin kat luar.

10:23:33 am  -  NN sms - "T, any news Amal?"

10:24:23 am  -  T jawab - "Belum!!!"

10:25:02 am  - NN sms  - "Aiyah so nervous!"

Sabar menungguu . . ..

11:58:14 am  -  T sms - "5As, nek ngah!! Alhamdulillah"

11:58:51 am  - NN . . .. - "Yeaah!"

CONGRATULATIONS, AMAL!

Sunday, November 18, 2012

IDDIN 10 TAHUN


Sabtu, 17/11/2012, genaplah 10 tahun Mummy melahirkan Iddin. Teruja sangat Iddin nak menyambut harijadinya bersama kawan-kawan dia. Kali ini majlis diadakan kat Padang Footsal berhampiran rumah Iddin di Padang Temu. Alhamdulillah malam itu cerah walaupun siang hari dan petang tadi hujan lebat mencurah-curah.

Sehari suntuk Iddin sibuk buat persiapan, selain Mummy dan Daddy. Sehari sebelum tu Nek Ngah bawa Iddin ke kedai beli bola footsal sebagai birthday present. Dia sangat considerate, beli yang paling murah (RM60) katanya, supaya tidak membebankan poket Nek Ngah! Iddin juga sangat ambil berat kalau-kalau Mummy tak cukup duit untuk buat persiapan. Sehingga dia keluarkan duit simpanan dia RM95 buat bantu Mummy. Tentulah Mummy tak ambil! Tapi cadangan Iddin itu sangat menyentuh hati Mummy. So sweet!

Jam 9.00 malam dah mula family kat Padang Temu dan kekawan Iddin datang.  Makanan banyak Daddy dah atur kat meja. Tapi budak-budak ni tak kisah hal makanan. Johan kata nak main dulu lepas tu barulah nak makan. Hmm  . . mereka pun lari sini lari sana . . Nek Ngah pun tak faham permainan footsal ni. Nampak enjoy je dia orang. Jam 10.00 malam Nek Ngah rasa ngantuk dan minta diri nak balik tidur.

Keesokan paginya Mummy bilang party Iddin berlarutan lebih dari 2 jam dari jangka masa sewa Court Footsal tu. Semua orang enjoy, lebih-lebih lagi birthday boy lah. Sebelum balik Nek Ngah jenguk bilik Iddin, dia masih tidur nyenyak . . kepenatan!



HAPPY BIRTHDAY IDDIN!

Thursday, November 15, 2012

MA'AL HIJRAH -- 1 Muharram 1434 or 15/11/2012


 
Selamat menyambut Tahun Baru Hijriah 1434.
Selamat meraikan Ma'al Hijrah.
Semoga kita berhijrah satu tingkat lagi ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Tuesday, November 13, 2012

ANAK LEMAN KAHWIN

 Hari ni hari cuti Deepavali, elok lah juga ambil kesempatan adakan majlis kenduri kahwin . . budak sekolah dan orang ramai cuti kan?

Hj. Leman & Hjh. Nor towkay Leman Car Wash tu meraikan persandingan anak ke-3 mereka dak Farid tu (Farid yang ada kedai carwash kat Peringgit Jaya tu, Lang). Pergi dengan Mami Hasni, Tijah, Asmah Sharif dan Azlan. Ramainya orang, ialah kan Leman ramai kenalan . . orang business lah katakan. Hidangan nasi ayam, rojak petis (best) & kueh-mueh. Contract makan si Ketat lah, who else. Jah ngan Asmah makan apa yang dia orang tolong masak pagi tadi. Hee . . hee . . Ada kumpulan berzanji lagi . . Ok lah nak tunjukkan gambar yang NN sempat ambil ngan  hand phone tadi : 
Kad jemputan macam hand phone!
Pengantin tiba dengan kereta vintage, style lo!
The handsome couple
Why pengantin always so pretty?

Friday, November 9, 2012

ROTI PERANCIS MINI




Buat roti ni semalam untuk berbuka puasa, cicah sama "meat sauce". Panas-panas makan sedap. Pagi tadi sarapan makan satu lagi dengan butter & kaya. Minum kopi panas. Hmmm sedapnya . ..  yang lebih tu beri sama Amal . .

حَلاَلاً طَيِّبًا

Sunday, November 4, 2012

EXAM, EXAM, EXAM . . .



Gambar ini diambil lebih kurang 15 tahun dahulu. Masa berputar tersangat deras dan tiba-tiba si "Kecil" ini akan menduduki peperiksaan SPM mulai esok pagi, Isnin 5/11/2012. Sedar tak sedar, kita pun terasa tua . . 

Masa Nek Ngah Form 5 dulu tahun 1962 maknanya 50 tahun dulu! Masa tu peperiksaan dipanggil Senior Cambridge Examination - kertas soalan dari Cambridge University, you!  Antara detik itu dan kini macam-macam pengalaman manis dan pahit dilalui. Syukur kepada semua pengalaman yang dilalui menjadikan kita semakin matang.


Kepada IMAN yang gambarnya di atas, Nek Ngah ucapkan "All the best!" Just one little stepping stone to more to come. Good Luck!

Saturday, November 3, 2012

AMALKANLAH SELAWAT INI HARI-HARI


Selawat Syifa'  ialah Selawat Penawar Penyakit. Dibaca, insya  Allah hati jadi tenteram, badan sihat serta mata memandang yang baik-baik.

Thursday, November 1, 2012

AHLAN WA SAHLAN, YA NUR AISYAH!

Panggil saya : NUR AISYAH
Alhamdulillah ... pada jam 12.45 pg. tadi maka menjelmalah ke alam dunia ini seorang lagi hamba Allah yang diberi nama "NUR AISYAH". Betapa gembiranya ibu-bapa, nenek-nenek, tok-tok, waris-waris etc. etc. etc...

Nek Ngah gi jenguk kat Hospital Melaka dibawa oleh 'abah' baru, Mohd Azlan, jam 12 tgh tadi. Maknanya umur Nur Aisyah baharu 12 jam! Nek Ngah diminta untuk 'tahnik'kan baby yakni membelah mulut bayi dan mendoakannya. Alhamdulillah dengan rasa terharu dan sebak, Nek Ngah menjalankan tugas. "Terharu" kerana dipilih untuk mentahnikkan dan "Sebak" kerana memeluk dan mendakap ciptaan Allah yang terbaharu. Cara 'tahnik' ni Nek Ngah dapat dari blog seorang hamba Allah. Semoga Allah berkati dia kerana meng'share'kan ilmu itu.

Hari ini Khamis, Nek Ngah "sa-i-mah" jadi tak leh lah nak kunyah-kunyah kurma Nabi tu seperti dilakukan oleh tok 'alim tu. Instead, Nek Ngah lenyek-lenyek je dengan jari . . sikit je . . asalkan ada rasa manis kurma di jari, kemudian Nek Ngah masukkan jari ke dalam mulut Nur Aisyah dan sapu pada gusi-gusi dia beberapa kali. Aiiii . . . Nur Aisyah pun kulom-kulom jari Nek Ngah ..  so cute! Then Nek Ngah perasan dia smile! O.K. lah tu Nek Ngah... hee . .. hee.... Pas tu Nek Ngah cecah jari ke air zam-zam dan masukkan ke dalam mulut N.A. buat beberapa kali. Nek Ngah doakan Allah melihat amalan Nek Ngah dan approve. Semoga Allah makbulkan permintaan hambaNya. Aminnn.

Nek Ngah sedang baca doa berpandukan buku catatan
   
Ibu, As, tenang je selepas melalui pengalaman manis

Nek Ngah says bye-bye kepada Nur Aisyah
Selamat datang, Ahlan wa Sahlan, ya Nur Aisyah Mohd Azlan! Semoga menjadi anak solehah, taat kepada ibu bapa, agama dan negara.

Wednesday, October 31, 2012

ROTI OH ROTI . . .

Selepas mengikuti Bengkel buat roti tempoh hari, timbul minat nak hasilkan roti sendiri. Lagi pun alat dan bahan dah sedia ada seperti mesin pembancuh (dough mixer) yang ada cangkuk khas untuk bancuh doh roti. Kalau tak ada mesin ni, jenuh lah juga nak uli doh tu dengan tangan sampai setengah jam lamanya! Dengan mesin ni cuma ambil masa lebih kurang 10 minit. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pembancuh, tekan butang dan biarkan mesin tu 'bekerja'.
Mesin Pembancuh (Mixer)
Cangkuk Khas pembancuh doh roti / pau
 Lepas tu, kena biarkan doh 10 minit lagi untuk yis (ragi roti) berkembang sampailah saiz doh dua kali ganda. Dah tu, tumbuk doh untuk keluarkan angin (ketika ini boleh lepaskan geram!). And then bagi-bagi doh ikut sukatan yang dikehendaki, bentuk bulat macam bola. Lepas tu biarkan bola-bola tadi 'berehat' selama setengah jam. Masa tu dia naik lagi disebabkan yis tadi. Hmmm . ..  leceh juga nak buat roti ni. Kadang-kadang fikir balik, baik beli je kat kedai . . jimat masa, jimat duit , lebih murah lagi! Tapiii lain lah dengan buatan air tangan sendiri, dengan baca Basmalah, solawat Nabi sambil buat. Berkat! Lagi pun bila ada ramai peminat dan banyak permintaan, minat kita pun ber'ia-ia'.

Setelah beberapa kali buat roti ni, Nek Ngah come to conclusion, seorang Pembuat Roti (kat rumah) mestilah :

1) Banyak BERSABAR
2) Teliti & Kreatif
3) Punya banyak masa
4) Rajin mengemas pra & post 
5) BerMINAT
 
Usaha pertama - Roti Berinti Kelapa
 
Roti Bebola Keju

Pelbagai jenis / bentuk dari satu doh

Peminat No.1

Saturday, October 20, 2012

REUNION 50 TAHUN KAWAN-KAWAN SEKOLAH


 Pada 19 Oktober 2012 NN raikan kawan-kawan sekolah setelah genap 50 tahun meninggalkan bangku sekolah. 


Ini gambar NN dengan kawan-kawan diambil pada 19/10/2012.

 

Bandingkan dengan gambar ini AMAL dengan classmate dia masa Hari Raya baru-baru ini di tempat yang sama. NN doakan AMAL dapat bergambar lagi dengan kawan-kawan 50 tahun dari sekarang, insya Allah.

Sunday, October 14, 2012

BENGKEL BUAT ROTI - HANDS ON

Baru keluar dari oven

My favorite - Roti Kacang Merah

Roti ala piza

Cheese Loaf - sedap!

Roti kacang merah

Roti untuk semua peserta bawa balik


Sausage Roll dalam bermacam gaya - belum masuk oven
Pada 13/10/12, pergi ikuti Bengkel buat roti kat Kolej Komuniti Bukit Beruang. Anjuran DUN Parlimen Bukit Katil. WI Bukit Baru hantar 15 peserta. Kesemua yang datang 37 orang. Kita kena buat sendiri selepas Cikgu Chef demo. NN banyak ambil gambar je pasal dah tahu sikit-sikit dulu. Rasa-rasanya bolehlah kalau nak niaga!

Friday, July 6, 2012

SENANGNYA DALAM HATI . .

"Senangnya dalam hati . ." bukanlah NN nak nyanyi lagu famous P.Ramlee tu. Puas dan lega rasa NN bila selesai buat sesuatu projek dan rasa kejayaannya.

Nek Ngah baru balik dari menjalankan Bengkel Jahitan seperti yang NN cerita dulu. Wah, ramainya ahli yang datang . . dari ketiga-tiga daerah negeri Melaka - Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Semua datang ke Dewan Seri Bendahara tu nak mengikuti bengkel jahitan NN. Memang dah berminggu NN buat persediaan -buat buku nota, gambar-gambar rajah, gunting kain kecil-kecil dan sebagainya yang berkaitan.

Pemandangan kesibukan bengkel

Cikgu sedang mengajar . . Pay attention!ion
Beberapa beg "ponjot" yang telah siap

Penat rasanya mengendalikan bengkel tersebut, tapi hati rasa puas bila melihat hasil peserta-peserta dan hubungan silatulrahim antara guru dan pelajar. Mereka gembira dan Nek Ngah pun gembira. So . . Alhamdulillah lah . . . sekarang bolehlah tidur lena . .

Thursday, June 28, 2012

ANGIN MENJAHIT


"Tote" beg baru siap kejap tadi
.
Whoooooshhh . . angin bertiup kencang. Ada angin baik, ada angin tak baik. Ada angin rajin, ada angin M. NL pernah beritahu kawan-kawan yang Nek Ngah ni ada angin. Bila datang angin menjahit . . dia menjahiiit saja. Masa tu lah famili ambil peluang, minta pendekkan seluar lah, jubah lah, jahit yang koyak lah, tolong sambungkan kain sarung lah. Nek Ngah tak complain pasal ada angin baik. Datang angin buat kuih, dia buat kueeeh aje, sampai dua tiga jenis sehari. Lain kerja tak buat. Hiii, hiii! 

Nah sekarang angin kencang melanda. Minggu hadapan, Nek Ngah kena kendalikan satu Bengkel Jahitan untuk 40 orang ahli WI. Buat beg isi telekung. Hmmm .. kenalah sediakan bahan-bahannya kan? Lepas tu kena sediakan nota-nota teknik menjahit yang betul. Alahai . . . doakanlah Nek Ngah boleh mengatasi semua ini. Insya Allah . ..

Tuesday, June 26, 2012

MENYUSUR PANTAI TRENGGANU

Hujung minggu sudah, Nek Ngah bawa rombongan 30 ahli LKPIM Melaka Tengah ke Kota Bharu dengan menaiki bas sewa. Tujuan ke Kota Bharu, apa lagi . . . shopping lah kan . .  sampai ke Rantau Panjang. Tapi yang lebih utama, Nek Ngah telah aturkan malam Qiamullail di tempat kami menginap pada malam Isnin tu. Alhamdullillah, Nek Ngah dapat bantuan daripada "adik-adik" di KB untuk mendapatkan Ustazah tempatan yang berpengalaman untuk memimpin kami para musafirah dari Melaka untuk Qiamullail. Di sini nak ucapkan berbanyak terima kasih lah kepada Ma dan Mah kerana banyak memudahkan urusan Nek Ngah.



Dalam perjalanan balik, ikut pantai siang hari. Tentulah menyusur pantai Tengganu. Amboi . . Nek Ngah tenguk sepanjang perjalanan  banyak gerai-gerai menjual bermacam-macam oleh-oleh dan makanan. Pertama sekali kami singgah di LOSONG - gerai jual keropok lekor fresh & satar ikan (kegemaran Nek Ngah). Tuan punya kedai pulak tu bagus strategi dia - dia jamu clients dengan produk dia sebanyak-banyaknya. Makan lah puas-puas, rasa lah keropok lekor panas-panas serta cicah sosnya . . . rasalah satar yang dicucuk 5 sebatang .... panas-panas gak. Benda free kannn  ..  sedap pulak tu. Business dia pun laris. Ramai ahli rombongan membeli kupuk lekor dan satar bawa balik untuk keluarga di Melaka.





 Kemudian tak jauh berjalan lagi, berhenti di gerai jual 'ROTI PAUNG'. Wah canggih gerai kecil tu, tempat pembakarnya moden dan bersih. Roti panas-panas laris dikebas! Bermacam-macam roti ada - kelapa, kaya, kacang, jagung ... lembut je. Sedap makan sama kopi panas! Nek Ngah terpikir - apa tu "PAUNG". Adakah "Pound" dalam Bahasa Inggeris yang di Tengganukan jadi "Paung"? Siapa boleh jelaskan? Apa-apa pun, memang sedap.

Gerai "ROTI PAUNG"
Nak yang mana?
 


 
 
Tu lah nak cerita kali ni - satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan.

Sunday, June 10, 2012

BENGKEL JAHITAN

Jumaat dan Sabtu baru-baru ni, NN hadiri Bengkel Jahitan Kreatif anjuran WI Negeri Melaka. 31 orang ahli WI dari seluruh negeri Melaka bernasib baik dapat hadir. Kami ditunjukkan cara-cara menghasilkan sebuah kusyen dengan teknik-teknik yang tertentu. NN dapat hasilkan dalam masa 1 1/2 hari. Lihatlah hasil Nek Ngah ni. Cantik tak? Terima kasih kepada pihak penganjur memberi kami peluang keemasan ini untuk menimba ilmu.


VIP meneliti hasilkerja NN.

Thursday, June 7, 2012

AKU ADA . . . AWAK ADA?

Masa singgah di sebuah kedai dalam perjalanan di country side Turkiye- kedai jual Turkish delight & souveniers, NL menarik perhatian Nek Ngah (NN) pada satu rak dalam kedai tu. Teruja NN tenguk - rupanya produk gelas minum teh Turkey yang berjenama "NAZLI KRISTAL"!  Nama Nek Ngah rupanya! Nek Ngah ada, awak ada? Rupanya kata budak penjual di situ, "NAZLI" juga nama orang Turkey. Ahhh . . samalah kita!

Dulu Nek Ngah pernah tanya arwah Emak, kenapa namakan  Nek Ngah "NAZLI". Arwah bilang masa Nek Ngah lahir, arwah Emak tertarik dengan nama seorang Permaisuri Mesir masa tu. Ohhh . . . bukanlah nama lelaki! Nama Permaisuri Arab rupanya!

Tuesday, June 5, 2012

JET LAG - PENATNYA, NGANTUKNYA . . .


Selama di Turkey, kami singgah di beberapa bandar yang di antara satu dengan satunya beratus-ratus kilometer. Hari pertama lagi dari rumah di Melaka bertolak jam 5.00 pagi dengan van yang disewa khas. Berlepas lebih kurang jam 10.30 pg. dari KLIA ngan Qatar Airlines (good airline) - 6 jam terus transit di Doha, Qatar. Tak sempat nak berlunjur, dah didera cepat naik kplterbang lain ke Istanbul - 4 jam baru sampai. Bila kita ke Barat, bilangan jam kita bertambah. Jadi bukan 24 jam sehari, pada hari tu di Turkey, kita dapat 29 jam hari Ahad! Tak singgah di Istanbul, terus naik bas ke Busra, lagi 2 1/2 jam. Hai . . . penatnya!

Di bumi Turkey, kami bermalam di Busra, Pamukkale, Cappadocia (2 hari), Bolu dan Istanbul (2 hari). On the way singgah tempat-tempat penting dan menarik. So imagine lah . . kalau bermalam semalam je, kena letak luggage luar pintu jam 6.00 pg. Subuh jam 3.45 pg. lebih kurang. Kenalah bangun jam 3.30 pg. kan? Bas bertolak dari hotel jam 7.30 pg. Jalan, jalan, jalan tenguk-tenguk tempat kena guna kaki lagi. Alhamdulillah . .  Nek Ngah tak semput, tak selsema. Cuaca dan udara di sana cerah dan bersih. Nek Ngah suka perhatikan langitnya yang luas, awan-awan putih berkepul-kepul, dan tanahnya yang terbentang luas subur. Sana musim ni, maghrib dia jam 8.30 malam. Jadi sempatlah berjalan siang yang panjang dan sempat sampai hotel sebelum maghrib . . nak solat jamak Zohor dan Asar . . Dah solat jamak Maghrib - Isyak, terus bum tidur . . . penatnya!
Di Istanbul melawat kompleks Topkapi, Masjid Biru dan Muzium Hagia-Sophia yang letaknya dekat-dekat, tak leh naik bas. Kenalah menapak! Lah . . jauhnya!  Penatnya! . . .

Bila balik ke Melaka, dapat "jet lag" . . perubahan masa . . tak dapat lelap sampai 2.00 pg. Kalau kat Turkey baru jam 9.00 mlm. Masih ingat jam kat Turkey! Apa lagi, esoknya kesiangan lah. Ya ampun! Ngantuknya! . .  ..