Thursday, September 29, 2011

AKU MENYAHUT SERUAN MU . . .

Diam tak diam dah sampai masanya panggilan ke Tanah Suci kepada jemaah-jemaah kita. Rasanya Nek Ngah baru saja berada di Makkah, ni orang dah nak pergi pulak. Ini sahabat Nek Ngah, jiran sekampung, yang berangkat kapal terbang pertama hari ini, 29/9/2011. Nek Ngah ucapkan selamat menunaikan ibadah haji dan ziarah kepada Zinton, semoga mendapat haji dan umrah yang mabrur. Selamat pergi dan kembali.

Labbaikallahumma labbaik ...

Tuesday, September 27, 2011

"INI CIKGU SAYA..."

Masa Nek Ngah kat USM Penang untuk konvo Azizi, jumpalah Professor yang sangat peramah ni. Kawan sekolah Tok Shau rupanya. Bila nampak Nek Ngah je, dia panggil "Cikgu!". Dia ingat Nek Ngah, katanya dulu ajar dia Art kat High School. Mungkin dulu dia Form 1 . .. Nek Ngah tak ingatlah. Mana nak ingat! Dah berpuluh tahun . . budak kecik dah jadi besar. Rupa pun dah tentu dah banyak berubah. Tapi Nek Ngah sangat tersentuh bila dia jumpa sesiapa je kat kampus tu, dia kata, "Ini cikgu saya!" Hmmm . . tersengeh-sengeh Nek Ngah. Terima kasih & Tahniah Datuk Prof Dr.Omar. You are such a wonderful anak murid!

Monday, September 26, 2011

TAK HABIS RAYA LAGI O!

Last Sunday, ada 'open house raya' lagi kat rumah T. Yang kat atas ni Nek Ngah buat - Dari atas ke bawah : Kek Batik, Agar-agar merah & hijau, chocolat chip cupcakes . . . dan kan corner kiri bawah sekali . . . biskut kacang Mazola. Ada sesiapa nak tempah? Hee3!

Thursday, September 22, 2011

TAHNIAH!



Tahniah! Congratulations!
Kepada Mohd.Azizi bin Hj.Shaukani yang telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan di Upacara Konvokesyen USM pada 21 September 2011, Rabu.

Sunday, September 18, 2011

AMBOI . . MERIAHNYA!

Ye . . meriahnya majlis "Morning Coffee" WI Bukit Baru sempena merayakan Aidil Fitri pagi tadi di kediaman Pengerusi, Kak Hjh. Hapipah di Bukit Baru. Pagi-pagi lagi member dah datang dengan pakaian hariraya . . berseri-seri, bersinar-sinar. Turut hadir, isteri YAB Ketua Menteri. Memang sporting betul semua orang. Ada persembahan nyanyian, tarian dan karaoke. Ramai makcik-makcik bergoyang-goyang kaki dengar lagu-lagu rancak yang diputarkan. Maklumlah orang lama Melaka . . . dulu ada joget lambak. Tapi nak enjoykan . . lagi pun kesemua yang hadir perempuan, dalam kawasan yang tertutup pulak tu. Apa lagi, makcik . . mari kita joget! Makanan memanglah melambak-lambak sumbangan AJK kesemuanya. Biasalah. Ada ketupat, lontong, rendang, mee basah, mee Singapura, cendol, buah-buahan dan kuih-kuih raya. Terima kasih kepada penyumbang, semoga mendapat keberkatan dan rahmat Allah.

Mulakan dengan solawat Nabi s.a.w. dan lagu rasmi Persatuan.

Preeti lady Mimah sedang berkaraoke.

Alamak . . siapa ketua joget ni?

Dah nak balik pun sempat nak joget, makcik oiii . .

Poco-poco, mak oiii . . syiuk nyaaa . .

Thursday, September 15, 2011

HEE . . GELINYA . . .

Kan Nek Ngah dah kata . . Nek Lang ni first thing tiap pagi mesti pergi tenguk kolam ikan dia. Malam tadi hujan lebat, pagi-pagi lagi kedengaran 'dikir barat' sang katak sahut menyahut. Rupa-rupanya ada beberapa katak tumpang 'homestay' kat kolam ikan. Nek Ngah memang geli bab katak ni. Hee . . . geli . . . Tapi tak Nek Lang . . Dia terus ambil tangguk nak keluarkan katak dari kolam tu. "Dapat 3 ekor," teriak Nek Lang, lalu dibuang di longkang luar pagar. Hee . .. Gelinya Nek Ngah . . .

Ada satu pagi tu, Nek Lang tak de. Dalam samar-samar pagi tu, Nek Ngah nampak macam benda 'alien' kat tepi kolam tu. Haiii . . nak minta tolong sama siapa? Tiba-tiba muncul kawan Nek Ngah kat gate. "Kak Pipah, Kak . . tolong buangkan benda ni!" Nek Ngah minta tolong. Nek Ngah sediakan penyapu dan pengaup sampah. Akak pun datang kuis dengan jari kaki dia. "Apalah ni N . . daun ah! Itu pun geli?" Kak Pipah ketawakan Nek Ngah. Ahaiii . . . malunya!

Tuesday, September 13, 2011

KENANGAN LAMA

Apa ni? Kejap tadi Nek Ngah masuk setor dan terlihat 'crutches' (tongkat ketiak) tu tersandar sayu di tepi dinding. Aiiii . . . dah buruk sangat rotan bingkainya. Inilah kenangan nostalgia Nek Ngah iaitu satu ketika dulu Nek Ngah menggunakan khidmat pasangan tersebut untuk bergerak. Ya . .. selama lebih kurang 20 tahun (1979 - 1998) kejap ada, kejap hilang kedua-dua lutut Nek Ngah bengkak dan sakit yang amat sangat. Susahnya nak bergerak dan pergi kerja. Puas berubat ke sana sini. Tapi Nek Ngah pasrah kerana ini semua ujian dari Allah swt mudah-mudahan menghapuskan mana-mana dosa yang telah Nek Ngah lakukan sebelum ini (maklumlah Nek Ngah jahil). Dan setelah sekian lama, Allah jumpakan Nek Ngah dengan penawarnya. Alhamdullillah sekarang tak de masalah . . banyak bukit dah Nek Ngah panjat! Kawan-kawan lama semua heran macam mana Nek Ngah boleh sembuh. Semua dengan izin Allah . . .

Jadi tongkat-tongkat tu dah menjalankan tugasnya dengan baik. Kenalah kata 'good-bye' dan 'thank you' . . . dah selamat MBMB angkat tadi.

Monday, September 12, 2011

ADA KUIH RAYA LAGI?

Kiri : Tat Nenas bentuk epal. Kanan: Biskut kacang Mazola

Hari ni dah 14 Syawal, maknanya dah 2 minggu kita berRaya. Hmmmm . . kuih raya kegemaran Nek Ngah dah habis round pertama. Jadi, semalam Nek Ngah adunlah lagi. Nek Ngah buat khas untuk Nek Ngah . . . . yang senang-senang aje, tapi sedap! Ni Nek Ngah beri resipi kepada yang berminat.

1. Tat Nenas Bentuk Epal

Tepung gandum - 240 gm
Serbuk Penaik - 2 sudu besar
Mentega - 135 gm.
Air sejuk - 4 sudu besarJem nenas (tak payah susah-susah buat. Ada jual dah siap dah. Lihat gambar di atas).

Kuning telur untuk sapu di atas

Cara Membuatnya :
Gaul tepung, serbuk penaik, mentega dan air sejuk hingga jadi doh yang boleh diuli.
Bentukkan bulat, leperkan, letak jem nenas dan bulatkan.
Kemudian sapu kuning telur di permukaan, dan cucukkan kuaci sebagai tampuk epal.
Bakar - 180F selama 20 minit.

2. Biskut Kacang Mazola

250 gm kacang tanah, direndang, buang kulit dan kisar hingga halus.
250 gm tepung gandum
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak Mazola

Cara Membuatnya :
Gaul semua bahan hingga rata.
Ketepikan selama 30 minit supaya bahan-bahannya sebati.
Kemudian bentukkan doh ikut acuan yang digemari.
Sapu kuning telur di permukaan dan hias dengan kacang atau ceri.
Bakar - 180F, selama 20 minit.

Yumm, yumm . . garenti BESTTTT . . .

Sunday, September 11, 2011

PEMINAT IKAN . . .

". . .Wahai Bondaku,
Bondaku si ikan kaloi,
Timbullah Bondaku, timbullah tunjukkan diri . .
Nasi melukut dengan daun sayur keladi . . .
Nasi melukut sayur keladi
Untuk Bondaku di pagi hari . .
Wahai Bonda, ibu kandungku . .."

Gambar di atas Nek Ngah tangkap pagi tadi tengah Nek Lang buat aktiviti rutin dia setiap pagi. Nek Lang sangat minat berkebun dan pelihara ikan. Pagi-pagi lagi dah beri ikan makan, masuk dalam kolam bersihkan lumut-lumut dll. Kalau Nek Lang balik Kuantan, Nek Ngah lah kena "baby sit" ikan-ikan tu. Tapi tak lah sampai masuk kolam. Teringat pulak lagu Ikan Kaloi dari filem "Bawang Putih Bawang Merah" tu. Sesuai sangat dengan gambar Nek Lang di atas. Ni Nek Ngah copy video dia dari Youtube. Enjoy yek, Nek Ngah suka lagu ni . . .



"Wahai perigi, perigi airnya biru,
Tempat bermain, bermain pari dan mambang.
Mohon izinkan hamba merayu ibu,
Izinkan hamba merayu ibu.
Bagi penawar hatiku yang bimbang.
Wahai Bondaku, ibu kandungku . . .

Wahai Bondaku, bondaku si ikan kaloi,
Timbullah Bondaku, timbullah tunjukkan diri.
Nasi melukut dengan daun sayur keladi,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk Bondaku di pagi hari . .
Wahai Bondaku, ibu kandungku . ."

Friday, September 2, 2011

CUBAANNN . . .

La . . . . Raya tahun ni Nek Ngah diuji sikit. Tak pe, alhamdullillah. Selesai je puasa Ramadan, malam raya tu Nek Ngah dapat "astma attack" - sempot lah kata orang kita. Tak leh bernapas tu, macam ada yang tertekan kat dada. Esok pagi Raya, Nek Ngah gagahkan juga ke masjid untuk solat sunat Raya. Tak sempat nak ziarah kubur pasal tak larat nak berjalan tuu . . Sesak napas! Wheeezz . . wheeze . . Nek Ngah tahan sampai ke hampir tengah malam. Pas tu famili desak Nek Ngah gi cek up di Hospital P. Ramai temankan Nek Ngah ke sana . . . terima kasih! Dah masuk 'gas', cucuk ubat dsbnya, masih ada lagi bunyi 'wheezing' lalu doktor cadangkan masuk wad. Jadi pada malam 31 Ogos 2011, Nek Ngah bermalam di Wad lah. Tapi tak lama . . . 12 jam je, bila rasa lega sikit Nek Ngah minta balik. (Al-maklum Hospital swasta! Hee3). Besoknya lak, ramai keluarga dari KL datang, Nenek lelah lagi . . . Malam tu pegi lagi ke Hospital P, masuk gas lagi 2 kali. Dok kata kena warded. Tak payah lah doktor, kata Nek Ngah. Sesak nanti, saya datang lagi, rumah saya pun tak jauh, reason Nek Ngah . . Doktor pun tambah satu lagi ubat. So alhamdullillah . . hari ni rasa lega sangat. Tu semua cubaannnn untuk Nek Ngah. Terima kasih famili kerana ambik berat pasal Nek Ngah. Raya lah raya . . . .

Di pagi Raya Hari Pertama . . Terima kasih happy famili di Melaka! (We miss you, Zizi!)

Hari Raya ke-2. Terima kasih family dari Taman Indah, KL.

Hari Raya ke-3. Terima kasih family dari Taman Kencana, KL.

Hari Raya ke-4. Terima kasih family dari Puchong, Selangor.

SYUKUR ADA FAMILI YANG MENGAMBIL BERAT HAL FAMILI!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Taqabbala Allahu minni wa min kum.
Wa kullu 'am wa antum bi khair!