Thursday, June 28, 2012

ANGIN MENJAHIT


"Tote" beg baru siap kejap tadi
.
Whoooooshhh . . angin bertiup kencang. Ada angin baik, ada angin tak baik. Ada angin rajin, ada angin M. NL pernah beritahu kawan-kawan yang Nek Ngah ni ada angin. Bila datang angin menjahit . . dia menjahiiit saja. Masa tu lah famili ambil peluang, minta pendekkan seluar lah, jubah lah, jahit yang koyak lah, tolong sambungkan kain sarung lah. Nek Ngah tak complain pasal ada angin baik. Datang angin buat kuih, dia buat kueeeh aje, sampai dua tiga jenis sehari. Lain kerja tak buat. Hiii, hiii! 

Nah sekarang angin kencang melanda. Minggu hadapan, Nek Ngah kena kendalikan satu Bengkel Jahitan untuk 40 orang ahli WI. Buat beg isi telekung. Hmmm .. kenalah sediakan bahan-bahannya kan? Lepas tu kena sediakan nota-nota teknik menjahit yang betul. Alahai . . . doakanlah Nek Ngah boleh mengatasi semua ini. Insya Allah . ..

Tuesday, June 26, 2012

MENYUSUR PANTAI TRENGGANU

Hujung minggu sudah, Nek Ngah bawa rombongan 30 ahli LKPIM Melaka Tengah ke Kota Bharu dengan menaiki bas sewa. Tujuan ke Kota Bharu, apa lagi . . . shopping lah kan . .  sampai ke Rantau Panjang. Tapi yang lebih utama, Nek Ngah telah aturkan malam Qiamullail di tempat kami menginap pada malam Isnin tu. Alhamdullillah, Nek Ngah dapat bantuan daripada "adik-adik" di KB untuk mendapatkan Ustazah tempatan yang berpengalaman untuk memimpin kami para musafirah dari Melaka untuk Qiamullail. Di sini nak ucapkan berbanyak terima kasih lah kepada Ma dan Mah kerana banyak memudahkan urusan Nek Ngah.



Dalam perjalanan balik, ikut pantai siang hari. Tentulah menyusur pantai Tengganu. Amboi . . Nek Ngah tenguk sepanjang perjalanan  banyak gerai-gerai menjual bermacam-macam oleh-oleh dan makanan. Pertama sekali kami singgah di LOSONG - gerai jual keropok lekor fresh & satar ikan (kegemaran Nek Ngah). Tuan punya kedai pulak tu bagus strategi dia - dia jamu clients dengan produk dia sebanyak-banyaknya. Makan lah puas-puas, rasa lah keropok lekor panas-panas serta cicah sosnya . . . rasalah satar yang dicucuk 5 sebatang .... panas-panas gak. Benda free kannn  ..  sedap pulak tu. Business dia pun laris. Ramai ahli rombongan membeli kupuk lekor dan satar bawa balik untuk keluarga di Melaka.





 Kemudian tak jauh berjalan lagi, berhenti di gerai jual 'ROTI PAUNG'. Wah canggih gerai kecil tu, tempat pembakarnya moden dan bersih. Roti panas-panas laris dikebas! Bermacam-macam roti ada - kelapa, kaya, kacang, jagung ... lembut je. Sedap makan sama kopi panas! Nek Ngah terpikir - apa tu "PAUNG". Adakah "Pound" dalam Bahasa Inggeris yang di Tengganukan jadi "Paung"? Siapa boleh jelaskan? Apa-apa pun, memang sedap.

Gerai "ROTI PAUNG"
Nak yang mana?
 


 
 
Tu lah nak cerita kali ni - satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan.

Sunday, June 10, 2012

BENGKEL JAHITAN

Jumaat dan Sabtu baru-baru ni, NN hadiri Bengkel Jahitan Kreatif anjuran WI Negeri Melaka. 31 orang ahli WI dari seluruh negeri Melaka bernasib baik dapat hadir. Kami ditunjukkan cara-cara menghasilkan sebuah kusyen dengan teknik-teknik yang tertentu. NN dapat hasilkan dalam masa 1 1/2 hari. Lihatlah hasil Nek Ngah ni. Cantik tak? Terima kasih kepada pihak penganjur memberi kami peluang keemasan ini untuk menimba ilmu.


VIP meneliti hasilkerja NN.

Thursday, June 7, 2012

AKU ADA . . . AWAK ADA?

Masa singgah di sebuah kedai dalam perjalanan di country side Turkiye- kedai jual Turkish delight & souveniers, NL menarik perhatian Nek Ngah (NN) pada satu rak dalam kedai tu. Teruja NN tenguk - rupanya produk gelas minum teh Turkey yang berjenama "NAZLI KRISTAL"!  Nama Nek Ngah rupanya! Nek Ngah ada, awak ada? Rupanya kata budak penjual di situ, "NAZLI" juga nama orang Turkey. Ahhh . . samalah kita!

Dulu Nek Ngah pernah tanya arwah Emak, kenapa namakan  Nek Ngah "NAZLI". Arwah bilang masa Nek Ngah lahir, arwah Emak tertarik dengan nama seorang Permaisuri Mesir masa tu. Ohhh . . . bukanlah nama lelaki! Nama Permaisuri Arab rupanya!

Tuesday, June 5, 2012

JET LAG - PENATNYA, NGANTUKNYA . . .


Selama di Turkey, kami singgah di beberapa bandar yang di antara satu dengan satunya beratus-ratus kilometer. Hari pertama lagi dari rumah di Melaka bertolak jam 5.00 pagi dengan van yang disewa khas. Berlepas lebih kurang jam 10.30 pg. dari KLIA ngan Qatar Airlines (good airline) - 6 jam terus transit di Doha, Qatar. Tak sempat nak berlunjur, dah didera cepat naik kplterbang lain ke Istanbul - 4 jam baru sampai. Bila kita ke Barat, bilangan jam kita bertambah. Jadi bukan 24 jam sehari, pada hari tu di Turkey, kita dapat 29 jam hari Ahad! Tak singgah di Istanbul, terus naik bas ke Busra, lagi 2 1/2 jam. Hai . . . penatnya!

Di bumi Turkey, kami bermalam di Busra, Pamukkale, Cappadocia (2 hari), Bolu dan Istanbul (2 hari). On the way singgah tempat-tempat penting dan menarik. So imagine lah . . kalau bermalam semalam je, kena letak luggage luar pintu jam 6.00 pg. Subuh jam 3.45 pg. lebih kurang. Kenalah bangun jam 3.30 pg. kan? Bas bertolak dari hotel jam 7.30 pg. Jalan, jalan, jalan tenguk-tenguk tempat kena guna kaki lagi. Alhamdulillah . .  Nek Ngah tak semput, tak selsema. Cuaca dan udara di sana cerah dan bersih. Nek Ngah suka perhatikan langitnya yang luas, awan-awan putih berkepul-kepul, dan tanahnya yang terbentang luas subur. Sana musim ni, maghrib dia jam 8.30 malam. Jadi sempatlah berjalan siang yang panjang dan sempat sampai hotel sebelum maghrib . . nak solat jamak Zohor dan Asar . . Dah solat jamak Maghrib - Isyak, terus bum tidur . . . penatnya!
Di Istanbul melawat kompleks Topkapi, Masjid Biru dan Muzium Hagia-Sophia yang letaknya dekat-dekat, tak leh naik bas. Kenalah menapak! Lah . . jauhnya!  Penatnya! . . .

Bila balik ke Melaka, dapat "jet lag" . . perubahan masa . . tak dapat lelap sampai 2.00 pg. Kalau kat Turkey baru jam 9.00 mlm. Masih ingat jam kat Turkey! Apa lagi, esoknya kesiangan lah. Ya ampun! Ngantuknya! . .  ..

Monday, June 4, 2012

MENJEJAK BUMI ALLAH - TURKIYE

Syukur kepada Allah yang telah memudahkan Nek Ngah menjejak bumiNya yang lebih kurang 11 jam perjalanan, dengan plane lah tu . . . (kalau tak transit kat mana-mana) dari KLIA - TURKEY (sebutan orang Barat) Ejaan yang betul "TURKIYE" - bunyinya "Tur-kay". Nek Ngah pergi bertemankan Nek Lang dan kenalan-kenalan perempuan yang lain. Rombongan ni bolehlah dikatakan rombongan Cik Kiah sebab 16 perempuan dan seorang aje orang muda. Pergi 27 Mei dan sampai rumah jam 12.30 tgh. Isnin 4 Jun.

Disambung lain kali, k?