Monday, December 30, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014


Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim... Bantulah aku supaya dapat aku merancangkan masaku dengan lebih baik lagi sepanjang tahun 2014. Isilah hari-hari ku itu dengan amalan-amalan yang berfaedah dan yang Engkau redhai. Amin, ya Rabb!

Tuesday, October 15, 2013

AIDIL ADHA 2013





MERIAH DI PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA DI RUMAH LAMA BUKIT CHINA

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينََ

Sunday, September 15, 2013

ORANG KITA SUKA SHOPPING


Pagi-pagi lagi dah membeli di luar Hotel
Menawar harga key-chain di luar Restoran
Baru-baru ni Nek Ngah gi melancong ikut rombongan dari Melaka ke Hanoi, ibu kota Vietnam. Selain dari tujuan untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, NN perhatikan orang-orang kita suka amat ber-shopping. Maklumlah bila dah berjalan tu teringat anak cucu, saudara mara dan sahabat yang tinggal. Tentu sekali orang Vietnam gembira dengan 'hobby' orang kita ini, menambahkan lagi ekonomi negara mereka. Di mana-mana sahaja ada je penjaja-penjaja menyogokkan barang dagangan mereka. Tak de wang Dong Vietnam, Ringgit Malaysia pun diterima dengan suka hati. US dollar apa lagi. Kalau gitu, NN cadangkan sesiapa nek gi Vietnam bawa saja duit kita tak payah susah-susah nak tukar. Di luar hotel pagi-pagi lagi dah menunggu, mengikut ke Restoran (tahu pulak tu kita makan kat mana!) dalam kapal terbang pun boleh shopping lagi orang kita! Kalau beli di kedai-kedai yang besar tak boleh tawar sangat. Tapi bila di tepi jalan tu.. seronok aktiviti tawar menawar ni. Kadang-kadang dapat separuh dari apa yang
ditawarkan.
Beli buah kat pasar
Mata kucing Vietnam sedap! Besar macam bola ping pong
Dalam kapal cruise belek barang
Beg ni cantik juga
Beli cenderahati di tepi jalan

Monday, August 12, 2013

SEHINGGA BERJUMPA LAGI

Malam itu Imam berdoa sambil terdengar terketar-ketar suaranya. Itulah malam terakhir kita bertarawikh. Entah macam mana Nek Ngah pun rasa tersangat sayu, lega pun ada. Terasa macam sebulan Ramadan itu, kami semua menghadiri Madrasah Ramadan .. mana perginya kumpulan Tadarus selama 14 pagi, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Sinar Dhuha di rumah Datin Seri, Majlis Berbuka dan Memberi Sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di rumah Hjh. Rahimah, di Masjid Al-Alami MITC, Solat Tasbih dan lain-lain lagi di Ayer Keroh, Ayer Molek, Qiamulail di Masjid Fathur Rahman dan bacaan Al-Quran sampai 3 - 4 juz sehari... mana pergi semua ini? Setiap malam kami berjemaah di Masjid menghayati Solat Tarawikh dan Witir. Sama-sama bersalam-salaman, berpeluk-pelukan, senyum rasa puas. Terkenang-kenang suara Imam dan bilal. Tiba-tiba dah habis, tamat, selesai.. Kami akan berpisah .... Ramadan dah tinggalkan kita. Esok ada apa? Sedihnya hati ini .. Air mata mengalir, tangis teresak-esak. "Tak pe, Kak," pujuk seorang jemaah, "doalah kita dipanjangkan umur, dapat berjumpa Ramadan lagi di tahun hadapan." Ya, in sya Allah.. Aminnn.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Monday, July 15, 2013

SOLAT TARAWIKH JARAK JAUH


Masya Allah... ramainya jemaah!



Ini baru buat ni.. untuk apa ya? 
Biasanya azam nak bangun jam 2.00 pagi nak tonton siaran langsung solat tarawikh dari Masjid Al-Haram, Makkah... tapi tak terjaga-jaga. Tetapi satu malam tu dah lah tidur lewat, 12.30 gitu, tiba-tiba mata terjaga. Ingatkan dah nak Subuh.. rupa-rupanya baru jam 2.00 pg.! Ni mesti Allah yang bangunkan ni... tak ngantuk lak tu... so Nek Ngah pun 'on' kan TV saluran Oasis 9, sempat tenguk solat Isyak (kat Makkah waktu tu jam 9.10 malam) pas tu tunggu kejap, dapatlah tenguk solat tarawikh. Alhamdulillah... Terus ambik kamera dan rakamkan beberapa shot dari TV at the same time semak bacaan Imam dari Al-Quran. Puasnya rasa hati ini. Syukur.. terima kasih Allah. (Besok malamnya nak bangun tenguk siaran langsung.. tak bangun-bangun!)

Cantiknya pemandangan...
Pembangunan masih dijalankan keliling Baitullah
Dapat tenguk Imam close-up!

Friday, July 5, 2013

JIKA ADA TEMPAT SIMPAN KOLEKSI....



Menghala ke pintu masuk Galeri
Wow! Tentu seronok kalau ada ruang untuk simpan dan pamerkan koleksi barang-barang yang dikumpul sepanjang hidup kita kan? Bolehlah kita menikmati nya dan refleksi kenangan-kenangan indah apabila melihat bahan-bahan tersebut. Kira macam Muzium lah atau pun Galeri. Nek Ngah berpeluang pagi tadi melawat satu Galeri peribadi seseorang yang terkenal di Melaka ini. Terima kasih kepada Daruk Seri yang telah membenarkan Nek Ngah menjenguk sebentar ke Galeri beliau. Walaupun pintu Galeri berkunci semasa Nek Ngah dan adik tiba, beliau meminta pekerjanya bukakan untuk kami melihat. 
Sudut zaman remaja
 

Thursday, July 4, 2013

BELAJAR MEMASAK SEMASA KELAS AGAMA!




 Biasanya pada hari Rabu pertama setiap bulan, Ustaz Ismal, Imam Besar Masjid Selat, Melaka akan menyampaikan kuliah Hadis kepada Kumpulan kami. Tapi semalam, Rabu 3/7/2013, Ustaz tiba dengan membawa segala peralatan dan bahan untuk membuat Demo cara masak Nasi Arab! Ustaz kata memasak juga adalah salah satu sunnah Rasullullah s.a.w. Dengan mengadakan aktiviti seperti ini, kata Ustaz lagi, akan dapat menarik lebih ramai jemaah untuk hadir. Sambil-sambil menyediakan masakan itu Ustaz boleh selitkan tazkirah dan nasihat. Betul juga kata Ustaz tu. Ini juga satu cara dakwah yang boleh menarik ramai jemaah. Tambahan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak nak jenguk kita tak beberapa hari lagi. Elok juga belajar sesuatu yang bermanfaat, kan. Ustaz Ismal memang sudah lama tinggal di negeri Arab. Jadi beliau bolehlah dikira pakar dalam masak-memasak Al-Arabia! Terima kasih Ustaz!!!

Ustaz menerangkan bahan-bahan yang diperlukan
Ustaz menunjukkan cara-cara persediaan
Pastikan periuk ditutup rapat
Ini dia hasil Nasi Arab .. .  sedapnya!

Tuesday, June 4, 2013

SELAMAT BERTUNANG!

Lah . .  . dah besar rupanya dak Nor, anak sulung Khairil & Suri, yang tinggal betul-betul sebelah rumah. Pada 2/6/2013, hari Ahad baru-baru ni, Nor dilamar orang. Nek Ngah doakan semoga jodoh berpanjangan dan Nek Ngah percaya Nor akan jadi suri-rumah yang baik. Selamat bertunang!

Friday, January 4, 2013