Sunday, December 19, 2010

UMRAH

Ahlan wa Sahlan! Selamat Datang sekali lagi ke rumah Nek Ngah. Nak teruskan ceritalah lagi . .

Selepas 2.30 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Jeddah, pada jam 3.30 ptg. sampailah kami ke "Bangunan Abraj Al-Janadriyah" Maktab (panggilan tempat tinggal di Makkah) kami iaitu Maktab 73 di Kawaan Shuib Amer. Kepada mereka yang dah biasa pergi tu, tempat ini berdekatan Masjid Kuching, kebih kurang 760 meter jalan kaki ke Masjidil Haram. Jauh tak tu? Hmmmm . . . puas jugalah Nek Ngah menapak, especially perjalanan balik pasal tempat ni atas bukit sikit, hmmm . . .


Bangunan Abraj Al-Janadriyah


Untuk solat Maghrib & Isyak, kami solat di Surau Bangunan ni aje di tingkat bawah (P). Pada pukul 10.00 malam barulah jemaah KT 57 dibawa oleh Petugas Tabung Haji berjalan menuju Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat Umrah kami. Subhanallah . . . ramainya manusia! Nek Ngah pegang kain ihram Tok Shau, kepit lengan dia - takut tercicir. Hee, hee . . . Labbaika Allah, labbaik . . .


Tenguklah gambar yang Nek Ngah rakamkan ni. (By the way, sekarang ni tak de larangan nak bawak kamera ke, video ke, mobile phone ke, ke dalam masjid. Entah masa musim Haji ni ke aje tak tau lah. Dulu-dulu memang dia orang check betul-betul. Mafii kamera!) Bayangkanlah Nek Ngah & rombongan di antara ramainya jemaah di dataran, mengelilingi Kaabah! Walaubagaimanapun, Nek Ngah tak lah rasa risau sangat pasal ni bukan kali pertama Nek Ngah menempuh suasana camni. Tapi sesak nafas lah juga - jalan berhempit-hempit cam ni. Habis . . kita orang pun sempurnakanlah rukun-rukun Umrah - tawaf 7 kali keliling Kaabah, sai'e (berjalan) antara Bukit Safa & Marwah - 7 kali, lepas tu gunting hujung rambut (tahalul) sikit menandakan lepaslah perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram tu. Alhamdullillah jam 1.30 pagi baru Nek Ngah & Tok Shau selesai umrah kami. Penat? Betis Nek Ngah rasa 'cram' maklumlah banyaknya berjalan.

Hasanan, baiklah. Nanti sambung lagi cerita Nek Ngah, ok?

Ma'a salamah . . . . bye . . .

No comments:

Post a Comment