Janadriyah
Hjh. Safiah, roomate, ambil ubat di Farmasi
Di gerai gula-gula - siapa lagi, Nek Ngah lah!
Nek Ngah beli banyak kitab di sini.
Tok Shau bantu di Gerai Khidmat Hantar Barang
Khidmat Dhobi - siapa tuuu . .
Ini pulak Ruang legar Tingkat 9, tingkat Nek Ngah, kiri-kanan ada lift dan sini juga ruang untuk Ceramah dan tempat solat berjemaah bagi penghuni Tgkt 9 yang tak larat ke Masjid.
Ni pun penghuni Tgkt 9 sedang mendengar ceramah agama.
Bangunan Al-Janadriyah tersergam 15 tingkat & di sebelah highway yang nampak macam jambatan tu (lihat gambar di atas). Setiap kali nak ke Masjidil Haram, Nek Ngah kena lalu di bawah jambatan tu. Nek Ngah rasa bersyukur ditempatkan di sini kerana Janadriyah ialah Ibu Pejabat (HQ) Tabung Haji. Senanglah nak berurusan jika ada problem. Dalam bangunan ini terdapat beberapa kemudahan seperti Pusat Perkhidmatan Maktab, Klinik, Hospital Kecemasan, Farmasi, Kaunter Pengeluaran/Dam & Qurban, Kafeteria, Gerai-gerai jual gula-gula / biskut, minyak wangi, kitab-kitab / Quran, mobile phone & 'top-up' (sangat popular), kedai dhobi dan Surau. Juga terdapat kemudahan nak hantar barang balik Malyasia (juga sangat popular). Ehhh . . . macam-macam ada lah! Nek Ngah difahamkan ada lebih kurang 2,500 jemaah di tempatkan di sini! Itu tak termasuk pegawai & petugas Tabung Haji! Ramai tu . . . Yang Nek Ngah nampak tertulis Maktab 72, 73, 74. Mungkin ada lagi, ramainya orang . . Nek Ngah tak pasti.
Kaunter PerkhidmatanHjh. Safiah, roomate, ambil ubat di Farmasi
Di gerai gula-gula - siapa lagi, Nek Ngah lah!
Nek Ngah beli banyak kitab di sini.
Tok Shau bantu di Gerai Khidmat Hantar Barang
Khidmat Dhobi - siapa tuuu . .
Ruang legar di Tingkat Bawah, terdapat berita, notis ditampal di tiang-tiang. Juga di sini terdapat 2, 3 TV plasma yang menayangkan secara langsung suasana di Masjidil Haram dan juga info-info Tabung Haji. Canggih!
Ini pulak Ruang legar Tingkat 9, tingkat Nek Ngah, kiri-kanan ada lift dan sini juga ruang untuk Ceramah dan tempat solat berjemaah bagi penghuni Tgkt 9 yang tak larat ke Masjid.
Ni pun penghuni Tgkt 9 sedang mendengar ceramah agama.
Komen Nek Ngah - Memang best di Janadriyah!
salaam aleykum nek ngah..kaifa haluki?
ReplyDeleteterima kasih atas gambar2 info mengenai hotel abr janadriyah ni..kerana ibu saya sekarang berada di sana..rasa risau juga,takut jauh hotel tu dr masjid..jazakumullah kheiran kathiiira.semuga allah membalas jasa nek ngah dgn sebaik2 balasan :)
salaam perkenalan dr saya.imran.
satu lagi permintaan kebenaran dr nek ngah..saya mahu copy paste address blog nek ngah yg ini.utk bacaan adik beradik saya yg lain di facebook saya..harap nek ngah x keberatan utk membenarkan :)
ReplyDelete