Pada post lepas Nek Ngah cerita pasal makanan hospital kan? Kali ini nak ciitalah makanan yang disediakan dalam pakej 'Muassasah' Tabung Haji. OK lah tuuu . . Tabung Haji sediakan makan 2 kali sehari - tengahari dan malam je. Sarapan pagi, sendirian berhad. La musykilah . . no problem, tak de masalah pasal setiap pagi ramai penjaja Patani, Kelantan, Indon jual macam-macam makanan di sepanjang jalan di luar Bangunan Janadriyah tu - nasi lemak, nasi kerabu, mee goreng, kueh pedas / manis, bubur nasi dll. Di kafeteria hotel pun terdapat pelbagai jenis sarapan. Kat restoran India berdekatan pun ada roti canai, kari ayam, kebab, nasi bariani . . . hm . . sediakan je lah Rial! Tabung Haji juga sediakan untuk setiap jemaah satu kotak mengandungi peket-peket teh, gula, krim susu mencukupi selama tinggal di Makkah. Dalam setiap bilik ada 'jug' masak air dan peti ais. Kan OK tu?
Ni kedai roti canai. Kuah kari ayam ke kena beli asing. Mak tuan mahalnya . . sampai 7 Rial seketul!
Yang ni jual roti Arab - murah lak tu - 3 keping baru 1 Rial!
Ni lak jual bubur nasi favourite Nek Asni - 3 mangkuk 5 Rial
My favourite - kedai sandwich & jus mangga pekat, yuuuuummm! Thanks Tok Shau, selalu belikan untuk Nek Ngah . . .
Selepas solat Zohor dan Isyak, salah seorang dari penghuni bilik akan volunteer gi ambil peket-peket makanan, buah dan air mineral dari tempat agihan makanan untuk setiap tingkat, di hujung ruang legar lif. Peket makanan disimpan dalam oven di belakang tu, jadi ianya sentiasa panas. Kepada budak-budak yang bertugas tu, "Syukran, ya Muhammad!" Nek Ngah tak ingat nama mereka.
Kadang-kadang kami makan dalam bilik masing-masing. Kadang-kadang makan di luar pintu bilik bila ada lelaki dan perempuan. Ramai keluarga buat seperti ini - silaturrahim bersama ahli bilik dan silaturrahim bersama ahli keluarga.
Hingga jumpa lagi, Ma'a salamah wa barakallah fii kum.
sedap nya makan ramai ramai..macam berkelah..
ReplyDeleteAngah terus kan menulis cerita macam ni..seronok baca...
Yelah, angah, seronok baca story angah, different approach
ReplyDeleteOK, kalau ada orang sokong, sedap sikit tulis, ek?
ReplyDeleteHjh Che Rosnah (Along - roomate Bilik 933) SMS :
ReplyDelete". . . Hari-hari tenguk dan baca. Ada je cete Kak N, Seronok baca, macam kat sana, Rindunya suasana di Makkah . . o alahai . . ."
Terima kasih Along, teruskan baca yek, banyak lagi Kak N nak ceter.