"Aku datang menyahut panggilanMu, ya Allah,
Aku datang menyahut panggilanMu,
Tidak ada sekutu bagiMu,
Sesungguhnya segala puji dan ni'mat
Adalah milikMu, juga segala kekuasaan
Tidak ada sekutu bagiMu."
Tarikh :25/10/2010 selepas solat zohor, berangkatlah Nek Ngah dan Tok Shau meninggalkan rumah Bukit China dengan iringan doa Pak Imam Katib Baba. Sedih rasanya bila menghayati iaitu pemergian ini ialah untuk menuju Rumah Allah dan menyahut "seruan"Nya. Labbaika ya Allah, Labbaik! Aku datang ya Allah, aku datang! Aku bawa dosa yang banyak, ya Allah, ampunkanlah aku! Terimalah aku sebagai tetamuMu, mudahkanlah segala urusanku., janganlah Engkau menyusahkan, ya Rabb . . Begitulah Nek Ngah menghayati sambil air mata terus berlinangan. Rasanya macam nak mati lebih-lebih lagi bila Bilal Hj. Md.Noor mengumandangkan azan mengiringi pemergian. . . isshhh tak nak ceritalah bab ini panjang-panjang.
Orang Arab tau, bila dia panggil sesorang, anak dia misalnya, dia kata, "Ya Muhammad!" Nanti anak dia jawab, "Labbaik, ya abii." (Ya, bapaku, aku datang). Begitulah bila Allah panggil kita menunaikan haji atau umrah, kita kata, "Labbaik, ya Allah".
Nanti Nek Ngah cerita lagi, ok?

No comments:
Post a Comment