Thursday, December 16, 2010

NAIK AJI


Pada musim haji tahun ini, alhamdullillah Nek Ngah dapat jemputan jadi tetamu Allah di Makkah & Madinah. Nek Ngah bawa tok Shau sebagai mahram. "Mahram" maknanya orang yang ada talian darah dengan kita yang diharamkan kahwin - seperti bapa, datuk, bapa saudara, saudara lelaki dan anak saudara lelaki. Orang biasa kata "Naik Aji" atau "Pergi Aji". Jadi Nek Ngah nak ceritalah kat sini pengalaman Nek Ngah semasa di sana. Sebenarnya Nek Ngah sebelum ini dah 3 kali pi haji - 1974 (bersama arwah Mak Nek Ngah - Moyang kamu), 1977 (juga bersama arwah Mak Nek Ngah) dan 2002 bersama kawan Nek Ngah (Mak Timah). Tahun ini 2010 Nek Ngah buat "HAJI BADAL" atau Haji Ganti untuk arwah kakak Nek Ngah (Nek Noi kamu) yang meninggal dunia sebelum sempat tunaikan rukun haji. Bila kita kerjakan Haji untuk orang lain(yang telah meninggal dunia), especially untuk ahli keluarga kita, kita juga dapat pahalanya. Senang je niatnya : "Sahaja aku kerjakan Haji untuk (sebutkan namanya) dan berihram aku dengannya kerana Allah Ta'ala". Apa itu "berihram"? Maknanya kita diharamkan 13 perkara tak boleh kita lakukan selama kita berpakaian Ihram. Panjang ceritanya ni. Nanti Nek Ngah sambung ya!

"Labbaika Allahumma labbaik,
Labbaika laa syariika labbaik.
Innal hamda wa ni'mata
Laka wa Al-Mulk
Laa syariika lak".

3 comments:

  1. Masa Nek Ngah gi Aji, Iddin dan Nek Lang naik aji dam.

    ReplyDelete
  2. Main dam pun ada naik aji! Dalam ibadat Haji pun ada 'dam'. "Dam" dalam Bahasa Arab maknanya "darah". Sesiapa yang melanggar salah satu perlakuan haram dalam ihram kena "dam" iaitu seekor kambing. Macamana orang kita boleh kaitkan permainan Dam dengan Haji, yek?

    ReplyDelete
  3. rasanya pak aji yang pernah kena dam... hehe

    ReplyDelete