Wednesday, December 15, 2010

SERONOKNYA . . .

Masih cuti sekolah, terdengar di luar sana suara kanak-kanak mengilai ketawa dan terjerit-jerit. Intai kat tingkap, rupa-rupanya Amal, Iddin dan dua rakan sekampung sedang bermain-main dan berkejar-kejaran. Terus ambil kamera nak rakamkan detik-detik indah zaman kanak-kanak. Teringat Nek Ngah masa kecik-kecik dulu. Macam ni lah juga . .

Hai seronoknya . . . dia orang main "Serigala dan anak-kambing". Iddin kat depan jadi serigala dan nak tangkap "anak kambing" yang kat belakang tu, yang dilindungi oleh ibu kambing kat depan - si Amal. Dulu pun Nek Ngah main macam ni, berpusing-pusing nak selamatkan anak kambing, ki ki ki ki . . . ketawa mengilai-ngilai, sampai jatuh-jatuh!

Hai seronoknya . . . .

2 comments:

  1. Very healthy!;-) Errr..never mind the noise & bickering lah ye Nek Ngah! At least the house is 'energized' by the kids' energy vibration! (ni quote the wise Moi Moi!! hehe)

    ReplyDelete
  2. ya lah . . agree with you and Ah Moi.

    ReplyDelete