Friday, May 16, 2014


"Itu Cikgu saya.."..."That's my teacher.." Setiap kali dengar seseorang menyebut itu sambil menunjuk kepada saya, hati rasa bangga dan kembang. Apa tidaknya... yang menyebut itu dah banyak putih di kepalanya. Tak kira pegawai tinggi atau dah pencen atau ... Contohnya pagi tadi..kawan-kawan ajak saya sarapan di sebuah gerai makan ditengah sebuah taman perumahan. Saya pernah mengajar tuan kedai itu satu masa dahulu...dah lama...hampir 40 tahun dahulu di High School Melaka. Beliau masih ingat saya. Bila tiba masa kawan saya hendak membayar, Tuan kedai itu berkata, "Tak pe.. saya belanja..Itu Cikgu saya! Hari ni Hari Guru." Wah.. saya segera mendapatinya dan mendoakan untuk beliau.

Saya bangga menjadi CIKGU kerana sampai bila-bila pun akan dipanggil "CIKGU" dan dihormati. Saya akan terus menyampaikan apa ilmu yang saya ada kepada mereka yang pencinta ilmu.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.

No comments:

Post a Comment