Wednesday, December 28, 2011

RESPECT LAH!

Umur mereka pertengahan 80an, usia emas benau-benau . . .sihat alhamdulillah dan masih tajam akal. Mereka pasangan suami isteri, pelajar-pelajar kesayangan Nek Ngah. Al-maklum . . . dah banyak umur pun namun masih mahu belajar dan "mentadabbur" (mengkaji makna) Al-Quran. Seminggu sekali ( walaupun masa cuti sekolah) Nek Ngah akan ke rumah mereka dan disambut dengan senyuman dan semangat untuk belajar. Dengan tangan yang yakin, akan bersungguh-sungguh menulis setiap perkataan Surah dan terjemahannya sekali, berebut-rebut untuk membacakan tulisan mereka kepada "Ustazah"nya.

Mereka ialah Datuk Hj. Abdul Majid (Nek Ngah panggil "Pak Aji") dan isteri kesayangan Datin Fatimah Sameon (Nek Ngah panggil "Mak"). Muka mereka berseri-seri dan bersih walaupun Mak jalan bertongkat dan Pak Aji berkerusi roda, mungkin kerana sentiasa mendampingi kitab suci Al-Quran, Allah beri keceriaan dan kesihatan. Ya Rabbii! Nek Ngah doakan semoga umur kedua-dua mereka diberkati Allah s.w.t.

"Ya Rabb . . sekiranya aku sampai ke umur Mak dan Bapak ini, insyaAllah, masih bolehkah aku jadi seperti mereka. . masih mahu menuntut ilmu Al-Quran dan menjadi insan yang berguna kepada insan yang lain?"

No comments:

Post a Comment