Thursday, June 9, 2011

CHETIAR atau CHETTI ?

Jangan salah cakap tau . . "CHETIAR" ialah aneh tu yang pakai baju putih dan pegang payung . . kerja pinjamkan wang tu . . macam cerita dalam filem-filem P. Ramlee . . Ingat tak? Manakala "CHETTI" ialah nama satu kaum di Melaka yang asal nama "Chetti" tu bermakna "pedagang".

Nah . . kelmarin Nek Ngah menyertai beberapa ahli Persatuan Sahabat Muzium Melaka melawat ke perkampungan CHETTI di Jalan Gajah Berang, Melaka. Tujuannya untuk mengenali lebih dekat budaya kaum minoriti ni. Mereka tak ramai. Kat Melaka ni cuma ada lebih kurang 500 orang je.


Mula-mula kami melawat Muzium Chetti, disambut oleh En. Rajan, seorang pemuda keturunan Chetti, peramah dan fasih berbahasa Melayu. Patut pun pasal bahasa perantaraan kaum Chetti ialah Bahasa Melayu. Mereka tidak tahu bahasa Tamil walaupun mereka dikategorikan sebagai kaum India. Nek Ngah difahamkan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan pun mereka menggunakan bahasa Melayu! Loghat Bahasa Melayu mereka unik misalnya "kedai" disebut "kedae", "pisau - piso", "hijau - hijo". Untuk "gua - lu" Chetti gunakan "aku - engko".

Bapa En. Rajan -Chetti, emaknya - China. Orang Chetti ni dah berada di Tanah Melayu sejak zaman Portugis lagi. Lama tu kan? Mereka datang sebagai pedagang-pedagang India, berhijrah untuk berdagang di Melaka. Ramai pemuda Chetti berkahwin dengan wanita tempatan seperti Melayu dan Cina. Satu lagi budaya yang unik kaum ini, semua anak lelaki harus ditindik kedua-kedua telinga mereka seawal berumur satu tahun lagi. En. Rajan masih pakai tindikan itu.

Ini gambar perkahwinan dulu-dulu, siap sanggul lintang bagai!

Dari Muzium, En. Rajan bermurah hati menjemput kami ke rumah beliau yang berhampiran untuk melihat gaya hidup kaum Chetti.

Setelah melihat bebarapa khazanah peninggalan dan mendapat bebarapa maklumat tambahan, kami dijamu dengan kueh "pulut tekan" (orang Melaka panggil "pulut tetal"). Hmm sedap . . makan dengan serikaya.

Menjamu selera dengan 'pulut tekan / pulut tetal'

Terima kasih En. Rajan atas kesudian anda menjemput kami, Persatuan Sahabat Muzium.

No comments:

Post a Comment