Sunday, April 29, 2012

BERKAT PENGANTIN LAGI?

 Hari ni Ahad, ada lagi sepasang pengantin singgah ke rumah kita! Aiii . .  kalau setiap hari ada pengantin singgah, berkatlah lagi rumah BC ni kan? Semoga Allah berkati semua orang yang ada di rumah ni dan yang singgah kejap ke lama ke. Terima kasih, selalu-selalulah ke sini, k?

Pengantin perempuan yang manis, SHIMA.

Pengantin lelaki yang sentiasa sibuk dengan hand-phone dia, JOHN (Azwan)

Pengiring-pengiring berehat di ruang tamu sambil menunggu pasukan kompang datang.

Ya Allah,
Limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas
pasangan suami isteri ini.
Jadikanlah rumahtangga mereka aman,
bahagia dan sejahtera dalam ketaatan dan ketaqwaan
kepadaMu.
Amin ya Rabbal Alamin

SELAMAT PENGANTIN BARU



Malam tadi ada Pengantin dari Pasir Mas, Kelantan, singgah ke rumah tumpang salin baju. Nak gi bertandang ke rumah pengantin perempuan tak jauh di belakang rumah kita. Menantu Sarah, saudara kita juga. Terima kasih kerana sudi singgah. Diucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Wan Suhaimi dan Dayang Azrinie, semoga bahagia selalu.

Saturday, April 28, 2012

MASUK PERTANDINGAN


Tadi PPP Cawangan Bukit Baru ada Mesyuarat Agung. Dan ada pertandingan jahitan - jahit table-runner patchwork dan sarung kacamata (spec). Beberapa minggu sudah Nek Ngah pun sibuklah sediakan pasal minat menjahit. Alhamdulillah . . . dapat hadiah tadi. Tenguklah gambar-gambarnya di sini  :

Sarung spec - 7" x 3"

Bahagian belakang spec

Table runner - 15" x 36"

Tuesday, April 24, 2012

LA TAHZANI, JANGAN BERSEDIH, NEK NGAH

إِنَّ لِلََّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Begitulah ceritanya . . Semuanya hak Allah, Dia memberi dan Dia mengambilnya kembali . . . mestilah ada hikmahnya. Nek Ngah redha walaupun rasa tersangat amat sedih.

Ni cerita pengalaman Nek Ngah semalam di Phnom Penh, Cambodia. Masa di Central Market menemani teman-teman last-minute shopping, tinggal beberapa langkah lagi nak naik tuk-tuk balik ke Hotel, Nek Ngah tersedar camera yang dipergelangan tangan kanan Nek Ngah tu dah tak de! Kelam kabut, melilau Nek Ngah cari di sekitar tempat terakhir berada. Tanya sini, tanya sana . . dalam bahasa apa pun, tanya kawan-kawan ada nampak tak . .  Semua terkejut dan kata sayangnya memori yang Nek Ngah dah rakamkan sepanjang 4 hari perjalanan. Lagi pun Nek Ngah pencatat utama dalam kumpulan kami dalam misi amal kebajikan ke salah satu perkampungan termiskin di Cambodia. Beratus gambar Nek Ngah dah rakamkan, lawatan ke Pulau Kok Meno, betapa susahnya kehidpun di sana, di Sekolah Agama Hajah Halimah bersama anak-anak kecil, gambar-gambar rakan-rakan menghulur bantuan, pengalaman gembira kawan-kawan . . . shopping, lawatan ke tempat-tempat menarik, dan lain-lain, posing sakan. Maklumlah pelancong kan! Alaaahai . . . apa nak dikato. Sudah ketentuan Allah, Nek Ngah harus redha. Kawan-kawan turut simpati dan menghulurkan bantuan supaya Nek Ngah dapat beli camera baru. Nek Ngah tak kisah . . . camera boleh beli, tapi memori tak dapat dibeli di mana-mana pun.

Ni lah aje gambar-gambar yang jadi kenangan . . .

Gambar bunga teratai yang diambil dengan hand phone Nek Ngah. Perkarangan Royal Palace.

Ni juga diambil dengan hand phone Nek Ngah di depan Hotel pada hari kehilangan camera tu. Sedihnya.

Yang ni diambil oleh professional photographer yang ramai kat tempat-tempat menarik. Bayar US$1.
Ada juga kenangan. Alhamdulillah . . .

Thursday, April 19, 2012

MACAM NI KE KAT SANA?

Nek Ngah, kat tempat Nek Ngah belajar dulu tu sejuk macam ni ke? Macam mana Nek Ngah boleh tahan? Brrr . . . Tu lah soalan-soalan yang diajukan bila satu malam minggu lepas famili pergi ke iCity, Shah Alam, dan masuk untuk tenguk "Ice Walk". Punyalah mahal tiket nak masuk, tapi bila kenangkan punyalah susah orang nak bina dan jaga ais-ais tu, tak pe lah bukan selalu. Ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Di Mongolia kawan Nek Ngah, Moimoi, pernah pergi, dia orang buat arca & bangunan besar-besar dari ais kat jalan raya je, tak payah nak control dalam bangunan. Mak oiii . . mestilah sejukkk kat sana kan? Kat negara Jepun pun ada pesta ais macam ni. Soo . . ok lah experience kat iCity je! Tenguklah gambar-gambar kat bawah ni . . .




iCity, Shah Alam, Selangor -15/4/2012