Thursday, March 24, 2011

TANYALAH USTAZAH !

Baru-baru ni kan, Nek Ngah ikut rombongan kawan-kawan Nek Ngah pi Seri Pentas . . . tuuu . . yang TV3 punya building tu, kat KL. Ada rakaman program "Tanyalah Ustaz" TV9. Pagi lagi kami dah bertolak naik bas rombongan lah. Gitu-gini sampai jam 11.30 pg. Appointment kita orang 12.30 tgh. Jadinya . . belum boleh masuk bangunan lagi, kata Pak Guard. So melengkau lah (kata orang Melaka) kat luau, cari tempat teduh. Tengahari tu panas . . . ya ampun!

Tepat jam 12.30 tgh., Penolong Penerbit (apakah nama dia, Nek Ngah dah lupa) jemput kami lunch di Cafe Seri Pentas. Lega lah sikit rasa isi perut ni. . . . Lepas makan, kami naik Tingkat 3 untuk solat di surau. Dah selesai, kami turun, tunggu di lobi sehingga dijemput masuk ke studio rakaman. Rombongan kami datang mewakili dua Persatuan : LKPIM pakai uniform rona hijau, WI uniform rona biru. Oleh kerana ada 2 rakaman petang tu, kami bergilir lah tempat duduk. Sesi Pertama, rona hijau duduk depan, rona biru di belakang. Sesi Kedua, rona biru lak duduk depan, rona hijau kat belakang. Dah semua ready, Ustaz pada hari tu pergi ke tepat duduknya di depan.

Ahaiii . . ni "Ustazah" aksyen kat tempat duduk Ustaz sebenaunya. Mudah-mudahan dimakbulkan cita-cita. Hee3!

Tajuk petang tu "Solat Musafir". Nek Ngah ada lah jugak ajukan soalan. Tunggu ya siarannya nanti. Kata Penerbit insyaAllah bulan 6, hai lamanya lagi . . . . Lepas rakaman bahagian pertama, kedua pulak. Kali ni Nek Ngah baju rona hijau duduk di belakang. Masa ni lah Nek Ngah rasa ngantuk dan letih yang amat sangat. Nasib baik kamera tak fokus bahagian belakang . . . gelap je.

Gambar ni pulak bagaimana Ustaz pandang ke audience. Rona hijau di depan, rona biru kat belakang . . .

Tamat rakaman hampir jam 5.00 ptg. Lepas gambar-bergambar dengan selebriti Ustaz, kami dijemput minum petang ala-kadar. Then naik bas balik Melaka dalam cuaca yang redup dan hujan dan jalanraya yang sesak.

Terima kasih TV9, beri peluang kami hadir di rakaman "Tanyalah Ustaz".



Sunday, March 20, 2011

NEK NGAH PUN BOLEH!

Ini cerita percubaan buat KARIPAP PUSING. Susah ke nak buat kulit karipap yang berlapis-lapis dan berpusing-pusing tu? Hmmm . . . Persatuan nak buat pertandingan "Karipap Pusing". Nak juga cuba lah masuk pertandingan. Kan Nek Ngah suka "baking"! So . . . Nek Ngah buka Internet, google lah mana-mana ada resipi k.pusing tu. First try yesterday, ehhhh . . ngapa tak jadi pusing-pusing tu? Nasib baik rasanya o.k. so habis jugalah beberapa karipap tu. Malam tadi Nek Ngah google lagi sekali. Perhatikan mana Nek Ngah dah buat silap. So pagi-pagi tadi, lepas mandi dan solat, Nek Ngah terus ke dapur. Good thing adalah 3 - 4 sudu inti karipap baki semalam. So it's gelek time, rasa teruja lak . . .


Nah. . .. ni dia hasil percubaan ke-2 Nek Ngah, amacam? OK lah sikit kan, ada peningkatan dari yang yesterday! Tapi masih rasa tak puas hati, pasal bentuk nya ada yang besar, ada lonjong, ada tiga segi. Ni nak masuk pertandingan niii.... Kenalah tanya pakar hal-menghal benda cerewet ni. Siapa lagi kalau bukan KAK LI yang T kata, pintal karipap pusing dia macamlah halus dia menjahit tulang belut!

The moral of the story is "Jangan putus asa buat sesuatu. Kalau first time tak menjadi, sabar. . . kaji mana kesilapan dan perbaiki. Buat sampai jadi terbaik." Malaysia Boleh, Nek Ngah lagi lah MESTI boleh!

ILMU DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN. Yang important . . . . SABAR.

Thank you Internet!