Sebelum terlupa, Nek Ngah nak share di sini cara-cara paling mudah buat jeruk manis. Boleh gunakan buah mangga, kedondong (sedap!) apa saja lah buah yang muda DAN masammm. Nek Ngah gunakan buah belimbing yang diberi oleh kawan Nek Ngah, katanya kat rumah dia pokok belimbing sedang 'mabuk' berbuah.

Mula-mula bersihkan buah belimbing, basuh dengan air, toskan. Kemudian isi dalam bekas - plastik ke kaca ke, tak kisah. Nek Ngah isi dalam botol kaca, senang nak lihat. Kemudian ambil garam halus dan tuangkan ke belimbing so that semua belimbing disalut garam tadi. Tak ada campur air tau . .

Gambar di atas, belimbing dan garam halus dalam botol. Ketepikan, biarkan demikian selama 2 hari. Sementara itu, goncang-goncangkan botol dari masa ke semasa. Apa yang terjadi ialah bahan dalam garam itu akan menarik keluar air asam yang ada dalam buah.

Selepas 2 hari ke, tenguk (gambar di atas) . . . banyak air dah keluar dari buah tadi. Sementara itu, masak air gula cukup untuk tutup semua buah tadi. Biarkan sejuk betul.

Dah 2 hari, dah goncang-goncang, air gula pun dah siap, BUANG air bergaram tu. JANGAN BASUH BUAH. Tuangkan air gula sampai tertutup semua buah. Lihat gambar di atas. Ketepikan selama 2 hari, macam awalan tadi, goncang-goncang botol dari masa ke semasa.

Bila letak air gula, buah akan terapung. Masak air gula lagi, biarkan sejuk. Dah 2 hari berendam, (jangan lupa goncang botol time to time), buangkan air gula yang dulu dan tuangkan air gula yang kedua, yang baru. Masa ni bolehlah simpan botol jeruk dalam peti ais. tunggu lagi 2 hari, boleh makan.

Hmmm . . sedapnya jeruk buatan sendiri . . . Selamat mencuba!