Thursday, March 24, 2011

TANYALAH USTAZAH !

Baru-baru ni kan, Nek Ngah ikut rombongan kawan-kawan Nek Ngah pi Seri Pentas . . . tuuu . . yang TV3 punya building tu, kat KL. Ada rakaman program "Tanyalah Ustaz" TV9. Pagi lagi kami dah bertolak naik bas rombongan lah. Gitu-gini sampai jam 11.30 pg. Appointment kita orang 12.30 tgh. Jadinya . . belum boleh masuk bangunan lagi, kata Pak Guard. So melengkau lah (kata orang Melaka) kat luau, cari tempat teduh. Tengahari tu panas . . . ya ampun!

Tepat jam 12.30 tgh., Penolong Penerbit (apakah nama dia, Nek Ngah dah lupa) jemput kami lunch di Cafe Seri Pentas. Lega lah sikit rasa isi perut ni. . . . Lepas makan, kami naik Tingkat 3 untuk solat di surau. Dah selesai, kami turun, tunggu di lobi sehingga dijemput masuk ke studio rakaman. Rombongan kami datang mewakili dua Persatuan : LKPIM pakai uniform rona hijau, WI uniform rona biru. Oleh kerana ada 2 rakaman petang tu, kami bergilir lah tempat duduk. Sesi Pertama, rona hijau duduk depan, rona biru di belakang. Sesi Kedua, rona biru lak duduk depan, rona hijau kat belakang. Dah semua ready, Ustaz pada hari tu pergi ke tepat duduknya di depan.

Ahaiii . . ni "Ustazah" aksyen kat tempat duduk Ustaz sebenaunya. Mudah-mudahan dimakbulkan cita-cita. Hee3!

Tajuk petang tu "Solat Musafir". Nek Ngah ada lah jugak ajukan soalan. Tunggu ya siarannya nanti. Kata Penerbit insyaAllah bulan 6, hai lamanya lagi . . . . Lepas rakaman bahagian pertama, kedua pulak. Kali ni Nek Ngah baju rona hijau duduk di belakang. Masa ni lah Nek Ngah rasa ngantuk dan letih yang amat sangat. Nasib baik kamera tak fokus bahagian belakang . . . gelap je.

Gambar ni pulak bagaimana Ustaz pandang ke audience. Rona hijau di depan, rona biru kat belakang . . .

Tamat rakaman hampir jam 5.00 ptg. Lepas gambar-bergambar dengan selebriti Ustaz, kami dijemput minum petang ala-kadar. Then naik bas balik Melaka dalam cuaca yang redup dan hujan dan jalanraya yang sesak.

Terima kasih TV9, beri peluang kami hadir di rakaman "Tanyalah Ustaz".



Sunday, March 20, 2011

NEK NGAH PUN BOLEH!

Ini cerita percubaan buat KARIPAP PUSING. Susah ke nak buat kulit karipap yang berlapis-lapis dan berpusing-pusing tu? Hmmm . . . Persatuan nak buat pertandingan "Karipap Pusing". Nak juga cuba lah masuk pertandingan. Kan Nek Ngah suka "baking"! So . . . Nek Ngah buka Internet, google lah mana-mana ada resipi k.pusing tu. First try yesterday, ehhhh . . ngapa tak jadi pusing-pusing tu? Nasib baik rasanya o.k. so habis jugalah beberapa karipap tu. Malam tadi Nek Ngah google lagi sekali. Perhatikan mana Nek Ngah dah buat silap. So pagi-pagi tadi, lepas mandi dan solat, Nek Ngah terus ke dapur. Good thing adalah 3 - 4 sudu inti karipap baki semalam. So it's gelek time, rasa teruja lak . . .


Nah. . .. ni dia hasil percubaan ke-2 Nek Ngah, amacam? OK lah sikit kan, ada peningkatan dari yang yesterday! Tapi masih rasa tak puas hati, pasal bentuk nya ada yang besar, ada lonjong, ada tiga segi. Ni nak masuk pertandingan niii.... Kenalah tanya pakar hal-menghal benda cerewet ni. Siapa lagi kalau bukan KAK LI yang T kata, pintal karipap pusing dia macamlah halus dia menjahit tulang belut!

The moral of the story is "Jangan putus asa buat sesuatu. Kalau first time tak menjadi, sabar. . . kaji mana kesilapan dan perbaiki. Buat sampai jadi terbaik." Malaysia Boleh, Nek Ngah lagi lah MESTI boleh!

ILMU DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN. Yang important . . . . SABAR.

Thank you Internet!

Saturday, February 26, 2011

SINGA BUKA AKAUN

Assalamualikum. Alahai lama Nek Ngah tak cerita kan? Kadang-kadang tu angin tak berapa bagus lah. O.K. lah cerita kali ni . . . .

Semalam kan Nek Ngah gi ke Bank. Terkejut Nek Ngah tenguk ramainya orang . . . apakah hal nya tu? Nek Ngah jenguk dari luar . .

Ehhh . . . ada 2 ekor singa sedang beratur depan kaunter. Nak bukak akaun ke tu? Customer lain nampak duduk jauh-jauh sikit, takut nanti singa suami isteri tu (ye ke?) terkam lak! Hee . . hee . .
Dah tu kan dia "orang" duduk tertiarap atas lantai, masih depan kaunter. Agaknya tunggu nombor giliran! Masa ni kan, budak-budak yang ada kat situ macam tak takut lak tenguk singa2 tu . . boleh cocok-cocok lagi. Tak takut ke adik oiii . . .

Tiba-tiba DONG KEDONG . . . KEDONG KEDONG KE DONG! Ah . . . . bunyi gendang Cina dipalu kuat-kuat sampai bergetar anak telinga Nek Ngah. Apa lagi singa-singa tu pun melompat lah dan menari ikut rentak gendang tu. Oh rupanya ada persembahan tarian singa dalam Bank tu. Nek Ngah ingat apa ntah! Punyalah suka orang ramai tenguk telatah dia "orang".

Dah abis aksi kat depan kaunter (lama lah gak!) singa-singa keluar ke merata ruang dalam bank tu. Rupa-rupanya kan, mana ada terletak buah limau, dia berhenti kat situ, letak kepalanya atas buah tu dan "makan". Patutlah Nek Ngah tenguk ada banyak buah limau merata tempat, atas lantai ada, ada meja-meja pegawai ada. Mula-mula masuk dalam Bank kan, Nek Ngah nampaklah buah limau bertaburan. Baik Nek Ngah tak ambil satu atas meja En. Sol! Rupanya untuk Singa! Tenguk gambar di bawah ni, sekor cik Singa sedang "mengunyah" limau atas meja salah seorang pegawai tu.

Hai . . . lamanya tunduk! Patutlah pun, rupa-rupanya dia buat kerjatangan kat situ. Limau di kopek dengan teliti, ada pattern menarik . . . Nah tenguklah gambar kat bawah ni.

Rupa-rupanya (banyak nau rupa-rupanya, Nek Ngah) yang menggerakkan kepala singa tu budak ni ha . . . . Pandai dia kan? Banyak kebolehan dia . . . nak angkat kepala singa yang berat tu, nak goyang-goyang kepala tu sambil menari lagi. . . pas tu nak kopek limau dengan hiasan yang sangat teliti dan cantik sambil bersembunyi di dalam kepala singa tu. Pandai . . . pandai . . . tahniah kepada Kumpulan Tarian Singa ni. Nek Ngah sangat teruja. Tahniah kepada Bank yang mengadakan Majlis Menyambut Tahun Baru Cina untuk pelanggan-pelanggan dia.

Jumpa lain kali yek!

Wednesday, January 5, 2011

LANGKAWI - BUNTING, MONYET

OK ni last - nak sambung cerita pasal lawatan ke Pulau Tasik Dayang Bunting.


Terdapat ramai orang dah pun sampai kat pulau tu - kat jeti nampak ada yang baru sampai, ada yang dah nak balik.


Rupanya nak sampai ke Tasik Dayang Bunting tu kena trekking naik bukit turun bukit. Satu yang tak berapa syok dalam perjalanan tu terdapat banyaknya si kawan monyet (kera). Takut pulak Nek Ngah! Ya lah . . . monyet liar kan . . . dia datang kat kita nak dapatkan makanan. Garang pulak tu, siap tunjuk taring lak! Pandai nak selongkar beg bimbit pelawat, sampai lipstick kawan pun dia ingat makanan! Satu lagi kat sini tak de gerai jual makanan. Teka je lah sebab apa! Jadi kalau nak makan bekalan jajan yang dibawa, kena sorok-sorok lah.



Penat mendaki, kena turun pulak hingga sampailah ke Tasik tu. Lihat gambar bawah :


Nampak tenang je. Nek Ngah boleh bayangkan senario seorang tuan puteri kayangan dan dayang-dayangnya turun mandi, siram menyiram sambil bernyanyi dalam kolam macam kat dalam filem 'Jula-Juli Bintang Tujuh' dulu tu . . . . . Kata kawan, mengikut legenda, sesiapa yang minum airnya ( ya lah perempuan yang berhajat nak mengandung) kalau airnya rasa tawar, nanti dia akan mengandung. Tu legenda tau . . . tak leh caya punya!


Nek Ngah celupkan kaki je, main-main air. Sejuk air dia . . . Ada kawan tu siap bawa botol nak bawa airnya balik! Macam-macam . . . Oh ya, kat tasik tu tak de lak monyet berdekatan.

Ok lah tu je cerita Nek Ngah kali ni. Jumpa lagi, K?

Tuesday, January 4, 2011

LANGKAWI - LOMPAT-LOMPAT PULAU

Apa tu "Lompat-lompat Pulau"? Bunyi ganjil kan? Tapi dalam Bahasa orang putih sedap je - "Island Hopping". . . . Ialah Langkawi tu kan ada 99 buah pulau? Jadi satu tarikan pelancong ialah singgah dari satu pulau ke satu pulau (tu yang dipanggil "island hopping") untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tak lah Nek Ngah gi ke 99 pulau . . melampau pulak.

Takut mula-mula naik speed-boat. Mulut kumat-kamit berdoa . .

Nek Ngah dan 6 lagi rakan Nek Ngah naik speed boat. Mula-mula ke Pulau Beras Basah, 1/2 jam perjalanan dari jeti. Kenapa dipanggil "Beras Basah"? Kata tukang bot kami, apabila kita berjalan kaki ayam atas pasir yang putih di pantai tu, akan kedengaran berdesir-desir macam beras basah. (heh . . Nek Ngah tak dengar pun ! Gimik kot . .) Memang pasirnya putih, terdapat ramai pelancong mandi-manda di laut yang clear biru tu. Tapi sayangnya kemudahan seperti tandas, air tak de . . Ada makcik kawan Nek Ngah tu terpaksa buang kat belakang-belakang rimbunan pokok tu. Alahai . . . sorry ya pokok!

Pulau ke-2, tak singgah. Namanya Pulau Singa. Bot dihentikan berhampiran, lepas tu Nek Ngah tenguk pemandu bot potong-potong kulit-kulit ayam. Nak buat apa tu? Lepas tu dia balingkan ke tengah laut. Tiba-tiba beberapa burung helang yang besar-besar terbang lalu terjun dan kait makanan tu dengan kaki dia! Zuuuupp . . . kejap je dah hilang, tak sempat nak ambik gambar. Banyaknya burung helang kat pulau tu! Demikianlah satu lagi citptaan Tuhan!

Tengah menyediakan makanan untuk helang

Akhir sekali kami dibawa ke Pulau Dayang Bunting. Pemandu bot tunjukkan bentuk (silhoute) pulau tu dari jauh. Nampaklah cam orang mengandung sedang baring terlentang. "Alah .." kata kawan Nek Ngah, "Pulau Besau kat Melaka pun nampak macam perempuan ngandung !" Pelanduk dua serupa kot . . .

(Nek Ngah berenti jap, dah 3.30 ptg. nak gi ngaji. Sambung cerita nanti yek!)


Monday, January 3, 2011

LANGKAWI - KUIH TRADISIONAL

Cerita Nek Ngah hari ni disambung lagi, kali ini mengenai lawatan Nek Ngah ke Kompleks Mahsuri. Bukan pasal legenda Mahsuri atau makam dia. Itu semua orang dah tahu, kan? Nek Ngah lebih tertarik dengan gerai-gerai kecil berhampiran 'rumah' Mahsuri (agaknya) yang ada demonstrasi dan jualan kuih-kuih tradisional negeri Kedah. Suka tenguk mereka duduk atas pangkin, sambil membuat kuih-kuih tersebut.Ini kuih favourite Nek Ngah. Orang Melaka panggil "denderam" atau "telinga K*****" (Hee3). Sedapnya . . hmm . . bila masuk mulut, dia cairrr . . Kat belah utara bentuk kuihnya macam dohnut. Tapi kalau kat Melaka, dia berpintal bentuk macam bunga. Nek Ngah suka yang kat Langkawi punya (melt in your mouth).
Dan yang ini pulak, namanya "kuih goyang" atau kat Melaka ada juga orang panggil "kuih Ros". Panggil "goyang" sebab kena goyangkan acuan dia supaya tanggal dalam minyak penggoreng tu. Dipanggil "Ros" sebab bentuk dia macam bunga ros. Apa-apa pun, kuihnya rangup, rasanya sedap. Makan panas-panas lagi best!
Dan akhir sekali yang terdapat di situ ialah "kuih karas". Bentuk macam "mee-hoon" kan? Tapi dia mudah rapuh - tak sempat nak bawa balik ke Melaka, nanti kena gunakan sudu lak nak makan . . . hancur berderai! Nek Ngah suka tenguk bagaimana bancuhan tepung tu diisi dalam sejenis tapisan yang digantung atas kuali, kemudian tapisan itu diputar-putarkan, lalu keluarlah jurai-juraian tepung tadi dalam bulatan. Kemudian dilipat dua baru angkat dari kuali.

Haa . . tu lah dia Nek Ngah nak ceeta kali ni. Cerita Langkawi lom habis lagi . . . nanti nak sambung lagi.

Ma'a salamah.

Sunday, January 2, 2011

LANGKAWI - SHOPPING SAKAN

Aahhh . . . pagi ni rasa segar sikit, bolehlah nak cerita hal perihal di pulau Legenda Langkawi tu.

Kaifa halukum? Apa khabar semua?

Nek Ngah mulakan dengan agenda penting rombongan (bukan Nek Ngah punya acara penting, tau!) iaitu 'shopping'. Lah . . . makcik-makcik Kiah ni, dalam rombongan ni lah, memang confirm 'shoppingholic'. Tak leh Nek Ngah nak jenguk muzium ke, aquarium ke, jalan-jalan je ke, selalu dapat vito. 'Dah gi, dah tenguk, tak best . . .' ada je reason dia orang. Makanya Nek Ngah pun mengalah lah. . . ikut kata majority kan. . .

Apa dia orang beli? Langkawi kan terkenal dengan kedai-kedai bebas cukai tu - apa lagi - pinggan mangkuk, peralatan dapur, towel, bed spread (dan yang lain sewaktu dengannya). Oh ya, cokelat import one - pelbagai jenis, katanya lebih murah dari kat Melaka. Nek Ngah yang jarang-jarang beli cokelat ni pun turut terpengaruh . . hee3, dekat lebih RM100 habis, you . . Nak kasi cucu-cucu kat rumah. (Actually tak baik makan manis-manis kan, rosak gigi!) Sekali-sekali ok kot . .

Lagi apa? Minyak gamat dan produk-produk terkini dia seperti bedak sejuk gamat (Nek Ngah beli), sabun gamat (juga Nek Ngah beli), minyak untuk luka-luka (beli gak . . ). Di syarikat yang kita orang pegi tu ada 32 jenis produk gamat. Gamat lah gamat lah suasana!

Ni kedai cik gamat tu. Pernah gi sana?

Kat kedai ni depa beli batik sarung, kain pelikat (la, la, la, la), T-shirt Langkawi. Nek Ngah beli key-chain je untuk Iman, Amal & Iddin.

Pergi ke department store (Plaza) yang lain (bawah hotel penginapan juga ada - besar one!). Nampak lak kasut-kasut jenama idaman, beli lagi (2 you) . . "Murah kat sini, kak N", kata member, terpengaruh lagi! Member gak berebut-rebut beli luggage beg yang ada 4 roda tu, boleh pusing-pusing punya - nanti gi Umrah ke, oversea ke mudah, kata dia orang. Iya lah Labu . . .

Masalahnya - siapa nak angkat barang-barang tu naik ke feri nanti . . tangan ada 2 je! Pandai-pandai lah Cik Kiah, buat muka kasihan kat member-member lain . .

Tak habis kat Kuah, Langkawi, perjalanan balik singgah di Padang Besar. Shopping lagi dia orang - periuk, kuali, thermos, tikar, Toto - hmmm saratlah bas si Ah Tong tu.

Nek Ngah beli kacang buah gajus kat Kompleks Bazar Padang Besar ni - Gambar atas.

Si Ah Tun, drebar bas kita orang, bawa kami singgah di kilang produk perubatan Cina kat Prai sana. Hai . . terpengaruh dengan janji manis penceramah (pandai sungguh dia), borong lagi kat sana. Nek Ngah lah termasuk salah seorang tu, nak cepat baik lah kata kan - air teh Noni, susu kambing (kambing Perancis) bentuk tablet (mudah telan), gingko balova - baiki saluran darah (kolesteral tinggi Nek Ngah ni). Hai . . baik ada credit card.

Pak kan lah dah gelap nak sampai Melaka . . kalau tak singgah Nilai 3 kot . .

Shopping lah shopping . . Kata ekonomi merosot . . tak nampak pun!