Sunday, June 15, 2014

KAWAN SEKOLAH

Rinnngggg..... telefon berbunyi.
"Hello Naz, ini Beng Kim. Swi Neo is coming down to Melaka from Singapore this week-end. So we thought maybe we could have High-Tea with other class-mates yang available. This Saturday, can? At Holiday Inn Hotel."
"Siapa-siapa lagi mao datang, Beng Kim?"
"Alice, Eleanor, Ruby Lee, Goon Hong, Maggie, Ah Nui, Swee Fah, gua of course. And then you plus Swi Neo.. sepuloh orang lah."

Berkawan sejak Darjah 1 hingga berpisah Tingkatan 5
Jadi pada hari Sabtu, jam 12.00 tgh. saya menuju ke tempat  yang ditetapkan. Sehari sebelum itu, saya buatkan hadiah buah tangan untuk kawan-kawan. Memang kami jarang berjumpa walaupun sama-sama duduk di Melaka. Biasanya kami berjumpa sekali setiap tahun untuk makan-makan dan bertukar cerita. Dalam kelas kami hanya ada 3 orang pelajar Melayu - saya, Fadilah Merican dan Zalmah Ahmad. Tapi kekawan ini sudah putus hubungan. Seronoknya bila dah bertemu... walaupun umur dah mengjangkau lewat 60an.. tetapi di dalam hati rasa muda bila mengingati perkara-perkara lucu semasa di sekolah. "I remember Naz sent me a picture of her on a horse when she first went overseas," ketawa Swi Neo. Semua orang ketawa... Hmmm... did I? Hiii..hii..

Saya bersyukur kerana masih ada kawan-kawan yang mengingati saya. Diharapkan persahabatan ini terus berkekalan walaupun kita Melayu ke Cina ke, Serani ke..

Alhamdulillah..pujian bagi Allah.

No comments:

Post a Comment