Tuesday, June 3, 2014

OH MY PUTRA....JAYA

Hari ni saya dibawa oleh adik, Shaukani & isteri, "recee" (bahasa pemandu pelancong) ke PUTRAJAYA. Minggu hadapan saya akan bawa satu bas rombongan 'Cik Kiah' bertukar angin ke Puterajaya. "Tak de shopping!", saya beritahu mereka dengan tegas. Kita nak jalan-jalan, relek-relek, tarik nafas panjang dan melihat keindahan alam sekitar kita, ok!. Ewah... Jadinya, kata Shau, adik saya tu, yang juga seorang tourist guide yang berpengalaman, kita kena pergi 'survey' (a.k.a "recee") tempat-tempat yang hendak dilawati supaya travel kita terancang dan tidak membuang masa mencari-cari. Ok lah... I agree.
Snap gambar dari dalam kereta je sebab hujan!
Alamak...tiba di Putrajaya hujan pulak tu..nasib baik renyai-renyai je. Cuaca mendung. Tapi lama kelamaan matahari keluar juga bantu kami me"recee". Shau yang dah biasa bawa tourists ke sini dah tahu mana-mana angle nak photo-shoot. Thanks Shau! Mula-mula saya nak cari tempat sesuai untuk picnic. Kerana kami akan duduk santai-santai makan makanan yang dibawa dari rumah... potluck .... share sama-sama.

Beberapa kawasan yang dilawati untuk picnic
Kami telah pergi ke 2-3 area, akhirnya memilih Taman Seri Empangan ini yang paling sesuai..bas parking dekat, tandas berhampiran, pemandangan tepi kolam air, pepohon hijau rimbun...dan... sekiranya kehabisan makanan Restaurant Rakyat 1 Malaysia ada dekat! Hiii...hii.. Selepas tu pergi round-round tenguk tempat-tempat yang menarik. Memang ada banyak tempat dan pemandangan yang menarik di Putrajaya. Antaranya :
Menghala ke Pusat Pentadbiran
Tak tahu pula apa nama bangunan 4 beradik ni

Pemandangan yang menyenangkan
Jalanraya bersih dan dihiasi dengan bunga bergantungan
Marine land
Mercu tanda Puterajaya - Masjid Puterajaya yang indah
Kami juga berkesempatan menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Sultan Mizan a.k.a. Masjid Besi. Sungguh cantik senibina masjid ini, tinggi bumbungnya, tiang-tiangnya tegak teguh. Dalam dewan solat tiada pun tiang. Saya solat di tingkat atas ruang khas untuk Wanita.

Masjid Sultan Mizan dari jauh
Kawasan luar Masjid
Tingkat 3 khas untuk wanita ada ruang untuk kelas
Suka tenguk tiang-tiang nya
Kerusi-kerusi di kelas ini menghadap ke pemandangan indah
Ohhh...banyak lagi kawasan indah di Putrajaya. Saya sungguh puashati... semoga rombongan yang akan saya bawa minggu hadapan akan juga rasa puashati.

Makan tengahari kami di sini PICC. . best!

No comments:

Post a Comment