Sukanya bila keluarga dapat berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa. Tok Lang dari Kuantan, MsHart, Sol & famili dari PT, Tok Shau, Yan, Lan (Zizi, we miss you!) dari TK. Sibuknya lalu lintas tika itu! Bersimpang-siur untuk menyediakan hidangan atas meja. Meja makan pun kena extend, gunakan meja kerja dari bilik Nek Ngah. Macam-macam makanan ada, kalah buffet kat Hotel! Bukan makan banyak sangat masa Iftar tu . . . tapi keseronokan berbuka besama-sama, usik mengusik, tolong menolong menyedia dan mengemaskan tempat. Kan elok kalau Ramadan selalu . . .
Suka nak cerita macam-macam hal - pasal jalan-jalan sana sini, pasal itu, pasal ini. Ingin merakamkan detik-detik nostalgia dahulu dan sekarang. Sabarlah, Nek Ngah nak cerita ni . . .
Wednesday, August 10, 2011
Saturday, August 6, 2011
TADARUS AL-QURAN DENGAN KAWAN-KAWAN

Alhamdullillah . . . di rumah Nek Ngah kali ini kita adakan Tadarus Al-Quran bersama kawan-kawan Nek Ngah & Nek Lang . . . kan kita dalam 'universiti Ramadan'. Seronok bersama-sama membaca dan menghayati bacaan masing-masing. Tak ramai . . . 10 orang je. Kita berkumpul pada jam 9.00 pg. mulai 1 Ramadan. Satu hari dapat baca 2 1/2 -3 juz. Syukur . . Alhamdullillah, semoga semua amalan diterima Allah swt.
Sunday, July 31, 2011
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!
KEPADA SEMUA PEMINAT NEK NGAH, DIUCAPKAN
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK".
Nek Ngah ingatkan diri Nek Ngah dan semua pembaca usahakanlah buat yang terbaik kerana Allah. Semoga Allah sayang pada kita semua dan di akhir Ramadhan, insyaAllah, Allah terima kita sebagai tetamuNya yang diredhai.
AMIN.
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK".
Nek Ngah ingatkan diri Nek Ngah dan semua pembaca usahakanlah buat yang terbaik kerana Allah. Semoga Allah sayang pada kita semua dan di akhir Ramadhan, insyaAllah, Allah terima kita sebagai tetamuNya yang diredhai.
AMIN.
Thursday, July 28, 2011
Kunming 6 : NENEK-NENEK NAIK CHAIR LIFT
KUNMING 5 : TAMAN HUTAN BATU
Pada 19/7/2011 iaitu hari Ke-3 perjalanan, kami telah dibawa ke "Stone Forest Scenic Area" berhampiran bandar SHI-LIN. Taman ini adalah dalam kategori World Heritage. Memanglah maha agung ciptaan Tuhan! Batu-batu besar berbagai bentuk terdapat di kawasan ini. Katanya asal kawasan ini laut, berjuta-juta tahun dahulu. Mungkin zaman Nabi Nuh kot . . .
Tenguklah cantiknya hutan-hutan batu ni :

Tenguklah cantiknya hutan-hutan batu ni :
Wednesday, July 27, 2011
KUNMING 4 : MUSIM BUAH-BUAHAN
Semasa kami di Kunming, rupa-rupanya musim buah-buahan. Dapatlah kami rasai buah-buahan yang segar dari ladang. Bukan kat ladangnya lah . . . kat gerai-gerailah . . . Nek Ngah punya favorite buah lychee - besar-besar, manis dan banyak air. Peach ada, plum merah ada, plum kuning ada. Anggur nya ada pelbagai jenis. Yang Nek Ngah suka tu yang kecil-kecil, tanpa biji, bila makan macam makan kacang. Hmmm sedapnya. Tak kisah lah pas tu semput! Hai . . mata kucing pun ada, ah . . durian pun ada. Tapi mesti import punya dari negara jiran Thailand tu. Alhamdullillah. . dapatlah makan puas-puas.Tuesday, July 26, 2011
KUNMING 3 : MAKAN-MAKAN DI RESTORAN

Semasa bersantai di rantau, kita perlulah mencari tempat-tempat makan yang sah halal. Bagi kami yang mengambil pakej perjalanan, pihak pengurusan menyediakan restoran-restoran Muslim. Tempat-tempat yang kami lawati mudah mendapatkan makanan halal kerana telah banyak pelancong Muslim ke negeri China. Lagi pun negeri China mempunyai bilangan Muslim yang lebih ramai dari Malaysia. Tapi kenalah cari tempat-tempat yang tertentu. Kalau di pendalaman susah kot.
Makanan yang disediakan masak cara dia lah. Satu minggu tak dapat masak asam pedas atau ikan goreng cili. Biasanya rombongan Malaysia akan bawa bekalan tambahan untuk buka selera seperti sambal tumis, serondeng daging, acar buah, sambal ikan bilis, keropok dsbnya. Breakfast walaupun disediakan oleh pihak Hotel, kami tak turun kerana tak berselera . . . al-maklum! So . . kami bawa bekal nasi himpit berketul-ketul cukup untuk 6 hari di sana dan juga roti. Berkumpul dalam satu bilik dan bersarapanlah beramai-ramai - kopi, teh pun bawa dari rumah. Seronok gitu . . .
Makanan yang disediakan kebanyakannya kami minta sayur kerana sayur mereka sangat segar. Ada yang tak pernah didapati di negeri kita. Decor restoran ala-ala Arabia, juga uniform pelayan-pelayannya. Makan gunakan sepit (masalah bagi Nek Ngah). Tapi kami mintalah sudu garpu. Ada restoran tu tak de garpu! Macam-macam hal!
Nampak tak tupperware kat depan tu? Ada bekal sambal tumis dari Melaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)




