Monday, July 25, 2011

KUNMING 2 : MASJID

Dah kat negeri orang tu, kenalah mula-mula pastikan makan kat mana . . . kalau dalam perjalanan tu, ada tak tempat nak solat . . . nak juga jenguk masjid kalau ada . . ya lah nak ambik berkat.
Ni kat mana ni? Tak nampak bayang masjid pun . . lorong menuju tempat ni pun tidaklah menggembirakan hidung dan mata Nek Ngah. Ketuk-ketuk pintu besi ni . . mana orang nya? Lama menunggu, baru datang seorang nenek bukakan pintu yang berkunci tu.

Tapi bila masuk ke kawasan masjid ni, barulah sedap mata memandang. Sempatlah juga Nek Ngah berwudhuk dan solat sunat tahiyatul masjid di sini.

Pada hari lain pula selepas bershopping-shopping sakan di tengah-tengah bandaraya Kunming, tiba masa untuk solat sebelum makan tengahari. Jalan punya jalan, kami dibawa ke Masjid terbesar di Kunming ni. Rupa-rupanya di tengah-tengah kesibukan manusia berurusan ada terselit tempat tenang seperti ini.
Dewan solatnya luas dan bercarpet. Lepas tu berhampiran dinding ada tempat solat khas untuk warga tua yang sakit lutut. Ini adalah satu idea yang baik - nanti nak cadangkan kat orang masjid di Melaka ni.

Saturday, July 23, 2011

JALAN-JALAN KE KUNMING, CHINA



Naik MAS pada 10.00 pg, bersama kawan-kawan "The Golden Girls" 8 orang je, terbang ke Kunming, Selatan China. Kat sana selama 6 hari, 5 malam puas juga lah tenguk negeri orang - panjat tangga naik bukit, naik bot, masuk gua (naik turun tangga), naik 'chair lift', merentasi taman (garden) yang hijau. Lahhh penat juga lah . . . . . baik lutut tak bagi problem. Nanti Nek Ngah tampal gambar-gambar kat sini. La ni masih penat, maklumlah jam 12.00 tengah malam tadi baru sampai rumah.



Bersambung cerita Nek Ngah . . . .

Ni Nek Ngah tunjuk beberapa tempat-tempat menarik yang kami telah lawati.

Ini kat Western Hill berhampiran bandaraya Kunming . . hmmm . . kena panjat beberapa anak tangga nak dapatkan pemandangan yang sayup dan indah ini. Aduhhh . . tak larat rasanya, ya Tuhan!
Hari Ke-2, nenek-nenek ni di bawa ke bandar Shi-Lin untuk menikmati ciptaan Tuhan yang lain - kawasan gua dan gaung di Jiuxiang, yang terhasil berjuta-juta tahun dahulu, rasa naik bot jap, naik turun tangga di dalam gua yang indah (lagi tak larat, tapi gagahkan jugak) dan diakhiri dengan naik "chair lift". Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Hari Ke-3, dari Bandar Shi-Lin, kami dibawa ke Stone Forest (Hutan Batu). Lagi keajaiban ciptaan Illahi. Katanya dahulu kawasan ini ditenggelami air! Sekarang jadi hutan batu lak. Syukur . . . .

Saturday, June 25, 2011

PERTANDINGAN MASAK

Pagi tadi Nek Ngah pi tenguk Pertandingan Masakan anjuran Akademi Pelancongan Melaka di Taman Rempah, dekat rumah pun. Acara ini sempena Pesta Sungai Melaka 2011. Dan selebriti yang datang dramatis Wan Maimunah - becok mulut dia sepanjang pertandingan, yalah nak meriahkan majlis kan. Ketua Juri pertandingan ialah Dato'Chef Wan. Lepas Pertandingan Chef Wan buat demo masakan atas pentas. Seronok dengar celoteh Chef Wan, gelihati . . . Chef Wan tu bila dah masakan dia dah masak, sanggup turun pentas bawa masakan DAN sudu, jumpa penonton dan minta penonton rasa. Mmmm . . bestnya. . Nikmatilah kolaj gambar-gambar yang Nek Ngah ambik tadi, ok?

Friday, June 17, 2011

LAWATAN KE SERI PENTAS TV3

Pagi-pagi lagi, siap saja solat subuh, Nek Ngah dah pergi ke perkarangan Masjid Al-Azim menunggu bas Tong untuk menyertai rombongan ke Seri Pentas TV3. Nak menyertai siaran langsung program "Tanyalah Ustazah" TV9. Teruja sangat . . . maklumlah berjalan ramai-ramai!

Tiba awal di sana kerana rancangan siaran pukul 11.30 pg. Kami seronok dapat bertemu dengan Ustazah Dr.Hjh.Masitah. Nek Ngah pun diberi peluang mengajukan satu soalan. Sukanya diberi peluang! Orang kampung ada tenguk tak? Tajuk perbincangan mengenai rezeki yang berkat. Selepas program tu, Dr Masitah jamu kami makan tengahari. Pun best juga. Terima kasih Dr., terima kasih TV9.

Bergambar kenang-kenangan dengan Dr. Hjh. Masitah.

Dapat 'goody bag' juga . .

Thursday, June 9, 2011

CHETIAR atau CHETTI ?

Jangan salah cakap tau . . "CHETIAR" ialah aneh tu yang pakai baju putih dan pegang payung . . kerja pinjamkan wang tu . . macam cerita dalam filem-filem P. Ramlee . . Ingat tak? Manakala "CHETTI" ialah nama satu kaum di Melaka yang asal nama "Chetti" tu bermakna "pedagang".

Nah . . kelmarin Nek Ngah menyertai beberapa ahli Persatuan Sahabat Muzium Melaka melawat ke perkampungan CHETTI di Jalan Gajah Berang, Melaka. Tujuannya untuk mengenali lebih dekat budaya kaum minoriti ni. Mereka tak ramai. Kat Melaka ni cuma ada lebih kurang 500 orang je.


Mula-mula kami melawat Muzium Chetti, disambut oleh En. Rajan, seorang pemuda keturunan Chetti, peramah dan fasih berbahasa Melayu. Patut pun pasal bahasa perantaraan kaum Chetti ialah Bahasa Melayu. Mereka tidak tahu bahasa Tamil walaupun mereka dikategorikan sebagai kaum India. Nek Ngah difahamkan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan pun mereka menggunakan bahasa Melayu! Loghat Bahasa Melayu mereka unik misalnya "kedai" disebut "kedae", "pisau - piso", "hijau - hijo". Untuk "gua - lu" Chetti gunakan "aku - engko".

Bapa En. Rajan -Chetti, emaknya - China. Orang Chetti ni dah berada di Tanah Melayu sejak zaman Portugis lagi. Lama tu kan? Mereka datang sebagai pedagang-pedagang India, berhijrah untuk berdagang di Melaka. Ramai pemuda Chetti berkahwin dengan wanita tempatan seperti Melayu dan Cina. Satu lagi budaya yang unik kaum ini, semua anak lelaki harus ditindik kedua-kedua telinga mereka seawal berumur satu tahun lagi. En. Rajan masih pakai tindikan itu.

Ini gambar perkahwinan dulu-dulu, siap sanggul lintang bagai!

Dari Muzium, En. Rajan bermurah hati menjemput kami ke rumah beliau yang berhampiran untuk melihat gaya hidup kaum Chetti.

Setelah melihat bebarapa khazanah peninggalan dan mendapat bebarapa maklumat tambahan, kami dijamu dengan kueh "pulut tekan" (orang Melaka panggil "pulut tetal"). Hmm sedap . . makan dengan serikaya.

Menjamu selera dengan 'pulut tekan / pulut tetal'

Terima kasih En. Rajan atas kesudian anda menjemput kami, Persatuan Sahabat Muzium.

Wednesday, June 8, 2011

DI MANA KAN KU CARI GANTI

Hari ini tanggal 8 Jun 2011, genaplah 14 tahun emak yang disayangi meninggalkan kami menemui Pencipta Yang Maha Agung. Di saat Emak meninggal, umurnya 76 tahun. Mampukah Nek Ngah sampai ke tahap itu? InsyaAllah . . . . Kami masih merinduimu, Emak. Semoga Emak berada bersama orang-orang yang soleh, juga bersama Bapak, dalam rahmat Allah swt.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami. Sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangi dan menjaga kami dari semasa kami kecil hinggalah kami dewasa. Juga ampunkanlah dosa-dosa muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau pun yang telah mati. Amiiin.

AL-FATIHAH.