Dah kat negeri orang tu, kenalah mula-mula pastikan makan kat mana . . . kalau dalam perjalanan tu, ada tak tempat nak solat . . . nak juga jenguk masjid kalau ada . . ya lah nak ambik berkat.
Tapi bila masuk ke kawasan masjid ni, barulah sedap mata memandang. Sempatlah juga Nek Ngah berwudhuk dan solat sunat tahiyatul masjid di sini.Pada hari lain pula selepas bershopping-shopping sakan di tengah-tengah bandaraya Kunming, tiba masa untuk solat sebelum makan tengahari. Jalan punya jalan, kami dibawa ke Masjid terbesar di Kunming ni. Rupa-rupanya di tengah-tengah kesibukan manusia berurusan ada terselit tempat tenang seperti ini.

Dewan solatnya luas dan bercarpet. Lepas tu berhampiran dinding ada tempat solat khas untuk warga tua yang sakit lutut. Ini adalah satu idea yang baik - nanti nak cadangkan kat orang masjid di Melaka ni.
No comments:
Post a Comment