Sunday, June 8, 2014

DARI PHNOM PENH KE SIEM REAP

Pagi-pagi lagi pada hari Selasa, 27 hb Mei 2014, kami dah siap sedia untuk ke Siem Reap. Kata Rozali, pemandu pelancong, perjalanan akan ambil masa 6 jam. 6.30 pg kami dah bertolak tapi 2.30 ptg. baru sampai destinasi! Berapa jam tu? Perjalanan sangatlah menyiksakan kerana sepanjang jalan sedang dibaiki dan saya rasa macam naik roller-coaster. Tetapi hati terhibur kerana dapat melihat pemandangan luar bandar Cambodia, keadaan kehidupan & kediaman orang tempatan serta dapat berhenti di beberapa tempat untuk melunjurkan kaki dan berkenalan dengan orang tempatan.

Singgah di Perkampungan Islam, beli roti Perancis panas-panas!
Beginilah rumah-rumah mereka di sepanjang jalan

Singgah di "R & R" di kerumuni anak-anak jual makanan

Nampak penjual "lemang" kemboja.. singgah beli
"R & R" di pinggir Tasik Tonle Sap minum air tebu

"R & R" pemandangan pertama Tasik Tonle Sap
 Walaubagaimana pun perjalanan, ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan... memberi keinsafan pada diri betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita di tanah air sendiri.






2 comments:

  1. Satu negeri yang tak pernah saya sampai selain dari melihat gambar dan mendegar cerita tentang keindahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pakcik Al-Manar kerana singgah di sini. Kami suka melihat bumi Allah ini dan jika ada rezeki dan izin Allah, kami akan merantau lagi, in sya Allah.

      Delete