Bangunan RISTEC tempat berkursus
Nek Ngah baru balik dari Kursus. Ya . . ingat dah masuk era ni, tak ada lagi nak hadir kursus! Duduk hotel 3 hari 2 malam di Port Dickson dari 7hb hingga 9hb Disember. Terima kasihlah pada pihak penganjur - RISDA KL & LKPIM Negeri Melaka yang telah beri peluang kepada Nek Ngah ni. Tajuk kursus ni "Kursus Kesejahteraan Hidup Dunia dan Akhirat" khas untuk warga emas macam Nek Ngah lah ni. Selain dari ahli-ahli LKPI Negeri Melaka, turut hadir ahli-ahli Puspanita RISDA KL.Penganjur telah mendapatkan pakar-pakar dalam bidang agama, motivasi dan kesihatan yang telah mencurahkan ilmu yang sangat manfaat bagi Nek Ngah. Ustaz Hj. Dzul Karnain Hamzah yang popular dari Astro (Kalam Suci, Imam Muda) mengingatkan bahawa tempat orang yang beriman kelak ialah di 'Illiiyun" iaitu tempat bagi Nabi-nabi & Rasul, As-siddiqin, As-syuhadaa' dan as-salihiin. Nampaknya kita yang kerdil ni mampukah ke tempat as-salihiin sekurang-kurangnya. Hmmm . . usahakanlah ye! Dalam serius-serius, Ustaz Dzul pandai menggeletek hati kami dengan cerita-ceritanya yang lucu. Tak ngantuk pun warga emas ni di dewan!
Kemudian Ustaz Dzul Ramli Mohd Razali, pakar Motivasi Pembinaan Insan, pula menyampaikan ceramah bertajuk "Peranan & Cabaran Masa Kini". Nek Ngah nak passkan solawat ini yang Ustaz beri - doa untuk menenangkan hati. Tangan kanan letak di atas dada kiri dan bacalah berulang-ulang :
اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى قَلْبِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Lagi satu Nek Ngah tak tahu pun yang "Yathrib" nama lama "Madinah" bermaksud 'demam panas'!
Kemudian penceramah dari MAKNA (majlis kanser nasional) mengingatkan kaum wanita menjaga kesihatan kerana pencegahan itu lebih baik dari berubat.
Penceramah terakhir Ustazah Asni Mansor yang tekenal di Astro juga. Walaupun muda, 36 tahun, tapi ilmunya sangat luas terutama dalam qiraati al-Quran. Baru dapat tahu yang Ustazah Asni bekas pelajar Sharifah Radziah, Telok Mas, Melaka. Dan Ustazah ni juga sangat pandai dalam public speaking sehingga tiada seorang pun hadirin yang ngantuk pada sessi lepas makan tengahari tu. Sempat buat "chicken dance" satu dewan lak tu bila Ustazah tenguk tumpuan warga emas merudum! Kegemaran Nek Ngah lah tuuu . . .
Peluang bergambar dengan Ustaz Dzul

Sempat ajak Ustazah Asni posing
assalamualaikum..nek ngah, maaf ganggu. nak tanya. program yang dijalankan ini, jika kita ingin follow up n tahu maklumat lanjut dengan siapa kita nak berhubung. jika kita tak puas hati dengan program ke, macammana nak ajukannya..tolg sy nek ngah...
ReplyDeleteWa'alaikum salam.
ReplyDeleteNek Ngah tak dapek lah nak jawab soalan adik tu! Pasal yang menganjurnya pihak RISDA. Nek Ngah boleh paskan no. telefon je lah kalau boleh membantu : Ustaz Dzul Karnain 017-3700135, Ustazah Asni Mansor 019-3069698. Ust Dzul Ramli dari Motivasi Pembinaan Insan, lupa nak minta no telfn tapi checklah kat google.
Semoga berjaya!
menarik
ReplyDelete