Tahniah! Mereka dua orang kanak-kanak yang sangat beruntung. Kakak dalam Tahun 5, si Adik Tahun 3. Dah khatam al-Quran. Berapa ramai orang dewasa dah khatam, pada usia muda pulak tu! Nenda mereka, kawan Nek Ngah, telah mengadakan satu majlis besar-besaran untuk mereka. Pakaian mereka ditempah khas ala-pengantin, ada pelamin yang cantik. Siap berarak diiringi kumpulan kompang lagi. Bacaan al-Quran mereka sangatlah dipuji, tahniah kepada Ustazah yang mengajar mereka - makhraj, hukum tajwid semuanya tepat. Suara lunak dan menambat hati. Bila mereka membaca doa khatam, kakak baca dalam Bahasa Arab, adik baca terjemahannya, Nek Ngah fikir setakat mana anak-anak ini menghayati maksud doa tersebut. Semoga mereka akan kekal menjadikan al-Quran teman mereka sampai bila-bila. Amin.
No comments:
Post a Comment