Sunday, December 11, 2011

FENOMENA ALAM

Lepas solat maghrib n ngaji malam tadi, Nek Ngah keluar ke laman rumah nak tenguk bulan. Tapi tak nampak . . . pasal banyak awan gelap, macam nak hujan, angin pun kuat. Terdengar suara azan Isyak dari surau berdekatan . . Allah . . . TIBA-TIBA awan terselak macam langsir dan terjelma cahaya bulan! Betullll . . . Ma shaaa Allah! Seolah-olah bulan nak buat satu persembahan untuk kita yang melihatnya. Nek Ngah pun bergegas panggil Nek Lang keluar ke laman.

Langit clear betul. Nek Lang bawa binoculars (teropong) dia. Tau tak, kami tak bergerak dari laman (masuk jap untuk solat Isyak) asyik menengadah ke langit. Langkah demi langkah nampaklah bulan makin di seliputi bayang-bayang bumi. Sehinggalah jam 10.00 malam lebih kurang bulan kelihatan macam permata merah jambu. Kami masuk untuk solat sunat gerhana bulan berjemaah. Syukur kepada Allah, dapat peluang menyaksikan satu lagi fenomena alam. Lepas tu bila Nek Ngah keluar ke laman . . . dah tak nampak langsung bulan! Gelap betul! Lama kelamaan bayang-bayang dunia mula beredar. Puasnya dan bersyukur . . .

Berbaring pun bolehhhh . . . .

2 comments:

  1. Dipantai timur kami nampak awan sahaja musim tengkojoh - tak ada matahari bulan dan bintang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . . kat laman rumah saya tiada awan di langit ketika itu. Tenguk bulan gerhana macam tenguk satu persembahan. Syukur . . InsyaAllah lain kali dipanjangkan umur, bolehlah nampak gerhana tu sebelah pantai timur pula.

    Terima kasih singgah ke sini.

    ReplyDelete