Saturday, June 28, 2014

UJONG PASIR BER-TAICI

Sabtu, 28/6/2014 sehari sebelum 1 Ramadhan, saya diminta memimpin senaman TAICI untuk memulakan Majlis Gotong Royong Kesatuan Rukuntetangga Kpg. Ujong Pasir. Sungguh ceria dan meriah pagi itu.. ramai penduduk yang hadir termasuk kanak-kanak. Layanlah gambar-gambar berikut ... lihatlah keriangan dan kemesraan di wajah-wajah masing-masing. Senaman boleh mengeratkan silaturrahim masyarakat setempat. Terima kasih kepada adik, Nora (sekilau one) kerana membantu Sifu dan menjadi jurukamera.

Bahagian atas - memanaskan badan,
gambar bawah - dengan Pengerusi
Beria-ia benar mereka bersenam

Selepas bersenam saya selalu galakkan mengurut bahu kawan di hadapan

Makan time... apa-apa pun nasi lemak juga jadi pilihan!
Bergambar bersama Sifu (baju hijau kiri) dan pembantu Sifu (baju hijau kanan) sebelum senaman bermula

Sunday, June 15, 2014

KAWAN SEKOLAH

Rinnngggg..... telefon berbunyi.
"Hello Naz, ini Beng Kim. Swi Neo is coming down to Melaka from Singapore this week-end. So we thought maybe we could have High-Tea with other class-mates yang available. This Saturday, can? At Holiday Inn Hotel."
"Siapa-siapa lagi mao datang, Beng Kim?"
"Alice, Eleanor, Ruby Lee, Goon Hong, Maggie, Ah Nui, Swee Fah, gua of course. And then you plus Swi Neo.. sepuloh orang lah."

Berkawan sejak Darjah 1 hingga berpisah Tingkatan 5
Jadi pada hari Sabtu, jam 12.00 tgh. saya menuju ke tempat  yang ditetapkan. Sehari sebelum itu, saya buatkan hadiah buah tangan untuk kawan-kawan. Memang kami jarang berjumpa walaupun sama-sama duduk di Melaka. Biasanya kami berjumpa sekali setiap tahun untuk makan-makan dan bertukar cerita. Dalam kelas kami hanya ada 3 orang pelajar Melayu - saya, Fadilah Merican dan Zalmah Ahmad. Tapi kekawan ini sudah putus hubungan. Seronoknya bila dah bertemu... walaupun umur dah mengjangkau lewat 60an.. tetapi di dalam hati rasa muda bila mengingati perkara-perkara lucu semasa di sekolah. "I remember Naz sent me a picture of her on a horse when she first went overseas," ketawa Swi Neo. Semua orang ketawa... Hmmm... did I? Hiii..hii..

Saya bersyukur kerana masih ada kawan-kawan yang mengingati saya. Diharapkan persahabatan ini terus berkekalan walaupun kita Melayu ke Cina ke, Serani ke..

Alhamdulillah..pujian bagi Allah.

PPP (WI) CAW. BUKIT BARU KE PUTRAJAYA

"Kak N," kata Kumpulan Taici saya satu masa dahulu, "Bawalah kami berjalan-jalan. Tahun ni belum berjalan lagi." Saya minta cadangan mana nak pergi... yang dekat-dekat jadilah kata saya. Kuala Lumpur - shopping (kat Melaka ada!), Kelantan - shopping, jauh, Langkawai - pun jauh. Ke Singapura sudah tahun dulu. Akhirnya saya cadangkan ke Putrajaya melihat pembangunan di sana, tapi kata saya "no shopping!"  Kita juga akan ber'picnic'...Mungkin kita pi ke rumah Datuk Najib! Setuju, setuju!
Gambar kecil di atas - Shau
Dengan kehendak Allah, saya dapat bantuan untuk rancangan lawatan ini daripada adik saya, Hj. Shaukani Abbas yang juga seorang Pemandu Pelancong yang berpengalaman. Eloknya pada tarikh yang kami cadangkan tu, Shau (nama panggilan mesra dia) tidak ada assignment. Biasanya Shau bawa tourist dari luar negara, tapi kali ini saya pujuk beliau berbakti kepada kakak-kakak dia orang kampung. OK.

Dua minggu sebelum tarikh, saya mohon kebenaran melawat Kompleks Seri Perdana melalui on-line... senang gitu. Seminggu selepas itu saya dapat jawapan "OK, tiada masalah." Kemudian saya dan Shau pergi recee (bahasa pelancongan = buat preview) tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati, rakam gambar dan paling penting kawasan untuk ber'picnic'. Nanti bila bawa rombongan tidaklah tercari-cari. Ini idea yang terbaik.
Masa "recee"
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Pagi-pagi lagi saya diberitahu, makcik-makcik dari Bukit Baru dah buat persiapan jamuan untuk picnic - ketupat & rendang & sambal tumis & serunding kelapa, mee hoon goreng, kuih pelbagai jenis..kopi, teh... Ehh... macam-macam lah!. Maklumlah nak berpicnic! Tepat jam 7.30 pg. seperti yang dijanjikan Bas MBX 7557 dengan pemandunya En. Ragu dan rombongan Cik Kiah - Cik Kiah 39 orang semuanya (1 - Shau), pun bertolaklah ke PUTRAJAYA. Dalam perjalanan Shau memberi penerangan mengenai sejarah Putrajaya dan pelbagai maklumat-maklumat menarik mengenai Bandar ini. Terima kasih Shau!
Ahli rombongan teruja di dalam bas
Merakamkan kenangan
Setibanya di Putrajaya, Shau bawa kami ke PITC yang terletak atas bukit. Dari sana kami dapat lihat pemandangan terbentang Putrajaya. Sibuklah Cik Kiah kita merakam gambar..nak tunjuk anak-cucu katanya. Hii...hii.. Klik sana, klik sini. Lepas tu ke beberapa tempat photogenic lagi yang Shau bawa. Klik..klik..klik...
Dah sampai Putrajaya harus rakam gambar
Pada masa yang telah dijanjikan, kami ke Kompleks Seri Perdana, kediaman Perdana Menteri kita. Nampaknya tiada rombongan lain yang ada. Tempatnya sunyi je. Kawasannya luas dan cantik dengan tumbuh-tumbuhan menghijau. Seni Tamannya yang sangat indah. Kami di sambut dengan layanan yang mesra oleh pegawai-pegawai bertugas dan dibawa masuk ke bangunan yang dibuka kepada umum yakni tempat menyambut tetamu-tetamu tempatan dan luar negara. Ada tiga tingkat.. semua ruang dihiasi dengan perabot-perabot yang mahal-mahal  dan seni hiasan dalaman ... setaraf dengan kedudukan seorang Perdana Menteri Negara. Kami tidak dibenarkan merakamkan gambar di dalam bangunan, kami patuh. Wau..sana..woo...sini..ahh... Sungguh mengkagumkan! Rombongan kami sungguh rasa bangga melihat kemewahan yang terserlah di sini. Malaysia ada maruah!

Setelah puas di dalam bangunan, kami ke luar bagunan pula. Bolehlah begambar sepuas-puasnya. Terima kasih Jabatan Perdana Menteri kerana membenarkan kami melawat dan memberi layanan yang istimewa!
Hmmm... mana satu nak pilih ni.. banyaknya makanan!
Berkelah di Taman Seri Empangan
Perut pun sudah mengoroncong.. oleh itu kami terus ke Taman Seri Empangan untuk berkelah. Kawasan ini tepi tasik empangan dan mempunyai pemandangan yang cantik, ada Restoran 1 Malaysia, juga tandas yang bersih. Layanlah gambar-gambar berikut ...berkelah di tepi empangan : Makanan melempah-lempah banyak.. pelbagai.. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang...hmmm.. Alhamdulillah...

Mata rasa mengantuk pasal kenyang makan.. hii..hii.. Perjalanan diteruskan lagi ke Masjid Sultan MIzan Zainal Abidin a.k.a. Masjid Besi untuk solat zohor-asar. Kepada mereka yang pertama kali ke sini, memanglah mengelirukan mencari tandas, tempat wudhuk dan tempat tinggalkan selipar awalan tadi. Bak kata Nora, adik saya, sekilau one macam "amazing race" pulak. Usai solat dan bergambar-gambaran kami teruskan perjalanan. 
Cantiknya Masjid Putrajaya!
Berhenti di tepi jambatan untuk merakamakan Masjid Putrajaya yang tak dapat kami singgah kerana kesuntukan masa. Bincang punya bincang, kali ini kami tidak dapat untuk menaiki cruise Tasik Putrajaya, jadi terus ke Alamanda untuk shopping kepada mereka yang berminat.
Ada beberapa Makcik dah komplain sakit kaki... so duduka je lah di kerusi berdekatan.

Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 ptg. Kami pun berangkat menuju Lapangan Terbang terbaru.. KLIA2. Ramai antara ahli rombongan belum pernah lagi ke sini. So Shau akan meperkenalkan tempat-tempat mustahak kepada mereka. "Ohhh... penatnya," kata Makcik tu.."Aku tak larat nak jalan lagi. Aku duduk sini je lah." Ok.. tunggu di sini ye jangan ke mana-mana, kata Shau. Yang lain ikut Shau ...
KLIA2...KLIA2...KLIA2...
Demikianlah coretan al-kisah Ahli-ahli PPP (WI) Cawangan Bukit Baru membuat sehari educational tour ke Putrajaya. Semoga diberkati perjalanan ini.. "Lepas ni nak kemana lagi, Kak N?" Tungguu...

Terima kasih Allah.

Sunday, June 8, 2014

DARI PHNOM PENH KE SIEM REAP

Pagi-pagi lagi pada hari Selasa, 27 hb Mei 2014, kami dah siap sedia untuk ke Siem Reap. Kata Rozali, pemandu pelancong, perjalanan akan ambil masa 6 jam. 6.30 pg kami dah bertolak tapi 2.30 ptg. baru sampai destinasi! Berapa jam tu? Perjalanan sangatlah menyiksakan kerana sepanjang jalan sedang dibaiki dan saya rasa macam naik roller-coaster. Tetapi hati terhibur kerana dapat melihat pemandangan luar bandar Cambodia, keadaan kehidupan & kediaman orang tempatan serta dapat berhenti di beberapa tempat untuk melunjurkan kaki dan berkenalan dengan orang tempatan.

Singgah di Perkampungan Islam, beli roti Perancis panas-panas!
Beginilah rumah-rumah mereka di sepanjang jalan

Singgah di "R & R" di kerumuni anak-anak jual makanan

Nampak penjual "lemang" kemboja.. singgah beli
"R & R" di pinggir Tasik Tonle Sap minum air tebu

"R & R" pemandangan pertama Tasik Tonle Sap
 Walaubagaimana pun perjalanan, ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan... memberi keinsafan pada diri betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita di tanah air sendiri.






Friday, June 6, 2014

ANGKOR WAT


Rasa teruja bila nak ke Angkor Wat. Maklumlah dah belajar masa kat sekolah dulu 'one of the seven wonders of the world' macam Borubudor & Perambanan di Jogjakarta, Indonesia.

Rombongan KSD Travel dari Melaka
Pada 28 Mei 2014, Rabu, hari terakhir di Cambodia, kami dibawa ke Kompleks Angkor Wat.
Satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan ialah bila saya terjatuh 'turn turtle' kata Nora dalam berjalan kaki menuju ke sana. Jalannya tidak rata lagi pun baru selesai hujan. Nasib baik tiada kesan apa-apa pada badan saya. Allah melindungi, dapat saya berjalan 600 meter, naik-turun tangga dan menikmati kesenian orang dahulu kala.

Kepingan-kepingan batu berumur beribu tahun dahulu
Suka tenguk pelbagai seniukir dinding dan mendengar cerita sejarah yang disampaikan oleh guide Yunos yang sangat pandai bercerita. Walaupun ada 3 orang yang mendengar (kerana ahli rombongan yang lain kepenatan, tidak ikut keseluruhan kawasan) Yunos bercerita dengan penuh bertenaga.

Guide Yunos (kanan) sedang bercerita
Tertunailah sudah hajat saya nak berada di salah satu Kompleks Warisan Dunia UNESCO, The Angkor Wat, lawatan yang memberi banyak kesedaran kepada saya. Teringat saya kepada salah satu firman Allah swt di dalam Al-Quran, maksudnya seperti ini : "Berjalanlah kamu dimuka bumi ini dan lihatlah betapa kesudahannya hal manusia ..." Semoga menjadi iktibar kepada saya.

Pictures will tell a thousand words... jadi saya tak payahlah bercerita lagi....

Berdiri ke kaunter tiket, gambar dirakam atas tiket. Terima kasih!

Dahulu mencatitkan peristiwa melalui gambar-gambar 'bas relief' di dinding

Cam mana.. ok tak lagi?

Seronoknya bila beramai..

Kalau penat duduk dulu!

Ni pulak cam mana?

Nak panjat ke tak ndak?

Seni ukir halus atas dinding menunjukkan kesuburan wanita


Aksyen lagi kita!

We were here!

Penat berjalan kaki... balik ke Hotel naik Tuktuk.
Tiket masuk harus berada dengan kita sentiasa

Tuesday, June 3, 2014

OH MY PUTRA....JAYA

Hari ni saya dibawa oleh adik, Shaukani & isteri, "recee" (bahasa pemandu pelancong) ke PUTRAJAYA. Minggu hadapan saya akan bawa satu bas rombongan 'Cik Kiah' bertukar angin ke Puterajaya. "Tak de shopping!", saya beritahu mereka dengan tegas. Kita nak jalan-jalan, relek-relek, tarik nafas panjang dan melihat keindahan alam sekitar kita, ok!. Ewah... Jadinya, kata Shau, adik saya tu, yang juga seorang tourist guide yang berpengalaman, kita kena pergi 'survey' (a.k.a "recee") tempat-tempat yang hendak dilawati supaya travel kita terancang dan tidak membuang masa mencari-cari. Ok lah... I agree.
Snap gambar dari dalam kereta je sebab hujan!
Alamak...tiba di Putrajaya hujan pulak tu..nasib baik renyai-renyai je. Cuaca mendung. Tapi lama kelamaan matahari keluar juga bantu kami me"recee". Shau yang dah biasa bawa tourists ke sini dah tahu mana-mana angle nak photo-shoot. Thanks Shau! Mula-mula saya nak cari tempat sesuai untuk picnic. Kerana kami akan duduk santai-santai makan makanan yang dibawa dari rumah... potluck .... share sama-sama.

Beberapa kawasan yang dilawati untuk picnic
Kami telah pergi ke 2-3 area, akhirnya memilih Taman Seri Empangan ini yang paling sesuai..bas parking dekat, tandas berhampiran, pemandangan tepi kolam air, pepohon hijau rimbun...dan... sekiranya kehabisan makanan Restaurant Rakyat 1 Malaysia ada dekat! Hiii...hii.. Selepas tu pergi round-round tenguk tempat-tempat yang menarik. Memang ada banyak tempat dan pemandangan yang menarik di Putrajaya. Antaranya :
Menghala ke Pusat Pentadbiran
Tak tahu pula apa nama bangunan 4 beradik ni

Pemandangan yang menyenangkan
Jalanraya bersih dan dihiasi dengan bunga bergantungan
Marine land
Mercu tanda Puterajaya - Masjid Puterajaya yang indah
Kami juga berkesempatan menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Sultan Mizan a.k.a. Masjid Besi. Sungguh cantik senibina masjid ini, tinggi bumbungnya, tiang-tiangnya tegak teguh. Dalam dewan solat tiada pun tiang. Saya solat di tingkat atas ruang khas untuk Wanita.

Masjid Sultan Mizan dari jauh
Kawasan luar Masjid
Tingkat 3 khas untuk wanita ada ruang untuk kelas
Suka tenguk tiang-tiang nya
Kerusi-kerusi di kelas ini menghadap ke pemandangan indah
Ohhh...banyak lagi kawasan indah di Putrajaya. Saya sungguh puashati... semoga rombongan yang akan saya bawa minggu hadapan akan juga rasa puashati.

Makan tengahari kami di sini PICC. . best!