Thursday, July 4, 2013

BELAJAR MEMASAK SEMASA KELAS AGAMA!




 Biasanya pada hari Rabu pertama setiap bulan, Ustaz Ismal, Imam Besar Masjid Selat, Melaka akan menyampaikan kuliah Hadis kepada Kumpulan kami. Tapi semalam, Rabu 3/7/2013, Ustaz tiba dengan membawa segala peralatan dan bahan untuk membuat Demo cara masak Nasi Arab! Ustaz kata memasak juga adalah salah satu sunnah Rasullullah s.a.w. Dengan mengadakan aktiviti seperti ini, kata Ustaz lagi, akan dapat menarik lebih ramai jemaah untuk hadir. Sambil-sambil menyediakan masakan itu Ustaz boleh selitkan tazkirah dan nasihat. Betul juga kata Ustaz tu. Ini juga satu cara dakwah yang boleh menarik ramai jemaah. Tambahan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak nak jenguk kita tak beberapa hari lagi. Elok juga belajar sesuatu yang bermanfaat, kan. Ustaz Ismal memang sudah lama tinggal di negeri Arab. Jadi beliau bolehlah dikira pakar dalam masak-memasak Al-Arabia! Terima kasih Ustaz!!!

Ustaz menerangkan bahan-bahan yang diperlukan
Ustaz menunjukkan cara-cara persediaan
Pastikan periuk ditutup rapat
Ini dia hasil Nasi Arab .. .  sedapnya!

2 comments:

  1. nampak sedap nasi arab tu..beras dia panjang2 laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza, memang sedap, lagipun Imam yang tunjukajar!. Beras Jasmin Vitagrain - beras basmathi.

      Delete