Apa ni? Kejap tadi Nek Ngah masuk setor dan terlihat 'crutches' (tongkat ketiak) tu tersandar sayu di tepi dinding. Aiiii . . . dah buruk sangat rotan bingkainya. Inilah kenangan nostalgia Nek Ngah iaitu satu ketika dulu Nek Ngah menggunakan khidmat pasangan tersebut untuk bergerak. Ya . .. selama lebih kurang 20 tahun (1979 - 1998) kejap ada, kejap hilang kedua-dua lutut Nek Ngah bengkak dan sakit yang amat sangat. Susahnya nak bergerak dan pergi kerja. Puas berubat ke sana sini. Tapi Nek Ngah pasrah kerana ini semua ujian dari Allah swt mudah-mudahan menghapuskan mana-mana dosa yang telah Nek Ngah lakukan sebelum ini (maklumlah Nek Ngah jahil). Dan setelah sekian lama, Allah jumpakan Nek Ngah dengan penawarnya. Alhamdullillah sekarang tak de masalah . . banyak bukit dah Nek Ngah panjat! Kawan-kawan lama semua heran macam mana Nek Ngah boleh sembuh. Semua dengan izin Allah . . .
Jadi tongkat-tongkat tu dah menjalankan tugasnya dengan baik. Kenalah kata 'good-bye' dan 'thank you' . . . dah selamat MBMB angkat tadi.
Jadi tongkat-tongkat tu dah menjalankan tugasnya dengan baik. Kenalah kata 'good-bye' dan 'thank you' . . . dah selamat MBMB angkat tadi.
Saalam Angah,
ReplyDeleteboleh share tak apa penawar nya...
Saya tak sakit lutut tapi orang yang di sekeliling saya banyak yang menderita akibat sakit ni..
Eza, Angah dah cuba acupuntcure (2 tahun), ubatan Melayu (masa tu belum ada ubatan Islam), 'cherating' Dr Norlaili di Datuk Keramat (15 kali x RM250 sekali pergi), ubat Hospital Tawakkal Kl, homeopathy dan bomoh pon dah . . . kawan bawak. Lah tak berhasil. Dengan izin Allah, Angah gi jumpa Dr Thomas Varaghese (orthopedic consultant) di Pantai Hospital Mka pada tahun 1994. Dan Angah tekun jumpa dia setiap bulan. Dia tak xray tak ape. Asyik belik buku medical dia cari ubat yang sesuai. Kalau Nek Ngah kata 'no good', dia tukar ke lain. Sehingga lah akhirnya entah ubat apa ke, langsung hilang semua penyakit tu! Last Nek Ngah jumpa dia taun 1998. Tu lah kuasa Allah. Syukur lillah. Tapi tanya ubat apa, memang Nek Ngah tak tahu. (Agaknya Allah dah ampunkan Nek Ngah . .. hee, hee, hee..)
ReplyDeleteSalam Hajah... boleh saya tahu, dimanakah boleh saya beli tongkat rotan macam dlm gambar ni?
ReplyDeleteCPB, minat ke kat tongkat tu? Masa saya gunakan dulu tahun 1994 dan yang berikan saya tongkat tu ialah seorang kenalan bangsa Cina. Mungkin kalau CPB bawa gambar tu dan tunjukkan pada tukang buat bakul, orang Cina, mungkin dia boleh buat kan.
ReplyDelete