Saturday, April 23, 2011

WALKATHON 1 MALAYSIA

Pagi tadi, Nek Ngah dan Nek Lang menyertai Walkathon anjuran Persatuan Bekas Pelajar Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka di kampus IPG Kampus Perempuan Melayu yang tak berapa jauh dari rumah kami.. Seronoknya acara ini ialah peserta-peserta memakai pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia dan berjalan kaki sepanjang 3 kilometer bermula dan berakhir di kawasan Maktab.



Berwarna-warni pemandangan masa tu.

Sebelum bergerak ada aktiviti senaman ringan diiringi dengan lagu-lagu terkini dan rancak.
Jauh jugalah peserta berjalan mengharungi trafik jam pagi tu. Tapi kami warga emas nasib baik kerana disediakan beca hias Melaka mengiringi pejalan-pejalan kaki. Mesti orang-orang lain yang melihat heran tenguk beratus perempuan berpakaian bermacam-macam berjalan di tepi jalan. Apakah halnya ni . . .

Mana Abang Beca nak bawa nenek-nenek ni round-round?

5 comments:

  1. Cikgu,

    Saya baru saja membuat lawatan keblog Pak Idrus. Entah mengapa yang terpanggil kemari. Puan bekas guru yang berpengalaman munkin boleh memberi sedikit pertolongan kepada seorang penulis yang juga pelawat blog saya. Beliau meminta tolong kalau sesiapa yang dapat memneri sedikit penerangan tentang legend Syair Dandan Setia. Saya langsong tidak tahu tentang cerita/hikayat lama Melayu. Dengan harapan ini saya meminta cikgu keblog saya. Kalau dapat saya pohon pertolongan puan untuk penulis itu yang dipanggilnama 'ninotaziz'.

    Ini cara yang amat luar baiasa. Maaf kalau saya menggannggu. Terima kasih
    Salaam dari Pakcik (Almanar)

    ReplyDelete
  2. Pakcik (Almanar),

    Terima kasih menjenguk ke rumah saya. Apa yang saya tahu mengenai Dandan Setia ialah melalui filemnya saja. Dulu saya mengajar Pendidikan Seni - Lukisan dan Kerjatangan. Kepakaran saya di sana.

    Sorry not much help.

    ReplyDelete
  3. Puan Hajah Nazli,
    Saya amat terharu pagi pagi Ahad Hajah ke Museum untuk menyelidik dan membantu. Bila saya dapat tahu, Puan Hajah cikgu, barulah saya faham. Memang jiwa cikgu begini, sama seperti mak dan nenek dan to'ki saya. Akan cuba sedaya upaya mencari jawapan.

    Saya seorang penulis dan harap dapat berjumpa Cikgu bila buku siap nanti. Insyaallah.

    Setelah Cikgu memberi pendapat, terus ada yang lain ingin membantu.

    Thank you so much!

    ReplyDelete
  4. Ninotaziz,

    Most welcome! Can't wait to see your book! All the best!

    ReplyDelete
  5. Sebagai bekas anak murid Hjh Kak N, saya amat menghargai segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan sepanjang saya berkursus di MPIK...semoga segala yang dicurahkan tidak disia-siakan dan saya sentiasa doakan Hjh agar diberi perlindungan oleh Allah swt, dirahmati dan diberkati...wassalam

    ReplyDelete