Tengahari tadi Nek Ngah tenguk TV1 Rancangan "Wanita Hari Ini". Adalah Pengacara Zamzarina tu perkenalkan ruangan Nostalgia Suara-suara Emas RTM (Radio) zaman dulu-dulu - Kak Wan Chik dan Hjh. Mariamah Tijo - 2 Juruhebah popular dulu. Ya lah RTM tahun ni kan celebrate 65 tahun umurnya, jadi banyak lah rancangan nostalgia diterbitkan.
Nek Ngah nak cerita Nek Ngah pun ada nostalgia dengan RTM. Ya lah . . . pasal RTM lah Nek Ngah dikenali. Itu pun cara tak disangka-sangka. Mula-mula tu nak bantu penerbit rancangan kanak-kanaknya, Hyacinth Leo, untuk merangka siri kerjatangan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Lepas tu Hyacinth minta Nek Ngah buat satu demonstrasi camna nak buat. Nek Ngah pun pergilah ke studio Angkasapuri. Dah siap make-up semua (oleh pakar make-up TV masa tu, En Rama) buat shooting di studio satu. Cuma ada 3 kamera dan Nek Ngah dimaklumkan bila lampu merah kat kamera tu menyala, Nek Ngah kena pandang ke sana atau tunjukkan kraf Nek Ngah ke sana. Itu lah yang dirakamkan. Tak lama . . . 10 minit je dah . . Seminggu lepas tu Hyacinth panggil Nek Ngah ke Auditorium pasal rakaman program tu akan ditunjukkan kepada Menteri Penerangan nak dapatkan persetujuan dia. Mula-mula tenguk muka Nek Ngah kat skrin TV besar tu dan dengar suara Nek Ngah . . hai malunya rasa . . . Lepas tu kan, Menteri kata, "OK, ambik dia!" Punyalah terperanjat Nek Ngah . . Maka lahirlah "KAK N" nama glamour Nek Ngah . . Haaa tu lah mulanya 26 siri segment kerjatangan dalam "Putera Puteri" pada tahun 1977. Lepas habis tayang 26 minggu diulang lagi setiap petang Isnin jam 5 petang di TV1. Masa tu TV hitam putih.
Lepas tu tahun 1978 ada TV warna untuk rancangan kanak-kanak. Kawan Nek Ngah, Wazata Zain, ajak Nek Ngah buat lagi satu siri rancangan kanak-kanak - "CUMI dan CIKI". Nek Ngah CUMI (puppet rama-rama) dan Wazata CIKI (puppet monyet). Kadang-kadang Nek Ngah ambil bahagian bercerita dan buat kerja-tangan. Walaupun bayarannya tak seberapa, Nek Ngah seronok dapat pergi petang-petang ke Angkasapuri dan 'keluar' kat TV setiap hari Isnin jam 5.00ptg. Pun di buat 26 siri dan diulang bila dah tamat.
Dengan dua rancangan tu, nama "KAK N" pun jadi popular. Hoi. . ada peminat lak. . Satu kali tu Nek Ngah nak beli bunga kat gerai penjual bangsa Cina. "Nya, ni berapa ringgit?" Penjual tu tak pandang Nek Ngah. Dengar je suara Nek Ngah, dia angkat kepala dan cakap, " Aiiyah . . lu itu kat TV kah? Gua anak manyak suka sama lu loh." Hee, hee . . geli hati Nek Ngah. Masa dalam kapal terbang nak buat umrah pertengahan 1980 dulu, seorang pramugara tiba-tiba datang kat Nek Ngah dan tanya samada Nek Ngah "KAK N". Nek Ngah tak cakap apa-apa pun. Dia tenguk senyuman Nek Ngah, dia dah agak dah. Rupanya dia peminat! Bila nak turun kapalterbang, dia beri Nek Ngah satu beg penuh 'goodies' buat bekalan di Mekah nanti. Dan juga masa lain dalam Masjidil Haram, ada mak aji-mak aji dari Gombak tegur Nek Ngah. "Ini KAK N kan?" Padahal Nek Ngah pakai telekung. Rupanya dia orang pun recognise senyum Nek Ngah. Peminat lagi . . walaupun orang dewasa! Alhamdullillah . . Bila Nek Ngah ke Kota Bharu pun, ada kanak-kanak berlari-lari suka tenguk KAK N. Banyak lagi kenang-kenangan manis Nek Ngah dikenali sebagai KAK N. Yang terakhir masa buat Haji yang lepas, di Miina. Masa duduk-duduk berehat bawah khemah,, seorang adik Aji yang tempatnya seiring Nek Ngah, sapa Nek Ngah sambil tanya betul ke ni KAK N? Dia dengar suara Nek Ngah je. Namanya Cikgu Hjh. Zarinah dari Johor. Katanya masa dia kecik-kecik dulu memang minat pada KAK N. Laaa . . dah berpuluh-puluh tahun berlalu masih ada yang ingat dan boleh cam pada character KAK N ni. Syukur Alhamdullillah . . .
Terima kasih Allah . . . Masih ada yang ingat . . . .
Salam Kak N,
ReplyDeleteTerimakasih kerana menghiburkan kami kanak2 generasi tahun 70an dulu. Cumi, Ciki, Bad, Cik Tam & Abang Joe memang tak boleh dilupakan. Walaupun usia dah 45 tahun, memori membesar bersama bersama Cumi & Ciki tak kan hilang. "Adik2 kawan semua, bermain dan bercerita, riang ria gelak ketawa .. sama kawan Cumi dan Ciki.."
Mazni, terima kasih Mazni upload kat You Tube tu. Ramai bertanya kot-kot Kak N ada simpan recording Cumi Ciki tu. Maklumlah zaman dulu kan, tape yang ada tu dah berkulat! Sayang sekali. Kak N terharu sangat masih ada yang ingat. Semoga Allah berkati anda dan keluarga.
ReplyDeleteHello ni kak N ka????? Kak N!!!!!!!! Saya suka kak N❤️
ReplyDelete