Hari ni hari cuti Deepavali, elok lah juga ambil kesempatan adakan majlis kenduri kahwin . . budak sekolah dan orang ramai cuti kan?
Hj. Leman & Hjh. Nor towkay Leman Car Wash tu meraikan persandingan anak ke-3 mereka dak Farid tu (Farid yang ada kedai carwash kat Peringgit Jaya tu, Lang). Pergi dengan Mami Hasni, Tijah, Asmah Sharif dan Azlan. Ramainya orang, ialah kan Leman ramai kenalan . . orang business lah katakan. Hidangan nasi ayam, rojak petis (best) & kueh-mueh. Contract makan si Ketat lah, who else. Jah ngan Asmah makan apa yang dia orang tolong masak pagi tadi. Hee . . hee . . Ada kumpulan berzanji lagi . . Ok lah nak tunjukkan gambar yang NN sempat ambil ngan hand phone tadi :
|
Kad jemputan macam hand phone! |
|
|
Pengantin tiba dengan kereta vintage, style lo! |
|
The handsome couple | |
|
Why pengantin always so pretty? |
No comments:
Post a Comment