Tuesday, June 26, 2012

MENYUSUR PANTAI TRENGGANU

Hujung minggu sudah, Nek Ngah bawa rombongan 30 ahli LKPIM Melaka Tengah ke Kota Bharu dengan menaiki bas sewa. Tujuan ke Kota Bharu, apa lagi . . . shopping lah kan . .  sampai ke Rantau Panjang. Tapi yang lebih utama, Nek Ngah telah aturkan malam Qiamullail di tempat kami menginap pada malam Isnin tu. Alhamdullillah, Nek Ngah dapat bantuan daripada "adik-adik" di KB untuk mendapatkan Ustazah tempatan yang berpengalaman untuk memimpin kami para musafirah dari Melaka untuk Qiamullail. Di sini nak ucapkan berbanyak terima kasih lah kepada Ma dan Mah kerana banyak memudahkan urusan Nek Ngah.



Dalam perjalanan balik, ikut pantai siang hari. Tentulah menyusur pantai Tengganu. Amboi . . Nek Ngah tenguk sepanjang perjalanan  banyak gerai-gerai menjual bermacam-macam oleh-oleh dan makanan. Pertama sekali kami singgah di LOSONG - gerai jual keropok lekor fresh & satar ikan (kegemaran Nek Ngah). Tuan punya kedai pulak tu bagus strategi dia - dia jamu clients dengan produk dia sebanyak-banyaknya. Makan lah puas-puas, rasa lah keropok lekor panas-panas serta cicah sosnya . . . rasalah satar yang dicucuk 5 sebatang .... panas-panas gak. Benda free kannn  ..  sedap pulak tu. Business dia pun laris. Ramai ahli rombongan membeli kupuk lekor dan satar bawa balik untuk keluarga di Melaka.





 Kemudian tak jauh berjalan lagi, berhenti di gerai jual 'ROTI PAUNG'. Wah canggih gerai kecil tu, tempat pembakarnya moden dan bersih. Roti panas-panas laris dikebas! Bermacam-macam roti ada - kelapa, kaya, kacang, jagung ... lembut je. Sedap makan sama kopi panas! Nek Ngah terpikir - apa tu "PAUNG". Adakah "Pound" dalam Bahasa Inggeris yang di Tengganukan jadi "Paung"? Siapa boleh jelaskan? Apa-apa pun, memang sedap.

Gerai "ROTI PAUNG"
Nak yang mana?
 


 
 
Tu lah nak cerita kali ni - satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan.

2 comments:

  1. Kalau dah sampai ke KT sepatutnyalah singgah kepondok kami.

    ReplyDelete
  2. Lah . . Pakcik! Rombongan Cik Kiah satu bas! Lain kali, insya Allah. Jom jalan ke Melaka Bandaraya Bersejarah - Pakcik & Ning. You know who'll be waiting here!

    ReplyDelete