Thursday, November 17, 2011

SUKANEKA CERIA

Selepas Zohor tadi, Nek Ngah menghadiri Sukaneka Hari Keluarga Rumah Anak Yatim Fatimah Zaharah anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, Negeri Melaka. Hari panas terik, namun peserta-peserta kelihatan sangat teruja dengan aktiviti-aktivit yang dianjurkan. Bukan anak-anak, ibu-ibu (bapa tak hadir?) bahkan ahli-ahli LKPI warga emas turut bersemangat - orang putih kata "let your hair down"! Nek Ngah tak lah . . dek sebab kurang sihat, duduk je bawah khemah. Tengah mereka syok-syok tu, tiba-tiba hujan turun. Hmmm . . tak kisah berhenti sekejap. Bila dah reda, sambung balik.

Puan Sri Datuk Hjh. Zabedah diperkenalkan kepada anak-anak sebelum Sukaneka bermula. "Kain batik ni nak buat ape?"

Ngap, ngap, ngap . . . Pertandingan makan epal. Teruknya!

Belon aku lebih besau . . .

Ah . . yang penting . . Kerjasamaaaa!

Apa hal pulak ni . . main bola pakai kain! Ada aku kisah . . .

Aii Makcik, stylo sakan main bowling buah kelapa tu! Steady lah nyonya!

Makcik dan Nenek berebut kerusi . . Lain kali bawa kerusi sendiri, ok?

Yang ni lak pertandingan Mengannyam Ketupat. Serius je, mak? Biasalah tuuu . .

Ni kena dera ke, Pakcik?

No comments:

Post a Comment