Pagi tadi Nek Ngah gi Klinik Mata nak periksa mata yang makin kabur ni. Kat depan kaunter tu Nek Ngah tertarik dengan rekaan yang cantik berwarna warni atas lantai. Nek Ngah taulah nama rekabentuk tu ialah "KOLAM" hasil rekaan keturunan India untuk majlis atau perayaan khas. Ini kan nak Deepavali! Jadi Nek Ngah diberitahu, seorang pekerja India klinik ni telah minta anak lelakinya buat 'kolam' ini sebagai hadiah untuk doktor dan klinik. Biasanya kalau diupah mau kena RM200 - RM300. Rekabentuk ini bertemakan burung merak dan dibuat kesemuanya dengan beras berwarna-warni. Sungguh teliti hasilnya, sikit warna tak lari masuk kawasan lain. Dia orang beritahu, artis tu tak buat garisan awal pun. Sungguh menakjubkan . . .
Kepada rakan-rakan yang menyambut Festival of Lights ni, diucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI, 1 MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment