Monday, July 15, 2013

SOLAT TARAWIKH JARAK JAUH


Masya Allah... ramainya jemaah!



Ini baru buat ni.. untuk apa ya? 
Biasanya azam nak bangun jam 2.00 pagi nak tonton siaran langsung solat tarawikh dari Masjid Al-Haram, Makkah... tapi tak terjaga-jaga. Tetapi satu malam tu dah lah tidur lewat, 12.30 gitu, tiba-tiba mata terjaga. Ingatkan dah nak Subuh.. rupa-rupanya baru jam 2.00 pg.! Ni mesti Allah yang bangunkan ni... tak ngantuk lak tu... so Nek Ngah pun 'on' kan TV saluran Oasis 9, sempat tenguk solat Isyak (kat Makkah waktu tu jam 9.10 malam) pas tu tunggu kejap, dapatlah tenguk solat tarawikh. Alhamdulillah... Terus ambik kamera dan rakamkan beberapa shot dari TV at the same time semak bacaan Imam dari Al-Quran. Puasnya rasa hati ini. Syukur.. terima kasih Allah. (Besok malamnya nak bangun tenguk siaran langsung.. tak bangun-bangun!)

Cantiknya pemandangan...
Pembangunan masih dijalankan keliling Baitullah
Dapat tenguk Imam close-up!

Friday, July 5, 2013

JIKA ADA TEMPAT SIMPAN KOLEKSI....



Menghala ke pintu masuk Galeri
Wow! Tentu seronok kalau ada ruang untuk simpan dan pamerkan koleksi barang-barang yang dikumpul sepanjang hidup kita kan? Bolehlah kita menikmati nya dan refleksi kenangan-kenangan indah apabila melihat bahan-bahan tersebut. Kira macam Muzium lah atau pun Galeri. Nek Ngah berpeluang pagi tadi melawat satu Galeri peribadi seseorang yang terkenal di Melaka ini. Terima kasih kepada Daruk Seri yang telah membenarkan Nek Ngah menjenguk sebentar ke Galeri beliau. Walaupun pintu Galeri berkunci semasa Nek Ngah dan adik tiba, beliau meminta pekerjanya bukakan untuk kami melihat. 
Sudut zaman remaja
 

Thursday, July 4, 2013

BELAJAR MEMASAK SEMASA KELAS AGAMA!




 Biasanya pada hari Rabu pertama setiap bulan, Ustaz Ismal, Imam Besar Masjid Selat, Melaka akan menyampaikan kuliah Hadis kepada Kumpulan kami. Tapi semalam, Rabu 3/7/2013, Ustaz tiba dengan membawa segala peralatan dan bahan untuk membuat Demo cara masak Nasi Arab! Ustaz kata memasak juga adalah salah satu sunnah Rasullullah s.a.w. Dengan mengadakan aktiviti seperti ini, kata Ustaz lagi, akan dapat menarik lebih ramai jemaah untuk hadir. Sambil-sambil menyediakan masakan itu Ustaz boleh selitkan tazkirah dan nasihat. Betul juga kata Ustaz tu. Ini juga satu cara dakwah yang boleh menarik ramai jemaah. Tambahan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak nak jenguk kita tak beberapa hari lagi. Elok juga belajar sesuatu yang bermanfaat, kan. Ustaz Ismal memang sudah lama tinggal di negeri Arab. Jadi beliau bolehlah dikira pakar dalam masak-memasak Al-Arabia! Terima kasih Ustaz!!!

Ustaz menerangkan bahan-bahan yang diperlukan
Ustaz menunjukkan cara-cara persediaan
Pastikan periuk ditutup rapat
Ini dia hasil Nasi Arab .. .  sedapnya!