Friday, May 25, 2012

RAIKAN KESYUKURAN


Baru balik dari makan-makan di P...H... NL belanja makan malam. Suka bila dapat duduk sekeluarga begini satu meja, ketawa, bergurau, bercerita. Susah juga nak kumpulkan semua ahli, tadi tak dapat hadir Tok Shau (kerja out-station) dan Nek Yan (tak sihat). NL kata "orderlah apa nak". Apa lagi, macam-macamlah kita minta. Thank you Nek Lang! Dan . . . "Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun. Semoga diberkati umur, murah rezeki dan diberi kesihatan berpanjangan. Amin."

Tuesday, May 22, 2012

AHLAN WA SAHLAN, YA RAJAB!

 http://shafiqolbu.wordpress.com

Bersiap-sedialah untuk kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Ya Allah, berkatilah kami bulan-bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. 
AMIN.
 
Puasa tak hari ni?

Monday, May 21, 2012

KREATIVITI

Teringat dulu masa mengajar Pendidikan Seni kat MPIK. Yang selalu Nek Ngah tegaskan kepada pelajar-pelajar Nek Ngah ialah "KREATIVITI". Apa benda tu, Nek? Maknanya sesorang itu haruslah keluarkan idea ciptaannya sendiri, tidak meniru. Bukan meniru tu tak baik . .. Bayi yang baru lahir, dia belajar melalui meniru. Itulah naluri semulajadi manusia. Tapi lama-lama dia menghasilkan sesuatu yang tersendiri - cara bergerak, bertutur dan sebagainyalah. Kalau kita ambil yang sedia ada, kemudian kita ubah sini-sana, itu dipanggil "INOVATIF". 

Bukanlah Nek Ngah nak beri lesson tentang "Kreativiti" di sini, tau. Pagi tadi Nek Ngah ke kedai Fotostat tak jauh dari rumah. Masuk saja ke kedai tu, Nek Ngah terpandang di atas meja satu gubahan hantaran belanja pengantin. Belum siap lagi, kata si tuan punya. Nek Ngah tertarik dengan "kreativiti" dak Sheeda tu (tu nama adik kat kedai tu) yang telah menghasilkan gubahan tersebut. Sheeda beritahu dia gunakan bekas gelas  yang terbuang. Kemudian dia hiaslah dengan tali temali dsbnya. Maknanya otak Sheeda berjalan mencari jalan mempelbagaikan guna bekas kaca tadi. Nek Ngah ucapkan tahniah kepada Sheeda atas usahanya itu. Itulah dia "kreativiti".


Kenalkan . . . ini dia Sheeda.
 
Dan inilah hasil ciptaan Sheeda

Saturday, May 19, 2012

MAJLIS ILMU

Pagi tadi Nek Ngah menghadiri Forum Perdana anjuran bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, Alor Gajah dan Kelab Warga Emas Alor Gajah. Bila sampai, kelihatan ramainya orang hadir . . . sampai melempah-lempah ke luar Dewan. Acara di adakan di Dewan Besar Masjid Daerah Alor Gajah. Patutlah ramai orang kerana penceramah-penceramah yang dijemput yang best-best yang orang suka tenguk. Ada Ustaz Dzulkarnaian yang mengalun-alun suaranya berzikir di Astro, ada Imam Muda Mohd Fakhru, juga ada Ustazah Pilihan Firuz Akhtar. Semua personaliti memang selalu nampak kat TV Oasis Astro. Perbincangan pun hangat dan menarik hati, terutama Ustaz Dzul yang pandai menarik hati penonton.

Bila-bila ada kelapangan tu, kita haruslah hadiri Majlis-majlis Ilmu seperti ini supaya mendapat berkat dan menghampirkan diri kita kepada Allah. Kena selalu beringat!

Ini Ustazah Pilihan Firuz Akhtar

Ini pula Imam Muda Fakhru & Ustaz Dzul

Friday, May 18, 2012

HOBI MEMBACA

Dari kecil lagi Nek Ngah memang suka membaca. Tambahan pula arwah Bapak mempunyai kedai buku. Kami sekeluarga tinggal di kedai - di tingkat atas. Macam-macam bahan bacaan ada ; majalah hiburan (yang popular zaman itu "Gelangang Filem"), majalah Wanita, Mustika tulisan jawi, surat khabar (Utusan Melayu - Nek Ngah belajar baca tulisan jawi dari sini, tapi tak tahu mengeja atau menulis jawi!), Straits Times, Malay Mail, buku-buku komik dan macam-macam lah. Tapi Nek Ngah suka sekali baca buku-buku terbitan dari seberang - cerita kanak-kanaknya, buku-buku Pak Hamka seperti "Tenggelamnya Kapal Van Dyke (heh betul ke tajuknya . .. dah lupa lak!), "di bawah Lindungan Kaabah", buku-buku Pak Hamka yang berlatar-belakangkan tanah Minang memang jadi kegemaran. Juga buku favorite Nek Ngah "Tiga Beradik di England" tak ingat pengarangnya, "Aku di Sebuah Pulau" ahhh . . banyak lagi. Kan senang? Tak payah beli, duduk dalam kedai, buka buku baik-baik supaya tak comot, dah habis letak balik kat rak tu! Ada juga buku yang dibeli terutamanya majalah dan buku kanak-kanak yang dibeli dari Lim Brothers berhampiran seperti Jack & Jill, Beano, Buku series Noddy dan Enid Blython. Buku bahasa Inggeris Nek Ngah yang pertama ialah "Noddy Goes to Town" - ingat lagi! Sampai sekarang pun hobi membaca ni berterusan. Dulu suka baca novel fiction. Sekarang Nek Ngah suka baca buku dan majalah Agama. Dalam almari dan dalam stor ada bersusun-susun buku, dalam bilik tidur pun banyak buku. Walaupun bahan bacaan boleh didapati melalui media elektronik terkini, Nek Ngah lebih suka pegang buku dan membelek helaian-helaian kertas. 

Ini buku Nek Ngah sedang baca sekarang.

JOM KITA BACA!

Wednesday, May 16, 2012

16 MEI

GURU DULU, KINI & SELAMANYA!

YANG PENTING . . KERJASAMA!

Bila pulang dari mengajar tengahari tadi, Nek Ngah terpandang sepasang Hawa & Adam sedang sibuk buat apa ntah di bawah pokok sebambu di tepi pagar tu. They looked so 'cute", jadi Nek Ngah pun lari dapatkan kamera untuk merakamkan aksi mereka. Rupa-rupanya TL & NL yang baru balik dari Kuantan dah mula senseng lengan membetulkan apa yang tak betul. Hee . . hee .... Pokok sebambu tu sebenarnya di luar pagar, tapi dahan dan daun-daunnya dah melambai-lambai masuk ke kawasan rumah. Masa Nek Lang tak ada, Nek Ngah dah 3 kali menyapu dan membuangkan daun-daun yang lebat berguguran. Memang tak kemas langsung nampak pokok tu! So TL & NL berkerjasama, bantu membantu mencantas dahan-dahannya. Begitulah hendaknya . . yang boleh panjat tangga, panjatlah! Yang boleh kaup-kaup dahan dan daun kat bawah tu, buatlah. Akhirnya pokok tu nampak 'fresh' dan bersih. Terima kasih TL & NL!

TL : "Tarik dahan tuuuu . . .!"

 NL : "Yalahhhh . . tarik lah ni . .!"

Pandai ke gergaji tu?

 Pokok : "Ahhh.. barulah rasa lega! Lemas tadi!"

Saturday, May 12, 2012

MESYUARAT AGUNG PERKUMPULAN PEREMPUAN

Petang tadi Nek Ngah attend Mesyuarat Agung Perkumpulan Perempuan Daerah Melaka Tengah, mewakili Persatuan Nek Ngah, Cawangan Bukit Baru. Nek Ngah masuk Pertandingan Jahitan antara 12 cawangan yang ada. Cantik-cantik jugalah yang dari cawangan-cawangan lain tu. Akhirnya Nek Ngah bersyukur kerana dipilih menjadi Johan dalam Pertandingan Jahitan Table Runner tu. Syukur . . sekarang Nek Ngah mewakili Daerah Melaka Tengah untuk ke Peringkat Negeri pula. Tapi jahitan sarung cermin mata Nek Ngah tu tak dapat tempat apa-apa, mungkin tak de rezeki.

Antara yang bertanding. Yang mana Nek Ngah punya?

Teka yang mana Johan, tempat kedua dan Ketiga?


Nek Ngah senyum gembira. Terima kasih, Datin!

Thursday, May 3, 2012

PUNYALAH TAK SEDAR . . .

Assalamualikum!


Ya tak ya! Baru kejap tadi Nek Ngah perasan kat sebelah kanan blog ni ada ruang "MEMBERS". Rupanya ada yang mengikuti blog Nek Ngah! Nek Ngah tak perasan pun, maklumlah kan pangkat pun "Nenek"!  Terima kasih ya,  sudi singgah ke sini.

Sebakul bunga untuk anda.

Tuesday, May 1, 2012

CUTI HARI PEKERJA YANG SIBUK


Kepada semua "pekerja" Nek Ngah ucapkan "Selamat Menyambut Hari Pekerja" pada 1 Mei 2012. Pagi-pagi lagi Nek Ngah, Shau, Yan dan 2 anak muda Johari telah bertolak ke pinggir Kay El. Utamanya nak tenguk :


1) PAMERAN "RAJA KITA" di Istana Negara yang lama.

2) PAMERAN PINTU GERBANG di Muzium Negara, K.L.

3) Sambil-sambil tu pi tenguk mana "rumah Agung" yang baru.

Hmmm . . penat jugaklah kami meround. Panas terik pulak tu. Especially kat Istana lama tu. Orang pun, mak oiii, punya lah ramai . . betul-betul 1 Malaysia! Dengan babynya, kanak-kanak menjerit-jerit, yang muda yang tua, semua berasak-asak dalam ruang Balairong yang terhad tu. Lawatan ke sana betul "let-down" bagi kami. Kami ingat sekarang bolehlah round-round tenguk tempat tinggal Agung - opis dia ke, bedroom dia ke, dining hall dia, ya lah everyday life Agung & Permaisuri. Tapi Pameran hanya di ruang Balairong. Tak luas rupanya ruang Balairong tu. Kat TV nampak macam besau;. Yang dipamerkan selain pakaian rasmi Agung & Permaisuri, pingat-pingat dll, poster-poster mengenai sistem Agung. Dalam ruang tu, semua rakyat berhimpit-himpit, dengan camera lagi, sibuk posing. Air cond ada tapi tak berfungsi sangat pasal orang ramai. Well at least Nek Ngah dapat tahu yang ruang balairong tu kecik aje.
 Di Balairong Istana

Dari sana kami ke Muzium Negara nak tenguk Pameran Pintu Gerbang a.k.a pintu masuk rumah orang Melayu dulu-dulu, especially di Kelantan. Hahh . . kat sini baru puas hati, orang tak ramai, sejuk aje round-round, artifactnya best-best. Tak rugi pi tenguk. Lepas tu pi lunch kat Kafe Muzium - pun best makanan dia dan harganya pun berpatutan.

 Salah satu pintu yang berukir-ukir

Sebelum balik, Shau bawa kami singgah ke Istana Negara yang baru tu - kat Damansara. Wah . . sungguh luas kawasannya, tapi panas sebab belum ada pepohon membesar lagi. Tourists luar negara pun ramai berpayung-payungan. Nek Ngah pon posinglah macam tourist gak!

Gambar-gambar ada Nek Ngah postkan kat facebook. Nanti ada kesempatan Nek Ngah upload di sini, ok?