Saturday, December 31, 2011

Friday, December 30, 2011

TAHNIAH!

Hari yang ceria, hari terang benderang, hari yang gembira, hari detik bersejarah. Bagi Azlan (nephew) dan pasangannya, As. Nek Ngah turut bergembira dan terharu. Hari ini, jam 10.45 pg mereka telah selamat dinikahkan di rumah As di Merlimau. Selamat Azlan dan As, semoga diberkati Allah dan kekal jodoh dan dikurniakan kebahgiaan berumah-tangga dan juga didoakan dikurniakan ramai zuriat yang soleh dan solehah. Aminnn.

Hari ini dalam sejarah

Wednesday, December 28, 2011

RESPECT LAH!

Umur mereka pertengahan 80an, usia emas benau-benau . . .sihat alhamdulillah dan masih tajam akal. Mereka pasangan suami isteri, pelajar-pelajar kesayangan Nek Ngah. Al-maklum . . . dah banyak umur pun namun masih mahu belajar dan "mentadabbur" (mengkaji makna) Al-Quran. Seminggu sekali ( walaupun masa cuti sekolah) Nek Ngah akan ke rumah mereka dan disambut dengan senyuman dan semangat untuk belajar. Dengan tangan yang yakin, akan bersungguh-sungguh menulis setiap perkataan Surah dan terjemahannya sekali, berebut-rebut untuk membacakan tulisan mereka kepada "Ustazah"nya.

Mereka ialah Datuk Hj. Abdul Majid (Nek Ngah panggil "Pak Aji") dan isteri kesayangan Datin Fatimah Sameon (Nek Ngah panggil "Mak"). Muka mereka berseri-seri dan bersih walaupun Mak jalan bertongkat dan Pak Aji berkerusi roda, mungkin kerana sentiasa mendampingi kitab suci Al-Quran, Allah beri keceriaan dan kesihatan. Ya Rabbii! Nek Ngah doakan semoga umur kedua-dua mereka diberkati Allah s.w.t.

"Ya Rabb . . sekiranya aku sampai ke umur Mak dan Bapak ini, insyaAllah, masih bolehkah aku jadi seperti mereka. . masih mahu menuntut ilmu Al-Quran dan menjadi insan yang berguna kepada insan yang lain?"

Thursday, December 22, 2011

ANUGERAH

".... hello, hello . .. hmm . . terima kasih kepada peminat-peminatku, mereka yang telah mengundi saya, kepada mak, bapak, saudara mara, kawan-kawan . . . ahh . . saya tak sangka . . "
Alahai Nek Ngah apa lak ni membebel macam dialah yang terima Trofi tu. Hee, hee . . Nek Ngah acah je . . Sebenarnya trofi ni milik . . .

. . . Tok Shau, adik Nek Ngah

Tok Shau kerjayanya ialah Pemandu Pelancong, dekat lebih 25 tahun dalam bidang ini. Baru-baru ni Shau telah mendapat award "Best Tourist Guide 2010-2011" pangkat Excellent. Wow . . Tahniah, tahniah. Dari seluruh Malaysia tau . . Terujanya hati Shau! Ialah kerja keras dan kreativiti dia telah dapat pengiktirafan. Kadang-kadang Nek Ngah jealouslah juga dengan kerja dia - yalah dapat pergi ke banyak tempat, ke kota besar, bandar kecil, ke hutan, ke gunung, ke pulau, naik kapal laut, kapal terbang. Duduk hotel best-best, dapat rasa pelbagai jenis makanan, free pulak tuuu . . Dapat mengenal orang tempatan dan luar negara. Hmm . . tapi di sebaliknya . . kenalah banyak bersabar dan kuat kudrat - nak layan pelbagai jenis manusia, angkat bagasi yang berat-berat, kadang-kadang kena marah pulak tu. Heh . . yang bab ini lah Nek Ngah tak sanggup. So Nek Ngah tabik pada Tok Shau kerana dia boleh hadapi semua ini dan LIKE pula tu ke mana saja dia pergi.

Tahniah sekali lagi pada Shau dan tak lupa juga pada Yan (isteri), anak-anak Azlan & Azizi kerana memberi sokongan selama ini pada kerjaya bapa mereka. Semoga rezeki diberkati Allah selalu. Amin.

Akhbar "Melaka Hari Ini" 23/12/2011
Tahniah MELAKA!!!

Monday, December 19, 2011

MALAM BABA NYONYA

Malam tadi Nek Ngah menghadiri Majlis Makan Malam sempena Festival Antarabangasa Baba Nyonya 2011 anjuran kerajaan Negeri Melaka bertempat di sebuah hotel terkenal. Masyarakat Baba & Nyonya (PERANAKAN) memang terkenal di Melaka ni. Ramai kawan-kawan sekolah Nek Ngah dulu keturunan ini - Lan Neo, Swi Neo, Pheng Neo, Geok Neo. "Neo" tu gelaran untuk anak perempuan. Nek Ngah suka dengar bahasa yang mereka gunakan - campuran Melayu, Hokien dan Inggeris - paseh, ipeh, tikeh, beseh, binjeh, lanteh, pageh, apa kabeh, selueh, gua mia, dia mia. (Pasar, ipar, tikar, besar, binjai, lantai, pagar, apa khabar, seluar, saya punya, dia punya).Makanan mereka pun banyak dipengaruhi oleh budaya Melayu. Lebih kurang 500 tahun dahulu pendatang-pendatang dari China berkahwin dengan orang tempatan dan terhasillah masyarakat PERANAKAN ni.

Sempat bergambar dengan Bibik Kim Neo a.k.a Kenny Chan.



ALAHAI BR1M . . .

Preet, preet . . Alahai siapa lak tu kat gate? Jenguk . . oh si Rene, pekerja di Maktab, kenalan lama atas motor setia dia. "Ada apa, Rene?" "Kak dah isi Borang Bantuan Rakyat, lom?" "Alah Rene, akak tak kisah." "Kak, hantarlah borang Kak, ni saya ada bawa satu untuk Kak. Mana tau, rezeki akak, dapat juga RM500 tu. Kalau dapat baguslah, kalau tak dapat tak pe kan," hujjah Irene. Hmm . . memikirkan usaha rakan bersusah paya mencari kita yang dah lama tak berjumpa, Nek Ngah pun fikir layanlah juga kehendak dia tu.

Pagi tadi Nek Ngah pi lah ke pejabat LHDNM untuk menyerahkan borang yang telah lengkap dipenuhkan. Alamak . . . ramainya rakyat di sina! Nek Ngah pun ambil nombor giliran :

Kenalah sabar menunggu pasal masa tiba sana nombor giliran 1435. Hmm . . Nek Ngah perhati keliling, perhatikan muka-muka harapan pemohon-pemohon - yang tua, yang muda, dipimpin, bertongkat, bawa anak kecil, bawa anak besar. Macam-macam gelagat! Terfikir Nek Ngah camna kerajaan nak melayan beribu-ribu pemohon di Malaysia ni. Hai . . . tak nak peningkan kepala lah. Serah je Borang BR1M . . .

Sunday, December 18, 2011

KHATAM AL-QURAN ALA MELAKA

Tahniah! Mereka dua orang kanak-kanak yang sangat beruntung. Kakak dalam Tahun 5, si Adik Tahun 3. Dah khatam al-Quran. Berapa ramai orang dewasa dah khatam, pada usia muda pulak tu! Nenda mereka, kawan Nek Ngah, telah mengadakan satu majlis besar-besaran untuk mereka. Pakaian mereka ditempah khas ala-pengantin, ada pelamin yang cantik. Siap berarak diiringi kumpulan kompang lagi. Bacaan al-Quran mereka sangatlah dipuji, tahniah kepada Ustazah yang mengajar mereka - makhraj, hukum tajwid semuanya tepat. Suara lunak dan menambat hati. Bila mereka membaca doa khatam, kakak baca dalam Bahasa Arab, adik baca terjemahannya, Nek Ngah fikir setakat mana anak-anak ini menghayati maksud doa tersebut. Semoga mereka akan kekal menjadikan al-Quran teman mereka sampai bila-bila. Amin.

Berarak masuk ke rumah Nenda

. . .diiringi Kumpulan kompang

Kakak dan adik menyampaikan bacaan di atas pelamin

Rakan-rakan berkumpul di hadapan menumpukan perhatian

Saturday, December 17, 2011

SEPAGI DENGAN GENDANG JEPUN

Sabtu, 17 Disember 2011, jam 11.00 pg.
Majlis Perasmian Cetakan Kayu Jepun
dan
Foto-foto Kebudayaan Jepun
di
Perkarangan Muzium Melaka


Wednesday, December 14, 2011

KETENTUAN ALLAH

"Tidak akan dilewatkan atau disegerakan ajal seseorang itu bila sampai tempohnya" demikian maksud firman Allah. Nek Ngah terperanjat bila dapat tahu awal-awal subuh tadi perginya seorang teman rapat Nek Ngah. Kerana baru 2 hari lepas kami bergurau dan bergelak ketawa di majlis meraikan perkahwinan di Kuala Lumpur. (Lihat posting sebelum ini). Tiba-tiba dapat berita Allah menjemputnya dahulu. Beliau pergi dengan tenang dalam tidurnya. Namun Nek Ngah pasrah qada' dan qadar Allah. Semoga rohnya diberkati dan ditempatkan bersama as-salihiin. Amin.

"Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi" - Rabbani

I will miss you, Tam!

الْفَاتِحَةُ

Tuesday, December 13, 2011

KAWAN LAMA PUNYA PASAL

Dengan Salimah, emak pengantin lelaki

Dengan Saadiah, teman mesra sejak mula mengenal MPIK 1973

Pengantin
Tempat : Dewan Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
Tarikh : 11 Disember 2011
Masa : 9.00 malam

Sunday, December 11, 2011

FENOMENA ALAM

Lepas solat maghrib n ngaji malam tadi, Nek Ngah keluar ke laman rumah nak tenguk bulan. Tapi tak nampak . . . pasal banyak awan gelap, macam nak hujan, angin pun kuat. Terdengar suara azan Isyak dari surau berdekatan . . Allah . . . TIBA-TIBA awan terselak macam langsir dan terjelma cahaya bulan! Betullll . . . Ma shaaa Allah! Seolah-olah bulan nak buat satu persembahan untuk kita yang melihatnya. Nek Ngah pun bergegas panggil Nek Lang keluar ke laman.

Langit clear betul. Nek Lang bawa binoculars (teropong) dia. Tau tak, kami tak bergerak dari laman (masuk jap untuk solat Isyak) asyik menengadah ke langit. Langkah demi langkah nampaklah bulan makin di seliputi bayang-bayang bumi. Sehinggalah jam 10.00 malam lebih kurang bulan kelihatan macam permata merah jambu. Kami masuk untuk solat sunat gerhana bulan berjemaah. Syukur kepada Allah, dapat peluang menyaksikan satu lagi fenomena alam. Lepas tu bila Nek Ngah keluar ke laman . . . dah tak nampak langsung bulan! Gelap betul! Lama kelamaan bayang-bayang dunia mula beredar. Puasnya dan bersyukur . . .

Berbaring pun bolehhhh . . . .

Saturday, December 10, 2011

TANDA KEBESARAN ALLAH

Jangan lupa malam ini 10 Disember 2011 akan terjadi GERHANA BULAN PENUH! Katanya sebaik saja matahari terbenam dan berlarutan hingga ke lewat tengah malam. Pastinya jam 10.05 mlm hingga 10.57 mlm. Ini sunat yang dituntut -sekiranya tak berjemaah di masjid, boleh juga lakukan bersendirian di rumah. Nek Ngah ingat nak buat kat rumah lah pasal Nek Ngah takut keluar malam! Nak tahu cara mengerjakan solat gerhana, bolehlah rujuk di internet. Banyak posting boleh rujuk. Oleh itu, malam ni jangan pi pasar malam ke, shopping ke, "Satu daerah satu produk" kat MITC Ayer Keroh. Beri masa untuk Allah, hayati keagunganNya.

اللَّهُ أَكْبَرُ

مَا شَآءَ اللَّهُ

WARGA EMAS PI KURSUS

Bangunan RISTEC tempat berkursus

Nek Ngah baru balik dari Kursus. Ya . . ingat dah masuk era ni, tak ada lagi nak hadir kursus! Duduk hotel 3 hari 2 malam di Port Dickson dari 7hb hingga 9hb Disember. Terima kasihlah pada pihak penganjur - RISDA KL & LKPIM Negeri Melaka yang telah beri peluang kepada Nek Ngah ni. Tajuk kursus ni "Kursus Kesejahteraan Hidup Dunia dan Akhirat" khas untuk warga emas macam Nek Ngah lah ni. Selain dari ahli-ahli LKPI Negeri Melaka, turut hadir ahli-ahli Puspanita RISDA KL.Penganjur telah mendapatkan pakar-pakar dalam bidang agama, motivasi dan kesihatan yang telah mencurahkan ilmu yang sangat manfaat bagi Nek Ngah. Ustaz Hj. Dzul Karnain Hamzah yang popular dari Astro (Kalam Suci, Imam Muda) mengingatkan bahawa tempat orang yang beriman kelak ialah di 'Illiiyun" iaitu tempat bagi Nabi-nabi & Rasul, As-siddiqin, As-syuhadaa' dan as-salihiin. Nampaknya kita yang kerdil ni mampukah ke tempat as-salihiin sekurang-kurangnya. Hmmm . . usahakanlah ye! Dalam serius-serius, Ustaz Dzul pandai menggeletek hati kami dengan cerita-ceritanya yang lucu. Tak ngantuk pun warga emas ni di dewan!

Peluang bergambar dengan Ustaz Dzul

Kemudian Ustaz Dzul Ramli Mohd Razali, pakar Motivasi Pembinaan Insan, pula menyampaikan ceramah bertajuk "Peranan & Cabaran Masa Kini". Nek Ngah nak passkan solawat ini yang Ustaz beri - doa untuk menenangkan hati. Tangan kanan letak di atas dada kiri dan bacalah berulang-ulang :

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى قَلْبِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Lagi satu Nek Ngah tak tahu pun yang "Yathrib" nama lama "Madinah" bermaksud 'demam panas'!


Kemudian penceramah dari MAKNA (majlis kanser nasional) mengingatkan kaum wanita menjaga kesihatan kerana pencegahan itu lebih baik dari berubat.

Penceramah terakhir Ustazah Asni Mansor yang tekenal di Astro juga. Walaupun muda, 36 tahun, tapi ilmunya sangat luas terutama dalam qiraati al-Quran. Baru dapat tahu yang Ustazah Asni bekas pelajar Sharifah Radziah, Telok Mas, Melaka. Dan Ustazah ni juga sangat pandai dalam public speaking sehingga tiada seorang pun hadirin yang ngantuk pada sessi lepas makan tengahari tu. Sempat buat "chicken dance" satu dewan lak tu bila Ustazah tenguk tumpuan warga emas merudum! Kegemaran Nek Ngah lah tuuu . . .

Sempat ajak Ustazah Asni posing

Friday, December 2, 2011

ZAMAN KANAK-KANAK

Petang hujan lebat lagi. "Diiin . . . masuk Diiinnn! Jangan main hujan tuuu!" Nek Lang memanggil masuk cucu kesayangannya. Yalah Nek Lang takut nanti Din demam ke, besok nak main concert.

Terkenang zaman Nek Ngah dan Nek Lang kecik-kecik dulu. Masa tu sekolah rendah lah, baya Iddin ni. Kami tingal di rumah kedai dua tingkat kat Riverside tu. Ni jam kedai tu dah dirobohkan untuk pembangunan. Di bahagian tengah bangunan tu, memisahkan bahagian depan dan dapur, ada "air well". Luaslah juga ruang tu. Jadi bila hujan, air hujan pun mencurah-curah masuk. Nek Ngah pi sumbat saluran longkang, apa lagi . . air menakunglah. Kami pun 'terjun' ke dalam kolam buatan sendiri tu, lalu berenang dan bermandi-manda walaupun air cuma 5 inici dalam. Seronok bukan main. Mak tak marah pun. Hai . . . rindunya zaman tu . .

Lagi satu kenangan manis main air ialah main air longkang depan kedai tu. Heh jangan salah tafsir tau! Masa tu seminggu sekali, Bomba nanti datang gunakan pam airnya cuci longkang tu. Air mencurah-mencurah dari bahagian atas. Hee, hee, hee . . Nek Ngah (selalu jadi gang leader) dan Nek Lang akan masuk ke dalam longkang yang penuh air bersih tu, senseng skirt kami lalu rendamkan kaki sambil merasai air deras yang mengalir. Ketawa berderai-derai. Pakcik Bomba tak marah pun. Syuknya bukan main.

Satu lagi kenangan Nek Ngah, masa tu banjir besar di bandar Melaka. Nek Ngah baru umur 5 ke 6 tahun agaknya, kedai kami di First Cross Street yang sebelah Jonker Walk sekarang. Emak dan Pakcik Nek Ngah bawa Nek Ngah pi tenguk air besar di Kubu, dekat jembatan ke Kampong Jawa sekarang. Di sana air besar. Mereka bawa Nek Ngah dalam air banjir. Nek Ngah masih ingat lagi, Nek Ngah menjerit dan menangis pasal kaki tak cecah ke tanah! Derasnya air tu. Nasib baik Emak dan Pakcik pegang kiri kanan tangan Nek Ngah. Kalau tak, mungkin sampai tu je lah umur Nek Ngah! Gerunnya . . .

Apa-apa pun, zaman kanak-kanak memanglah sangat menyeronokkan. Ia tak akan datang lagi. Nek Ngah bersyukur telah melaluinya dengan begitu gembira sekali.