Wednesday, November 30, 2011

12 Days of Baba Nyonya Christmas - Alvin Oon



Seronok dengar lagu baba-nyonya ni - cincalok, buah keluak, kasut manik, kain sarong, onde-onde, cerki (macam main mahjong) - gelihati . . semua benda typical baba-nyonya punya. Inilah budaya mereka yang ramai di Melaka ni.

Thanks Alice!

Saturday, November 26, 2011

TAHUN BARU AZAM PUN BARU


DAN
SEMOGA UMUR KITA DIBERKATI
AMIIIIIN. . .

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ


Thursday, November 17, 2011

SUKANEKA CERIA

Selepas Zohor tadi, Nek Ngah menghadiri Sukaneka Hari Keluarga Rumah Anak Yatim Fatimah Zaharah anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, Negeri Melaka. Hari panas terik, namun peserta-peserta kelihatan sangat teruja dengan aktiviti-aktivit yang dianjurkan. Bukan anak-anak, ibu-ibu (bapa tak hadir?) bahkan ahli-ahli LKPI warga emas turut bersemangat - orang putih kata "let your hair down"! Nek Ngah tak lah . . dek sebab kurang sihat, duduk je bawah khemah. Tengah mereka syok-syok tu, tiba-tiba hujan turun. Hmmm . . tak kisah berhenti sekejap. Bila dah reda, sambung balik.

Puan Sri Datuk Hjh. Zabedah diperkenalkan kepada anak-anak sebelum Sukaneka bermula. "Kain batik ni nak buat ape?"

Ngap, ngap, ngap . . . Pertandingan makan epal. Teruknya!

Belon aku lebih besau . . .

Ah . . yang penting . . Kerjasamaaaa!

Apa hal pulak ni . . main bola pakai kain! Ada aku kisah . . .

Aii Makcik, stylo sakan main bowling buah kelapa tu! Steady lah nyonya!

Makcik dan Nenek berebut kerusi . . Lain kali bawa kerusi sendiri, ok?

Yang ni lak pertandingan Mengannyam Ketupat. Serius je, mak? Biasalah tuuu . .

Ni kena dera ke, Pakcik?

Friday, November 11, 2011

APA ADA PADA NOMBOR

Hari ni tanggal 11.11.11, sebelas haribulan, bulan sebelas, tahun sebelas. Apa specialnya tarikh ni? Tak de lah. Cuma nampak cantik je bila tarikh lahir kita sedemikian. Tentu ramai orang jadikan tarikh hari ni ada sesuatu peristiwa penting. Misalnya bertunang ke, kahwin ke, nak beranak ke (paksa baby keluar ke?), hari perasmian ke. Yalah senang nak ingat kan?

Pada tahun ni kalau nak tahu ada beberapa tarikh yang cantik :

1.1.11
11.1.11
1.11.11
11.11.11

Dan tahukah anda bulan Oktober baru lepas ada 5 hari Sabtu dan 5 hari Ahad. Biasanya paling banyak 4 hari je. Tu le specialnya tahun 2011 ni.

Saturday, November 5, 2011

SETAHUN DAH BERLALU

لَبَّيكَ اللَهُمَ لَبَّيكَ

Aku menyahut seruanMu ya Allah . . . aku datang ya Allah . . .

Diam tak diam dah setahunlah Nek Ngah gi tunaikan ibadat haji. Cepatnya masa berlalu . . rasanya baru je. Hari ini 9 Dzulhijjah bersamaan 5 November Hari Wukuf di Arafah. Terkenanglah detik-detik kesibukan meninggalkan hotel Janadriyah . . ke padang Arafah . . singgah bermalam dan kutip batu di Muzdalifah . . . 3 hari di Mina untuk melontar 3 Jamrah. Haiiii . . . Ingatkan kawan-kawan, apa khabar mereka sekarang . .

الْحَمْدُ لِلهِ


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

KHEMAH DI PADANG ARAFAH

NEK NGAH DALAM KHEMAH, HAPPY JE . .

SUASANA DI PADANG MUDZALIFAH SINGGAH UNTUK KUTIP BATU

CUKUP TAK BATU KITA, MI?

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
MELONTAR DI JAMRAH

Gambar bawah :
NEK NGAH DAN SAHABAT BARU, HJH ROSNAH
DI PINTU MASUK MAKTAB 73, MINA