Sunday, August 21, 2011

10 HARI TERAKHIR

Berlumba-lumba bersemangat beramal pada baki 10 hari lagi bulan Ramadan Al-Mubarak.

Pagi tadi Nek Ngah hadir di Majlis Khatam Al-Quran anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Bukit Katil di Masjid Ubudiyah,Ayer Keroh Heights. Penuh dewan solat dengan peserta-peserta - 180 orang! Alhamdullillah . . . Kami buat Tadarus dalam kumpulan - seorang baca dan yang lain semak. Begitulah bergilir-gilir. Dapatlah khatamkan 3 buah Quran.
YAB Ketua Menteri Melaka turut hadir untuk merasmikan Penutupan Majlis tersebut. Sebelum bersurai, semua peserta dibekalkan "goody bag" berisi kueh-kueh Raya. Terima kasih.

Begitulah masing-masing berusaha mencari berkat dan pahala. Ya Allah, terimalah amalan kami. Ampunkankanlah dosa-dosa kami sesungguhnya tiada yang mengampunkan melainkan Engkau, ya Rabb. . .

YAB Ketua Menteri Melaka sedang menyampaikan ucapan.

Saturday, August 20, 2011

MASYARAKAT PRIHATIN

Hari ni tanggal 20 Ogos bersamaan 20 Ramadan. Diam tak diam, kata orang tua-tua, dah 20 hari kita berpuasa. Jap aje kan? Tinggal lagi 10 hari terakhir untuk kita sama-sama mengejar dan mengisi tabung amalan kebajikan kita.

Nek Ngah baru balik dari menghadiri Majlis Penyampaian sumbangan Ramadan kepada ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim anjuran LKPIM Cawangan Ayer Keroh. Majlis dimulakan dengan solat tasbih berjemaah. Ramai orang hadir. Syukur, alhamdullillah . . . .

Pada bulan Ramadan lah anak-anak yatim/miskin, ibu-ibu tunggal serta OKU mendapat perhatian sepenuhnya. Terutamanya anak-anak yang diam di Rumah-rumah Kebajikan. Mereka mendapat layanan istimewa . . ya lah . . dijemput berbuka puasa di Hotel-hotel, di rumah-rumah VIP. Syarikat, corporate semua berlumba-lumba untuk menunjukkan keperihatinan mereka terhadap golongan ini . . . dapat 2, 3 pasang baju raya, kasut, beg, duit raya lagi . . Itu dari satu company. Kalau 5 company? . . . Alahai, mewahnya! So much so, ada budak-budak kat rumah kebajikan tu pandang rendah sekiranya mereka diberi makan jamuan nasi putih dan masak asam pedas je yang dihantar ke tempat mereka oleh NGO tertentu. Amboi . . sombong lak! Ya lah mana nak compare dengan makan kat hotel-hotel terkenal tu! Korperat beri duit Raya RM100 seorang, kita beri RM10 je. Where got same?


Whatever . . . Nek Ngah bersyukurlah juga pasal masyarakat Malaysia kita ni masih ada perasaan kasih sayang dan empathy terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Walaupun timbulnya once in a blue moon. Seeloknya jangan tunggu Ramadan je, ok?

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT 10 HARI YANG TERAKHIR INI
dan
didoakan ketemu dengan LAILATUL QADAR.

Friday, August 19, 2011

ALAHAI . . SIAPA PUNYA NI?

Alahaiii . . . Tadi Nek Ngah gi cuci kereta kat kedai dak Leman dekat rumah tu. Nek Ngah masuk ke dalam seperti biasa, menunggu kereta siap dicuci. Pas tu tiba-tiba mata Nek Ngah tertarik kat benda ni. Terus ambik gambar. Hai, budak mana lah yang telah memiliki 'pram' (kereta tolak) mainan ni. Tentu dah lama usia kereta comel ni. Orang berada kah, Nyonya Melaka kah yang ampunya? Bentuknya artistik benau! Ala-ala Eropah . . . Hmmmm . . apa cerita di sebaliknya ek? Hanya Tuhan dan tuan punya je yang tahu . . Sila lah karang-karang sendiri!

Jumpa lagi!

Friday, August 12, 2011

DAH KHATAM

Alhamdullillah . . Alhamdullillah . . Alhamdullillah . . . .

Pagi tadi kan, lebih kurang jam 11.00pg, Nenek-nenek yang buat Tadarus kat rumah kita tu telah selamat khatamkan Al-Quran. Syukur pada Allah . . Kami tidak rancangkan tetapi khatamnya terkena lak pagi Jumaat yang mulia ini. Mudah-mudahan ini petanda baik dan berkat. Jadi maknanya kami ambil 11 hari untuk khatam tadarus dengan baik (rasa Nek Ngah lah) dan lancar. Alhamdullillah sekali lagi.

Semasa baca doa kahtam tu dalam Bahasa Melayu, tiba-tiba Nek Ngah rasa tersangat sayu dan hiba. Habis keluar air hidung Nek Ngah!!! Nenek-nenek member Nek Ngah pun kelihatan mengesat-ngesat si air mata . . . .Alahai Al-Quran . . . Wahai adik-adik, wahai anak-anak, wahai cucu-cucu Nek Ngah . . . cintailah Al-Quran, bacalah ianya setiap hari, jadikanlah dia your Best Friend. Moga-moga nanti Best Friend kita ni akan teman kita dalam kubur yang gelap nanti. . . . Eh eh Nek Ngah . . sentimental pulak!

Tadarus kami tak habis di sini. InsyaAllah Nek Ngah dah rancangkan untuk teman-teman Nek Ngah membuat Khatam Tadarus Al-Quran Berjemaah pada 10 hari terakhir Ramadan, kali ini di rumah tempat kita orang biasanya adakan kelas ngaji di Bukit Baru, rumah Kak Hajah Pipah. Semoga Allah izinkan . . .

Lihatlah sumbangan oleh-oleh sempena Khatam, Macam-macam ada maaa . . Syukran!

Ni gambar close-up - nasi kunyit (tak leh tinggal), puding mangga, jeruk limau, buah-buah, air kelapa, air Milo kotak, telur berkat. Kuih Tat pun ada . . Yang tak nampak : sarung kotak tisu (dari Kunming - Nek Ngah) dan beg ponjot (juga dari Kunming - Nek Lang)

Ni lak air mineral sumbangan Nek Eton - air doa semoga berkat!

Dan ini lah dia Nenek-nenek muda yang telah berjaya mengkhatamkan Tadarus Al-Quran dalam 11 hari. Tahniah semua!

Wednesday, August 10, 2011

NIKMAT RAMADAN

Sukanya bila keluarga dapat berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa. Tok Lang dari Kuantan, MsHart, Sol & famili dari PT, Tok Shau, Yan, Lan (Zizi, we miss you!) dari TK. Sibuknya lalu lintas tika itu! Bersimpang-siur untuk menyediakan hidangan atas meja. Meja makan pun kena extend, gunakan meja kerja dari bilik Nek Ngah. Macam-macam makanan ada, kalah buffet kat Hotel! Bukan makan banyak sangat masa Iftar tu . . . tapi keseronokan berbuka besama-sama, usik mengusik, tolong menolong menyedia dan mengemaskan tempat. Kan elok kalau Ramadan selalu . . .

Thanks Family!

Sebelum saat berbuka . . . sibuknya . . .

Menikmati hidangan

Saturday, August 6, 2011

TADARUS AL-QURAN DENGAN KAWAN-KAWAN


Alhamdullillah . . . di rumah Nek Ngah kali ini kita adakan Tadarus Al-Quran bersama kawan-kawan Nek Ngah & Nek Lang . . . kan kita dalam 'universiti Ramadan'. Seronok bersama-sama membaca dan menghayati bacaan masing-masing. Tak ramai . . . 10 orang je. Kita berkumpul pada jam 9.00 pg. mulai 1 Ramadan. Satu hari dapat baca 2 1/2 -3 juz. Syukur . . Alhamdullillah, semoga semua amalan diterima Allah swt.