Monday, April 25, 2011

KACAMATA NEK LANG

Lunch time tadi Nek Ngah temankan Nek Lang beli spec baru kat kedai di Mahkota Parade. Geli hati Nek Ngah tenguk "spec" Nek Lang pakai ni. So, terpanggil keluarkan hand-phone rakamkan gambar. Salah seorang penjual di situ tegur, "Wah . . mau masuk Facebook kah, makcik?" Apa dia ingat ini "Makcik" tak tak sekolah kah? Don't play-play, kata Chua Chu Kang. Hmmm . . . tenguklah gambar-gambar ni . . .

Orang outer space mana ni ahhhh ... Jangan marah ya Nek Lang . . . Actually you look cute (and funny . . .)

Ni Nek Lang sedang test boleh baca ke tak . . .

Lahhh . . lega siikit. Pasal yang tadi tu spec untuk test 'lenses' dia. Happy ending to story . . Nek Lang pun dapatkan frame yang dia minati (branded you . .) and . . .


They all live happily ever after . . . Hee hee hee.

THE END.

Saturday, April 23, 2011

WALKATHON 1 MALAYSIA

Pagi tadi, Nek Ngah dan Nek Lang menyertai Walkathon anjuran Persatuan Bekas Pelajar Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka di kampus IPG Kampus Perempuan Melayu yang tak berapa jauh dari rumah kami.. Seronoknya acara ini ialah peserta-peserta memakai pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia dan berjalan kaki sepanjang 3 kilometer bermula dan berakhir di kawasan Maktab.



Berwarna-warni pemandangan masa tu.

Sebelum bergerak ada aktiviti senaman ringan diiringi dengan lagu-lagu terkini dan rancak.
Jauh jugalah peserta berjalan mengharungi trafik jam pagi tu. Tapi kami warga emas nasib baik kerana disediakan beca hias Melaka mengiringi pejalan-pejalan kaki. Mesti orang-orang lain yang melihat heran tenguk beratus perempuan berpakaian bermacam-macam berjalan di tepi jalan. Apakah halnya ni . . .

Mana Abang Beca nak bawa nenek-nenek ni round-round?

Friday, April 22, 2011

MASIH KAH KAU INGAT . . .

Tengahari tadi Nek Ngah tenguk TV1 Rancangan "Wanita Hari Ini". Adalah Pengacara Zamzarina tu perkenalkan ruangan Nostalgia Suara-suara Emas RTM (Radio) zaman dulu-dulu - Kak Wan Chik dan Hjh. Mariamah Tijo - 2 Juruhebah popular dulu. Ya lah RTM tahun ni kan celebrate 65 tahun umurnya, jadi banyak lah rancangan nostalgia diterbitkan.

Nek Ngah nak cerita Nek Ngah pun ada nostalgia dengan RTM. Ya lah . . . pasal RTM lah Nek Ngah dikenali. Itu pun cara tak disangka-sangka. Mula-mula tu nak bantu penerbit rancangan kanak-kanaknya, Hyacinth Leo, untuk merangka siri kerjatangan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Lepas tu Hyacinth minta Nek Ngah buat satu demonstrasi camna nak buat. Nek Ngah pun pergilah ke studio Angkasapuri. Dah siap make-up semua (oleh pakar make-up TV masa tu, En Rama) buat shooting di studio satu. Cuma ada 3 kamera dan Nek Ngah dimaklumkan bila lampu merah kat kamera tu menyala, Nek Ngah kena pandang ke sana atau tunjukkan kraf Nek Ngah ke sana. Itu lah yang dirakamkan. Tak lama . . . 10 minit je dah . . Seminggu lepas tu Hyacinth panggil Nek Ngah ke Auditorium pasal rakaman program tu akan ditunjukkan kepada Menteri Penerangan nak dapatkan persetujuan dia. Mula-mula tenguk muka Nek Ngah kat skrin TV besar tu dan dengar suara Nek Ngah . . hai malunya rasa . . . Lepas tu kan, Menteri kata, "OK, ambik dia!" Punyalah terperanjat Nek Ngah . . Maka lahirlah "KAK N" nama glamour Nek Ngah . . Haaa tu lah mulanya 26 siri segment kerjatangan dalam "Putera Puteri" pada tahun 1977. Lepas habis tayang 26 minggu diulang lagi setiap petang Isnin jam 5 petang di TV1. Masa tu TV hitam putih.

Lepas tu tahun 1978 ada TV warna untuk rancangan kanak-kanak. Kawan Nek Ngah, Wazata Zain, ajak Nek Ngah buat lagi satu siri rancangan kanak-kanak - "CUMI dan CIKI". Nek Ngah CUMI (puppet rama-rama) dan Wazata CIKI (puppet monyet). Kadang-kadang Nek Ngah ambil bahagian bercerita dan buat kerja-tangan. Walaupun bayarannya tak seberapa, Nek Ngah seronok dapat pergi petang-petang ke Angkasapuri dan 'keluar' kat TV setiap hari Isnin jam 5.00ptg. Pun di buat 26 siri dan diulang bila dah tamat.

Dengan dua rancangan tu, nama "KAK N" pun jadi popular. Hoi. . ada peminat lak. . Satu kali tu Nek Ngah nak beli bunga kat gerai penjual bangsa Cina. "Nya, ni berapa ringgit?" Penjual tu tak pandang Nek Ngah. Dengar je suara Nek Ngah, dia angkat kepala dan cakap, " Aiiyah . . lu itu kat TV kah? Gua anak manyak suka sama lu loh." Hee, hee . . geli hati Nek Ngah. Masa dalam kapal terbang nak buat umrah pertengahan 1980 dulu, seorang pramugara tiba-tiba datang kat Nek Ngah dan tanya samada Nek Ngah "KAK N". Nek Ngah tak cakap apa-apa pun. Dia tenguk senyuman Nek Ngah, dia dah agak dah. Rupanya dia peminat! Bila nak turun kapalterbang, dia beri Nek Ngah satu beg penuh 'goodies' buat bekalan di Mekah nanti. Dan juga masa lain dalam Masjidil Haram, ada mak aji-mak aji dari Gombak tegur Nek Ngah. "Ini KAK N kan?" Padahal Nek Ngah pakai telekung. Rupanya dia orang pun recognise senyum Nek Ngah. Peminat lagi . . walaupun orang dewasa! Alhamdullillah . . Bila Nek Ngah ke Kota Bharu pun, ada kanak-kanak berlari-lari suka tenguk KAK N. Banyak lagi kenang-kenangan manis Nek Ngah dikenali sebagai KAK N. Yang terakhir masa buat Haji yang lepas, di Miina. Masa duduk-duduk berehat bawah khemah,, seorang adik Aji yang tempatnya seiring Nek Ngah, sapa Nek Ngah sambil tanya betul ke ni KAK N? Dia dengar suara Nek Ngah je. Namanya Cikgu Hjh. Zarinah dari Johor. Katanya masa dia kecik-kecik dulu memang minat pada KAK N. Laaa . . dah berpuluh-puluh tahun berlalu masih ada yang ingat dan boleh cam pada character KAK N ni. Syukur Alhamdullillah . . .

Terima kasih Allah . . . Masih ada yang ingat . . . .

KAK N dengan puppet CUMI pada tahun 1979. Alahai . . . comel tak?

Sempat mengabdikan kenangan dengan dengan peminat, Cikgu Hjh. Zarinah di Miina
(Apa khabar Zarinah?)

Tuesday, April 5, 2011

BUAT APA KAT GUILIN?

Buat apa? Macam-macam ada maaa. . Hari Pertama kami dibawa ke taman mercu-tanda bandaraya Guilin - iaitu sebuah taman yang indah, terancang rapi, ada sungai dan tasik yang luas dan ada satu bukit tu nampak seperti seekor gajah sedang minum di tasik. Kami pon posinglah kat sini. click-click-click :

Tersengeh Nek Long, Nek Ngah, Nek Cik, Nek Su . . pelbagai pesyen senyuman!

Ada member pulak tu sanggup sewa pakaian tradisional nak gayakan untuk tuntunan cucu-cucu di rumah! Tenguklah gaya Nek Non, Nek Ruby dan Nek Pija, sporting sakan . . . .

Pas tu, besoknya kami dibawa ke Merryland Theme Park. Tidur di sana satu malam , jadi sok nya, rasa segarlah sikit nak round-round kat taman tema yang luas tu, yang penuh dengan macam-macam permainan untuk nenek-nenek ni rasa muda jap. Hee, hee, hee. Lah macam kat Sunway Lagoon tuuu . . . Tenguk gambar di bawah ni . . .

Amacam Nek Ngah. . . nampak enjoy tak? Nek Ngah naik kuda pusinglah sama Pija . . . Nek Lang kat belakang, nampak sikit je tu. Wish Amal dan Iddin ada sini.

OK, Nek Ngah stop sini pasal nak gi ngajar jap. Jam dah 10.30. Nanti Nek Ngah cerita lagi K?

Monday, April 4, 2011

MASJID TUA GUILIN

Di bandar Guilin ada sebuah Masjid yang berumur 276 tahun. Masjid ini terletak di belakang restoran Muslim, in fact Restoran tersebut sebahagian dari bangunan Masjid. Mula-mula tiba di Guilin, kami di bawa makan tengahari di Restoran Muslim ni.

Berjalan menuju ke Restoran Halal, Guilin.

Lepas makan, Guide kami kata boleh lalu di pintu belakang, terus ke masjid.nak solat Tak sangka lak ada tempat solat di situ! Di sinilah satu-satunya masjid di Guilin, tak lah besar sangat macam di Beijing. Ok lah . . .

Ruang legar di luar dewan solat terdapat meja-meja panjang dan bangku (bench). Mungkin tempat ini untuk jemaah buat jamuan atau bermesyuarat. Nak tanya orang sini, tak tahu bahasa dia. Hai . . susahnya!

Ini pulak pintu masuk ke ruang solat An-Nisa'. Kaum wanita solat di belakang tabir.

Di jenang pintu utama, terdapat kaligrafi kalimah Tauhid.


Bergambar kenang-kenangan di pintu utama masuk ke bangunan masjid.

Sunday, April 3, 2011

BUNGA & BUAH

GUILIN masa Nek Ngah di sana musim bunga terakhir (late spring). Jadi hawanya sejuklah sikit macam kat Cameron Highland. Tapi ada hari itu, panas jugak! Nek Ngah bernasib baik dapat lihat beberapa pohon berbunga - sakura, cherry blossom dan magnolia. Cantik sungguh ciptaan Tuhan!

Bunga sakura putih berseri.

Cherry blossom merah menggembirakan.

Bunga magnolia lama tak nampak. Last time Nek Ngah tenguk bunga ni masa belajar di Australia lebih kurang 45 tahun dulu . . . lama tuuuu . . .

Pelbagai jenis bunga di susun dalam satu tempat terletak di taman.

Selain pohon bunga, juga terdapat banyak ladang limau.

Ni lak gerai-gerai buah-buahan. Durian pun ada, saiznya besar macam giant!

JAUH BERJALAN, LUAS PANDANGAN!

AIR & GUNUNG

Satu lagi yang Nek Ngah suka sangat di Guilin tempoh hari ialah pemandangan alam semulajadinya yang aman, damai dan tenteram. Ada sungai, tasik, gua dan gunung. Orang Cina kalau boleh hendak buat rumah dekat bukit /gunung dan air yang mengalir. Ada 'feng-shui' kata depa.



Yang uniknya kat gunung-gunung Guilin ni ialah bentuknya macam kon. Masa kecik-kecik dulu Nek Ngah lukis gunung bentuk 3 segi kon, teacher marah. Dia kata mana ada gunung 3 segi! Rupanya ada pun di Guilin! So kita orang pun teruja, sibuk lah posing cam ni cam tu, nak abadikan landskap yang sangat menenangkan jiwa tu.


Alahai . . . syukur dapat jejak kaki di GUILIN. Nak gi lagi lah . . . siapa nak ikut?

Saturday, April 2, 2011

MAHA AGUNG ALLAH

Nek Ngah baru balik dari bermusafir ke bumi Allah di tanah Kwantong Cina - GUILIN to be exact. Nak tahu mana letak tempat nya boleh surf Internet lah. Ni Nek Ngah nak ciiita kat sini pasal tersentuhnya Nek Ngah dengan keagungan ciptaan Allah yang belum pernah Nek Ngah saksikan di mana-mana. Nek Ngah dah tenguk dengan mata sendiri Grand Canyon di USA, Niagra Falls di Canada, Milford Sound di South Island, New Zealand. Kesemuanya amat menyentuh perasaan. Yang terbaru ni buat Nek Ngah menitiskan air mata . . . betul ma, tak bohong punya! Cuba lihat gambar di bawah ni . . . .

Ya, ini ialah pemandangan dalam gua batu kapur (limestone cave) di pergunungan Guilin. Nak masuk kena tiket harga 130 Yuan (RM 65). Patutlah pun. Gua ni dijaga rapi dan dengan kepakaran pemasangan lampu China, tersangatlah indah gua ini. Gambar atas tu ialah 'stalactites' , kapur yang menitis berjuta-juta tahun hingga membentuk tirai seperti itu. Kita kena berjalan naik turun tangga, mendatar ke kiri, ke kanan sampai lebih 2 km berjalan naik turun you! Tak boleh ambil gambar sambil berjalan tau . . floor dia licin pasal air menitis dari siling. Uwahhhh . . . uwahhh . . Masya Allah . . Allahu Akbar. Tu je Nek Ngah ucapkan bila Guide tunjukkan satu persatu bentuk yang terhasil. Maha Agung Allah!

Satu lagi yang di atas ni Nek Ngah sangat kagum. Bawahnya ada kolam air, tu nampak bayanganya kan?. Nek Ngah agak dalamlah jugak airnya. Tapi salah . .. Guide tu kata cuma 10 cm je! Subhanallah! Kalau kita gunakan imaginasi kita, kita boleh bayangkan macam-macam bentuk. Orang Cina nampak bentuk Buddha dia, 'monks' dia, lalu mereka sembah, merak dengan ekornya berkembang, payung dan macam-macam lagi. Nek Ngah cuma nampak keagungan ciptaan Tuhan.

Ya Allah, Pencipta langit-langit dan bumi dan semua yang ada di antaranya. Kaulah Maha Agung! Allahu Akbar!