Wednesday, January 5, 2011

LANGKAWI - BUNTING, MONYET

OK ni last - nak sambung cerita pasal lawatan ke Pulau Tasik Dayang Bunting.


Terdapat ramai orang dah pun sampai kat pulau tu - kat jeti nampak ada yang baru sampai, ada yang dah nak balik.


Rupanya nak sampai ke Tasik Dayang Bunting tu kena trekking naik bukit turun bukit. Satu yang tak berapa syok dalam perjalanan tu terdapat banyaknya si kawan monyet (kera). Takut pulak Nek Ngah! Ya lah . . . monyet liar kan . . . dia datang kat kita nak dapatkan makanan. Garang pulak tu, siap tunjuk taring lak! Pandai nak selongkar beg bimbit pelawat, sampai lipstick kawan pun dia ingat makanan! Satu lagi kat sini tak de gerai jual makanan. Teka je lah sebab apa! Jadi kalau nak makan bekalan jajan yang dibawa, kena sorok-sorok lah.



Penat mendaki, kena turun pulak hingga sampailah ke Tasik tu. Lihat gambar bawah :


Nampak tenang je. Nek Ngah boleh bayangkan senario seorang tuan puteri kayangan dan dayang-dayangnya turun mandi, siram menyiram sambil bernyanyi dalam kolam macam kat dalam filem 'Jula-Juli Bintang Tujuh' dulu tu . . . . . Kata kawan, mengikut legenda, sesiapa yang minum airnya ( ya lah perempuan yang berhajat nak mengandung) kalau airnya rasa tawar, nanti dia akan mengandung. Tu legenda tau . . . tak leh caya punya!


Nek Ngah celupkan kaki je, main-main air. Sejuk air dia . . . Ada kawan tu siap bawa botol nak bawa airnya balik! Macam-macam . . . Oh ya, kat tasik tu tak de lak monyet berdekatan.

Ok lah tu je cerita Nek Ngah kali ni. Jumpa lagi, K?

Tuesday, January 4, 2011

LANGKAWI - LOMPAT-LOMPAT PULAU

Apa tu "Lompat-lompat Pulau"? Bunyi ganjil kan? Tapi dalam Bahasa orang putih sedap je - "Island Hopping". . . . Ialah Langkawi tu kan ada 99 buah pulau? Jadi satu tarikan pelancong ialah singgah dari satu pulau ke satu pulau (tu yang dipanggil "island hopping") untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tak lah Nek Ngah gi ke 99 pulau . . melampau pulak.

Takut mula-mula naik speed-boat. Mulut kumat-kamit berdoa . .

Nek Ngah dan 6 lagi rakan Nek Ngah naik speed boat. Mula-mula ke Pulau Beras Basah, 1/2 jam perjalanan dari jeti. Kenapa dipanggil "Beras Basah"? Kata tukang bot kami, apabila kita berjalan kaki ayam atas pasir yang putih di pantai tu, akan kedengaran berdesir-desir macam beras basah. (heh . . Nek Ngah tak dengar pun ! Gimik kot . .) Memang pasirnya putih, terdapat ramai pelancong mandi-manda di laut yang clear biru tu. Tapi sayangnya kemudahan seperti tandas, air tak de . . Ada makcik kawan Nek Ngah tu terpaksa buang kat belakang-belakang rimbunan pokok tu. Alahai . . . sorry ya pokok!

Pulau ke-2, tak singgah. Namanya Pulau Singa. Bot dihentikan berhampiran, lepas tu Nek Ngah tenguk pemandu bot potong-potong kulit-kulit ayam. Nak buat apa tu? Lepas tu dia balingkan ke tengah laut. Tiba-tiba beberapa burung helang yang besar-besar terbang lalu terjun dan kait makanan tu dengan kaki dia! Zuuuupp . . . kejap je dah hilang, tak sempat nak ambik gambar. Banyaknya burung helang kat pulau tu! Demikianlah satu lagi citptaan Tuhan!

Tengah menyediakan makanan untuk helang

Akhir sekali kami dibawa ke Pulau Dayang Bunting. Pemandu bot tunjukkan bentuk (silhoute) pulau tu dari jauh. Nampaklah cam orang mengandung sedang baring terlentang. "Alah .." kata kawan Nek Ngah, "Pulau Besau kat Melaka pun nampak macam perempuan ngandung !" Pelanduk dua serupa kot . . .

(Nek Ngah berenti jap, dah 3.30 ptg. nak gi ngaji. Sambung cerita nanti yek!)


Monday, January 3, 2011

LANGKAWI - KUIH TRADISIONAL

Cerita Nek Ngah hari ni disambung lagi, kali ini mengenai lawatan Nek Ngah ke Kompleks Mahsuri. Bukan pasal legenda Mahsuri atau makam dia. Itu semua orang dah tahu, kan? Nek Ngah lebih tertarik dengan gerai-gerai kecil berhampiran 'rumah' Mahsuri (agaknya) yang ada demonstrasi dan jualan kuih-kuih tradisional negeri Kedah. Suka tenguk mereka duduk atas pangkin, sambil membuat kuih-kuih tersebut.Ini kuih favourite Nek Ngah. Orang Melaka panggil "denderam" atau "telinga K*****" (Hee3). Sedapnya . . hmm . . bila masuk mulut, dia cairrr . . Kat belah utara bentuk kuihnya macam dohnut. Tapi kalau kat Melaka, dia berpintal bentuk macam bunga. Nek Ngah suka yang kat Langkawi punya (melt in your mouth).
Dan yang ini pulak, namanya "kuih goyang" atau kat Melaka ada juga orang panggil "kuih Ros". Panggil "goyang" sebab kena goyangkan acuan dia supaya tanggal dalam minyak penggoreng tu. Dipanggil "Ros" sebab bentuk dia macam bunga ros. Apa-apa pun, kuihnya rangup, rasanya sedap. Makan panas-panas lagi best!
Dan akhir sekali yang terdapat di situ ialah "kuih karas". Bentuk macam "mee-hoon" kan? Tapi dia mudah rapuh - tak sempat nak bawa balik ke Melaka, nanti kena gunakan sudu lak nak makan . . . hancur berderai! Nek Ngah suka tenguk bagaimana bancuhan tepung tu diisi dalam sejenis tapisan yang digantung atas kuali, kemudian tapisan itu diputar-putarkan, lalu keluarlah jurai-juraian tepung tadi dalam bulatan. Kemudian dilipat dua baru angkat dari kuali.

Haa . . tu lah dia Nek Ngah nak ceeta kali ni. Cerita Langkawi lom habis lagi . . . nanti nak sambung lagi.

Ma'a salamah.

Sunday, January 2, 2011

LANGKAWI - SHOPPING SAKAN

Aahhh . . . pagi ni rasa segar sikit, bolehlah nak cerita hal perihal di pulau Legenda Langkawi tu.

Kaifa halukum? Apa khabar semua?

Nek Ngah mulakan dengan agenda penting rombongan (bukan Nek Ngah punya acara penting, tau!) iaitu 'shopping'. Lah . . . makcik-makcik Kiah ni, dalam rombongan ni lah, memang confirm 'shoppingholic'. Tak leh Nek Ngah nak jenguk muzium ke, aquarium ke, jalan-jalan je ke, selalu dapat vito. 'Dah gi, dah tenguk, tak best . . .' ada je reason dia orang. Makanya Nek Ngah pun mengalah lah. . . ikut kata majority kan. . .

Apa dia orang beli? Langkawi kan terkenal dengan kedai-kedai bebas cukai tu - apa lagi - pinggan mangkuk, peralatan dapur, towel, bed spread (dan yang lain sewaktu dengannya). Oh ya, cokelat import one - pelbagai jenis, katanya lebih murah dari kat Melaka. Nek Ngah yang jarang-jarang beli cokelat ni pun turut terpengaruh . . hee3, dekat lebih RM100 habis, you . . Nak kasi cucu-cucu kat rumah. (Actually tak baik makan manis-manis kan, rosak gigi!) Sekali-sekali ok kot . .

Lagi apa? Minyak gamat dan produk-produk terkini dia seperti bedak sejuk gamat (Nek Ngah beli), sabun gamat (juga Nek Ngah beli), minyak untuk luka-luka (beli gak . . ). Di syarikat yang kita orang pegi tu ada 32 jenis produk gamat. Gamat lah gamat lah suasana!

Ni kedai cik gamat tu. Pernah gi sana?

Kat kedai ni depa beli batik sarung, kain pelikat (la, la, la, la), T-shirt Langkawi. Nek Ngah beli key-chain je untuk Iman, Amal & Iddin.

Pergi ke department store (Plaza) yang lain (bawah hotel penginapan juga ada - besar one!). Nampak lak kasut-kasut jenama idaman, beli lagi (2 you) . . "Murah kat sini, kak N", kata member, terpengaruh lagi! Member gak berebut-rebut beli luggage beg yang ada 4 roda tu, boleh pusing-pusing punya - nanti gi Umrah ke, oversea ke mudah, kata dia orang. Iya lah Labu . . .

Masalahnya - siapa nak angkat barang-barang tu naik ke feri nanti . . tangan ada 2 je! Pandai-pandai lah Cik Kiah, buat muka kasihan kat member-member lain . .

Tak habis kat Kuah, Langkawi, perjalanan balik singgah di Padang Besar. Shopping lagi dia orang - periuk, kuali, thermos, tikar, Toto - hmmm saratlah bas si Ah Tong tu.

Nek Ngah beli kacang buah gajus kat Kompleks Bazar Padang Besar ni - Gambar atas.

Si Ah Tun, drebar bas kita orang, bawa kami singgah di kilang produk perubatan Cina kat Prai sana. Hai . . terpengaruh dengan janji manis penceramah (pandai sungguh dia), borong lagi kat sana. Nek Ngah lah termasuk salah seorang tu, nak cepat baik lah kata kan - air teh Noni, susu kambing (kambing Perancis) bentuk tablet (mudah telan), gingko balova - baiki saluran darah (kolesteral tinggi Nek Ngah ni). Hai . . baik ada credit card.

Pak kan lah dah gelap nak sampai Melaka . . kalau tak singgah Nilai 3 kot . .

Shopping lah shopping . . Kata ekonomi merosot . . tak nampak pun!

Saturday, January 1, 2011

CUTI-CUTI LANGKAWI

Haa . . . Nek Ngah dah balik dari Langkawi! Jam 1.00 pg. tahun baru 1/1/2011 sampai Melaka. Oh ya . . . SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 kepada semua, bertambah satu tahun lagi umur kita, yek! Nek Ngah doakan semoga diberkati umur kita semua di tahun yang baru ini, sihat badan, murah rezeki dan gembira selalu, insya Allah.

Kali ini Nek Ngah nak stop kejap cerita pasal Haji & Makkah dan nak ceeta pasal cuti Nek Ngah di Langkawi. Tapi nak sambung lain kali, boleh? . . . sorry yek . . . pasal Nek Ngah masih kepenatan, maklumlah berjam-jam dalam bas dari Kuala Perlis ke Padang Besar balik ke Melaka. Hmmm . . age catching up! Tak pe, tenguk gambar ni dulu, K?

SELAMAT TAHUN BARU!